Quantcast
Channel: Alaa~ si Datin tuu !
Viewing all 71 articles
Browse latest View live

Mana nak belajar lilit shawl cara pantas dan cantik ni?!

$
0
0
Assalamualaikum,

Suatu petang yang suram.....

Me: Shawl banyak & berlambak tapi tak tahu nak pakai macam mana . Semakin hari semakin dewasa, takkan nak pakai lilit lilit simple nanti macam tak yakin pulak. Alamak macam mana ni? *bentak hati owner blog  'Alaa Si Datin Tuu'.


Capai phone lantas whatsapp kawan kawan seperjuangan dan berhijab..


Me: Si A,  weh aku pening lah nak lilit shawl.
Ada event sabtu depan and ada wedding.
Si A: Entah lah.
Me: Ya Rabbi, kbye! *nada geram sebab itu yang dibalas.
Si A: Haha! tanyalah nak tanya apa lagi.
Me: ah malas. malas malas *merajuk sambil google.

Sambil google, teringat Kak Azlia dari Butik Getgorgeous akan adakan event istimewa untuk semua yang ingin belajar cara melilitkan shawl dan cara pemakaian shawl yang kemas dan pantas TAPI cantik! 
My lucky day when Kak Azlia memang sedang promosikan event tu untuk semua orang. Apa lagi terus lah kan contact sapa sapa yang nak pergi belajar. Lebih dari sepuluh cara korang akan belajar cara pakai shawl. Rugi? tak rugi pon sebabnya kak Azlia ni consultant yang diiktiraf .

Workshop ini terbuka untuk semua wanita & beliau hanya fokuskan kepada gaya selendang sahaja. Kalau mahu tukar imej , gaya tudung anda memainkan peranan yang sangat penting kerana terletak paling dekat dengan wajah. Tukar Gaya Tudung , automatik mempengaruhi 50% kepada penampilan anda. Pakai baju biasa tetapi sebab anda mengenakan gaya lilitan selendang yang menarik & sesuai dengan bentuk muka , insyaaAllah anda terus kelihatan menarik 

HIJAB EXPRESS WORKSHOP by Azlia Idha (Certified Professional Image Consultant)


Tarikh : 24 & 25 Mei 2013 (Boleh pilih tarikh) 
Tempat : Butik GetGorgeous™ , Wangsamaju. 
Waktu : 10 pagi - 12 tengahari 
Yuran : RM120 / seorang & 
 RM 200 utk 2 orang 


Info lanjut sila pm atau sms/whatsapp
019-270 0604 

Siap praktikal. Kita belajar sampai pandai ! so takda lagi istilah 'LECEH LA MACAM NI' =)



Korang boleh follow cepat cepat. Jangan lupa bawa kawan ok!

- instagram @azliaidha @getgorgeousboutique 

- facebook Azlia Idha , fanpage GetGorgeous Image Consulting 

-website www.getgorgeous.com.my




Kenangan Manisku 2014 untuk Konvokesyen ke-80!

$
0
0
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah Syukur di atas kurniaan dari-Mu Allah =)


Nak berjaya bukannya senang, macam- macam perjalanan perlu kita harungi. Susah? For me, susah lah kot sebab aku ni macam macam nak buat dalam satu masa. Tapi apa kan daya, untuk kelihatan normal dan tak buat diri ni lost control, kena lah buat satu satu tapi lambat lah siapnya. Boleh nampak kot betapa tamaknya dan halobanya aku haha!

Baru baru ni gembiranya hati tak terkata sebabnya hari yang ditunggu tunggu telah pon selesai Alhamdulillah =)  Belajar ni penat, time berlibur, tak penat langsung tapi time nak exam mula menggelupor, stress lepastu semua tak kena & time tu lah macam macam invitations event diadakan lepastu aku stress sampai nasihatkan diri sendiri untuk lebih positif walaupun 5minute haha! *at least aku ada effort lah kan nasihatkan diri sendiri dari aku cari masalah dengan orang lagi mak ayah aku risau wkwkwkw.

May 2014 adalah kenangan yang sangat manis untuk kali kedua dalam hidup ini selepas konvokesyen pertama untuk Diploma pada 2011 yang lalu.  Keluarga tersayang turut hadir untuk meraikan kegembiraan bersama sama aku. For me, gembira tamat belajar lain, gembira lulus exam lain dan gembira sampai rumah sendiri dari destinasi ke destinasi tu lain apatah lagi gembira tunang lain dan gembira nikah/sanding pon lain *eh!  

Actually, sebelum ni aku selalu ceritakan jugak kos apa aku ambil, cara belajar dan cara bahagikan masa walaupun tugas sebagai model sambilan tetap diteruskan. Kau nampak bukan aku waktu dulu? Aku suka akan hiburan dunia yang berkaitan dengan minat dan tak menyusahkan orang lain haha! Semua orang ajak semua kata 'ya! boleh' , i think after this kena lah sekali sekala cakap 'oh, thank you and I am sorry, I am working already so my commitment not same like before tsobss' pedulik pulak orang kan kalau aku jawab macam tu haha!

Adik beradik aku tak ramai cuma dua (2) sahaja. Siapa yang mengikuti kisah Alaa Si Datin Tuu, wajib tahu dan perlu tahu aku hanya ada abang aje. Takda kakak, takda adik ekeke. Makanya terhasil lah air mata kegembiraan yang sangat istimewa waktu konvokesyen yang lalu dimana semua orang yang tersayang berada di DATC UiTM Shah Alam. Tau tak perasaan yang sangat sangat tak terkawal gembiranya tu walaupun bawah cahaya panas sampai ketiak ni berlecak but who's care HAHA! All people there pon sama okkk jangan nak "Gotchhh u are so bad Datin"... padahal lecak sama wkwkw bukan aku tak tahu =p


My 80th Convocation - Bachelor (Hons.)
Masa beratur untuk masuk ke dalam dewan, mata ni tak berhenti henti cari kawan sekuliah, susah senang bersama dan Alhamdulillah jumpa juga akhirnya.  Sedih tu ada lah sikit sebabnya zaman sekarang kan semua ambil gambar menggunakan monopod tetapi aduh sayang, monopod dalam beg yang dipegang ibu dan ibu babah hilang tah kemana =) So terpaksa menumpang camera phone kawan yang ada monopod sampai sekarang tak dapat dapat gambar tsobs sebabnya lupa dia snap guna camera sapa HAHA! 




On that time being dah plan macam macam untuk bergambar sama sama satu baris tapi apakan daya, diri ini terpaksa duduk di barisan paling hadapan menghadap Naib Chanselor & semua para para pensyarah di atas pentas *tsobs. Selfie of the day dibatalkan.. *pasrah lantas pegang phone ketakutan dan letak semula bawah kerusi haaaaaaaaaaaha! Yang ada pon sekeping dari tak ada sebelum Naib Chanselor hadir dan stage atas masih kosong =)





Rindu dah dekat meraka semua ni ~ Actually aku menangis uolss bila nyanyikan lagu UiTM di HATIKU untuk kali terakhir.. Sedih sebak semua ada. Lama dan setia bersama UiTM, hati tetap rindu dan sayang. Situ lah tempat aku bergembira, berkongsi ilmu dengan kawan kawan, mengenali hati seorang demi seorang dan yang penting menjadikan aku seorang yang matang dalam persahabatan. Teringat kenangan susah waktu belajar Degree ni dulu, pernah demam panas yang sangat teruk waktu exam dan semua kawan kawan & lecturers concerned about me and that part is very expensive to remember til now. I love you guys! *sebak.
Family love. small but really bahagia until Jannah InsyaAllah =)
Keluar sahaja dewan, cari ibu dan babah lantas bercucuran air mata kerana mereka sangat banyak berkorban demi mencapai ilmu yang sangat sangat tinggi selama ini. Usaha dan doa sama seperti mereka untuk lihat diri ni berjaya dan menjadi anak yang berguna untuk bangsa. *wah kau!
Thanks for the Doa' Ibu dan babah . Without your doa, i cannot proceed anything with barakah! Alhamdulillah! tears inside came our with too much happiness. I love you and i will make sure that no one can replace my love towards you like you both did. hee.

Dalam masa tengah panas, mencari kawan kawan sempat ber-selfie dan tetap menggunakan camera photographer photographer yang bersepah disana dan aku tak dapat gambar tu semuaaaaa! *stress. Sambil mencari kawan kawan, hati ini rasa dekat sangaIni t nak pergi terus ke keluarga sendiri.  Kawan kawan baik pun turut hadir waktu tu, terharu sangat sampai tak sedar orang panggil pon ada =) *Im sorry*

Ini lah barisan keluarga kecil yang sempat hadir. Kenapa tak ramai? Actually keluarga belah babah dan ibu dah wish siap siap dalam whatsaap group sampai majlis selesai sebabnya konvokesyen aku ni jatuh pada hari bekerja dan mereka ada yang tidak dapat hadir dari Pahang, Klang, dan Seremban. Lagi satu, keluarga aku ni kecil dan comel =) haha! So aku rasa, baka aku nanti akan datang akan jadi seperti ini juga ekekeke. Thank you my uncle & cousin for celebrating me there!
maktok & ayahtok sayang
Maktok & Ayahtok sebak masa pelok sebabnya cucu dia ni kuat main main dan akhirnya selesai dengan gembira. Dulu maktok ayahtok risau jugak aku travel untuk menuntut ilmu dan sekarang ' i pay for it' . Maktok bisik dekat telinga, Alhamdulillah sayang adik. Mak sayang adik Mak sayang adik! *sambil tu aku pon lapkan airmata dekat tudung maktok haha love you! 


Brother love =)

Waktu tu carik jugak abang tapi abang buat surprise dengan keluarga semua dan waktu tu abang datang lewat sikit sambil bawak fresh flower besar on that day. Actually ibu dan babah sebelum masuk dewan dah bagi signal, kalini tak payah bunga lah ya, ibu dah jadi bunga "ros" sebab nama ibu orang panggil ros. Aku sedih sebenarnya sebab ibu taknak bagi apa apa ke kan kali ini tapi aku diam jela hehe!? wkwkw.

Rupa rupanya abang pergi kedai bunga amek bunga yang ibu tempah khas untuk aku aaaaaaaaaa! HAPPY KOT!! * aku suka bunga, dear future imam, i really love flowers haha!



Bestfriend Love Fatin Liyana Asri

Tak cukup lah kalau keluarga saja yang datang, apa guna bestfriend kalau tak buat kejutan untuk datang siap beli hadiah haha! Dah lah baru balik bercuti dari Indonesia,  Gila kalau aku tak happy waktu tu, aku kan suka hadiah and she noticed that actually! Gawat jugak si Fatin ni masa datang, dia lah yang bawak maktok ayahtok cari tempat teduh dan lepak sama sama sambil tu dok bawak handbag maktok like candy tu termasuk handbag dia sekali dan paksa aku lambai lambai tangan untuk bagitahu signal yang dia akan nampak aku kalau aku lambai lambai tangan sedang orang ramai berpusu pusu selfie tak fikir orang lalu lalang like I did tetttt!  Kakkk, thank youuuuuuuuu and she wished me with beautiful words lah kan dan aku rasa nak jerit! haha.  Dapatlah fresh flower with the bear and wishing balloon that day from her =) 


Uncle & son (jujud)
Paktam and my cousin. Anak beranak ni tak pernah tak hadir majlis istimewa saudara mara di UiTM. Thank you paktam and jujud also family for the gift. Bunga banyak nau kena kendong. Berbaloi sangat waktu tu bangga pegang bunga cantik cantik! happy!!


Syera Housmate of the year!
I will missing you my lovely housemate! Susah senang bersama sama harung saat belajar! Aaa too much to say just for you Syera. Jangan nakal nakal. Keep in touch always and you are so kind to me. Syera, walaupun kau sabotaj gambar aku tanpa bertopi bulu, aku sayang kau! hee~

Dr. Kadir Othman my Favorite Lecturer

Last but not least, Dr. Kadir you are really kind to me. Buat research tak paham paham dan tak putus asa layankan pertanyaan sampai paham dan sampai nak teruskan buat research. Dr. Kadir is the best lecturer for me. Bukan nak cakap lecturer lain tak best, all my lecturers best and boleh gelak ketawa macam kawan kawan, semua lecturer mengajar dengan gaya tersendiri dan sebagai pelajar, cepat faham kebetulan untuk semester lepas tu, only Dr. Kadir is my Prof for my Research & practical =) Ulang alik every weekend from Seremban to Shah Alam dengan hujan lebat, harungi segala halangan atas jalan dan masa tu minta restu dan doa ibu saja berjihad untuk menuntut ilmu dan Alhamdulillah, Thank you Prof, my Research A+ ! Thank you too to all my lecturers and UiTM friends who are really contributed together until the end! Semoga Allah membayar segala kebaikan. Amin!


Parents i love you so much! 
Alamak! Perut babah kena blocked dengan bunga baru perasan ada gambar comel camni haha! thank you parents. love you both and pray for you til jannah =) Alhamdulillah! InsyaAllah ada rezeki hajat nak sambungkan lagi pengajian, doakan kita ya!



Good luck adik adik, buatkan ibubapa gembira, kita dah boleh dapat pahala =) Tangisan terharu mereka buatkan dosa kita terhapus tanpa sedar dan jika kita buat mereka menangis kerana keburukan kita, akan hadir panggilan ke Neraka. 

Dengan ini, saya mengistiharkan bahawa saya merupakan..


ALUMNI UiTM  & 
PENERIMA IJAZAH SARJANA MUDA PERKHIDMATAN PELANGGAN (KEPUJIAN)


Thank you so much Erwady Arif, always be my supporters and thank you so much for my moment on that day, the pictures was GREAT! 
p/s: Anyone yang memerlukan gambar dan kenangan manis sepanjang zaman, low budget etc boleh lah merajinkan diri untuk mengambil gambar dengan menghubungi beliau di facebook : facebook erwady . 

fuhh, lega blog bersawang dah di update kan! haha ~

Bazaar Bayahista 2014 @ Strand Mall, Kota Damansara !

$
0
0
Assalamualaikum =)

Ya Allah aku lah manusia paling tak sabar dalam dunia. Kalau nak sesuatu mesti tak sabar. Aku kena ubahkan lah perangai tak sabar aku ni. Kadang - kadang sabar itu ada, tapi kalau dapat tahu ada sesuatu yang boleh buat hati aku gembira, aku jadi  tak sabar tiba tiba =p

Tapi! Macam mana aku nak sabar kalau ada event yang aku tunggu tunggukan selama ni bakal tiba?! Ni aku tak suka ni sebabnya ada satu perasaan nak skip this week terus haha. Macam mana aku nak sabarkan diri aku yang tak sabar ni Ya Rabbi, si NAJAH! 

Chop! Ada berita baik untuk semua orang hee! Pada 7 & 8 Jun 2014 ( Sabtu & Ahad) ini, akan berlangsung satu event muslimah yang ditunggu tunggukan =) Guess what? If you heard/ familiar with Moslema In Style, please be alert sebab iols nak buat announced ni ekeke.  

Moslema In Style 

 Moslema In Style adalah sebuah syarikat yang sangat pakar, arif dan aktif untuk menganjur dan menguruskan pertunjukan fesyen muslimah di Malaysia.  Bukan sahaja dalam negara, tetapi M.I.S ni aktif juga tau di Antarabangsa.   Antara acara tahunan terbesar mereka di Malaysia seperti tahun tahun lepas adalah Moslema In Style Fashion Show yang diadakan pada setiap November, yakni khusus untuk pereka-pereka fesyen muslimah dan dihadiri oleh golongan wanita sahaja. Kalau ada lelaki pon, photographer ekekeke.  Sebelum ni pernah jugak datang kedua dua event yang dianjurkan Moslema In style ni, tak pernah rasa unsatisfied. Pelbagai lagi acara dan aktiviti fesyen muslimah kerap dianjurkan oleh Moslema In Style untuk memajukan industri fesyen muslimah di Malaysia. Maklumat lanjut boleh semak di www.moslemainstyle.com


Objektif M.I.S ni bukan saja tengok model model peragakan baju baju cantik pelbagai size, dari size S-XXL, tapi event yang baik ini dapat mengumpulkan bakat bakat usahawan muda khususnya usahawan fesyen muslimah yang beroperasi secara online untuk mempromosikan dan memasarkan produk mereka secara lebih meluas dan terus kepada pelanggan mereka dalam usaha untuk membina jenama dan kepercayaan para pelanggan. Based on my experienced la kan, waktu dekat situ ramai berpusu pusu interested dengan baju baju yang model model pakai dan ramai yang interested untuk beli. See how? Kadang kadang ada butik ni keluarkan limited design, so come and please grab! hee =)  Yang paling seronok, sejak join Moslema in style ni, ramai butik butik yang tidak dikenali telah berjaya memiliki followers yang sangat ramai. Anyway, tahniah!


So guys, kalau takda buat apa apa, jemputlah hadir 7 & 8 June 2014 ni bertempat di Strand Mall, Kota Damansara.  No need to pay, just grab your lucky place to sit and see the performance! Paling seronok time itu. you guys dapat dengar Najwa Latiff nyanyi secara life.  Besides that, sesiapa yang nak mencanting batik, boleh try dekat situ. Aaa can't describe how many activity there, yang penting jom sama sama memeriahkan fashion show pada hari event itu diadakan =)

For more clearly schedule,
nah untuk korang =)


7hb Jun 2014 (Sabtu)

10:00 pagi – Persembahan dari ASWARA
11:00 pagi– Tutorial Hijab olehEmiiDura
12:30 tgh hari– Make Up Demo olehNouvellesVissages
2.30 petang – PerasmianolehMenteriKomunikasi& Multimedia Malaysia, Yang 
BerbahagiaDato’ Seri Ahmad Shabery Cheek
3.30 petang– Pertunjukan Fesyen Muslimah oleh:
-Butik EjaShahril Collection
-Sarung Anggun
-Ammara
- Minaz 
-EimanDamia
- HijabellaSafiyya
 -Hijria Home
 -Awni
 -Leeyana Rahman dan 
-Atika Exclusive
4:00 petang – PersembahanArtis :NajwaLatiff
5:30 petang– BicaraFesyen: Tetap Bergaya Tanpa Boros
AhliPanel :]
Raja Nadia Sabrina – Blogger Fesyen
                                Shea Rasol – JournalisFesyen



8hb Jun 2014 (Ahad)

10:00 pagi– Kids Talent (Pertandingan Pakaian Beragam)
12:30 tgh hari – Bicara Usahawan Online 
AhliPanel :
1. Puan Yasalma – Pereka Fesyen Muslimah & Guru Jahitan
2. Puan Mawarni – Pengarah Urusan Cosmoderm (Produk Penjagaan Kulit)
3. Ahli Panel dari agensi kerajaan (MARA)
2.30 petang– Pertunjukan fesyen oleh pelajar tahun akhir jurusan Tekstil UiTM
3.30 petang– Mini BengkelJahitan oleh Yasalma
5:00 petang– Persembahan “Busking”



Chop! one more thing, kalau ada sesiapa yang interested nak jadi model, nak ambil pengalaman dan yang penting sekali anda terplih menjadi model seterusnya, sila lah hadir pada 7 & 8 June 2014 =) Jangan lupa, beranikan diri dan senyum lah untuk masa hadapan kalau nak terpilih ekeke!
Tak ketinggalan juga ! (happy tak? happy tak? =))


p/s: I will presenting the collections of  Hijria Home boutique & Eiman Damia boutique . I Will see you soon. Plus size ladies, please come. I will be there and we can meet each other.   Do spread this to others, bring along your friends. 

The organizers consist of:
i ) Pergerakan Puteri Umno Malaysia (Puteri Umno)
ii) Yang Berhormat Mas Ermieyati Samsudin (Ketua Puteri Umno )
iii) Biro Ekonomi & Usahawan Puteri Umno Malaysia

Korang, jangan lupa tau! =) Ramai bloggers, fashionista hebat dan yang penting orang yang tak dijangka jangka hadir pon ada nanti =) GRAB THIS DIAMOND OF 2014 =) Sama sama kita ubahkan keterampilan dan bergaya cantik pada hari raya yang bakal tiba =)


bye korang!

BERBUKA PUASA DI KLANA RESORT SEREMBAN: CITORASO SUASANO KAMPUNG

$
0
0
Assalamualaikum..


Kepada semua warga Seremban/ kawasan yang berdekatan, 
jom berbuka puasa bersama keluarga/kawan kawan di Klana Resort Seremban dengan vaucher berbuka puasa bernilai RM60.00 per person (Dewasa) dan RM30.00 per person (Kanak-kanak/Warga Emas) TETAPI jangan risau, nikmati dengan RM55.00 khas untuk kawan kawan Najah disini 

Untuk tempahan boleh hubungi Najah (016-661 6972)

p/s: spread this news, thank you 

Cousin Wedding #Singapore

$
0
0
Assalamualaikum =)

Salam Ramadhan to All of you here . Subhnallah lamanya tak update blog. Ya, totally miss everybody who are reading my blog even i tak update apa apa pon selama beberapa minggu / bulan. Rasa macam lama ekekeke. Thank you so so much for keep updating about my life on  Instagram. Sebaik ada Instagram, taklah susah susah nak type panjang panjang hehe!

Nak mulakan kisah apa pon tak tahu, itu dah menjadi satu perkara spontan yang korang akan baca. Aku tulis ni pon tak tau apa sebenarnya motif untuk update *sambil buka folder gambar mana untuk di update hee.

Selang beberapa minit, aku ambil keputusan untuk update kenangan manis wedding sepupu aku di Singapore awal June 2014 yang lalu =)  Follow instagram kan? Dah tengok gambar gambar kan? Sikit aje tuuu =p Ni baru nak ceritakan sikit haha!

30 Mei 2014 (Jumaat)

Family members aku sangatlah ramai,  so kami pilih untuk charted sebuah bus untuk kesana. Selalu berpisah kan? So kali ni, naik bus semua tak pening kepala =) Thank you keluarga Maklong yang uruskan transportation hee!

Lepas office hour, aku bersiap untuk mengemas baju baju untuk kesana, tapi Babah pesan jangan nak over over dari Pengantin, tapi ibu cakap Singapore kan semua vogue vogue, pedulikkan aje adik..so bawak saja apa yang nak dipakai (aku pon confuse sambil bawak je baju mana yang ada) *pekik jugak lah ibu aku sebabnya nak pergi baru nak packing. LOL. I hate packing all stuffs sebab rasa nak bawak satu almari. U know what i feel? gile.

Perasaan excited tu ada, sebabnya pergi overseas *Singapore je pun kak oi! Tapi tu lah, excited pergi dengan family ramai ramai kan, seronok weh! Nak nak Bestfriend aku (FL) ikut konon konon nak buatkan Pengantin kejutan lah kan (nasib misi seluruh family untuk jaga rahsia menjadi, kalau tidak..hampa berkecai di lautan asmara si Anor tu).  *Bukan aku taktau perasaan seorang pengantin HAHA.

Bus dari Klang (family Maklong & Paktam) ke Seremban sudah pon sampai, semua yang nyenyak dalam bus tu pon bangun dan kami terus salam salam laga pipi, laga kepala terus naik tak pedulik beg aku bawah tu pon Babah & pakcik aku yang angkatkan. Kau tengok, excited nak pergi Singapore *tetiba. So biasa lah, aku lapar gile weh, nasib baik maktok bekalkan sandwich sedap gile haaha. Maklong pulak buatkan baaaanyak makanan! *Happy with foods. Mengunyah la sampai tertidur. Bertolak jam 11.30mlm, apa lagi tidur terus lah kan =) so lena.

Yang lain tak duduk diam dalam bus, bercerita aje sepanjang jalan (rindu la sebabnya lama tak jumpa), aku? aku teruskan tidur walaupun tidur tidur ayam sebab nak dengar cousin belakang aku berborak *haha dasar kepochi kau datin! Jiran sebelah aku FL on the phone, aku main phone pon tak jalan waktu tu wkwkw.  Aku tengok nyenyak je makcik makcik aku tidur depan aku, aku pon tertidur sekali. Yelah kan, dah nak dekat 2 pagi, kau kenapa nak berjaga tak cukup tidur kang baran. miahaa.

31 Mei 2014 (Sabtu)

Sampailah kami sekeluarga di Hougang Evenue =) Alhamdulillah. Angkat bag bag semua naik la rumah Mak Ndak untuk rehat, solat semua. Aku tak sabar nak jumpa family pengantin & pengantin tu sekali (Anor).  Aku saja masuk lewat sikit nak tengok reaksi dia, jumpa pon! Salam salam peluk aku rasa macam aku yang pengantin waktu tu *lah kenapa?!  Dia lupa tu permintaan dia untuk aku bawak FL kesana then aku terus bisik ( Anor, kak fatin kirim salam dia tak dapat datang sebab dia tak nak jumpa Anor)  Muka Anor dah secebik garam waktu tu *rasa down la konon, tah ye tak tidak down si Anor tu.  Lepas tu, tak sampai selang beberapa saat, Fatin pon datang lepas aku bagi signal, dah dilepuknya aku. Haihh si Anor ni. Lantas, berpelukan la semua bersama Anor yang takda rasa gemuruh tu HAHA.

Chill je aku tengok cousin aku tu, kalau aku lah tu berpeluh nak nikah ekeke.  Rumah Makndak akan dibanjiri ibu bapa ibu bapa makanya kami anak anak kecil yang comel lagi ditimang timang menginap di rumah anak Makndak which is Along Suhaila's house. Rumah baru tuuu ekeke. Happy we ols! So kami semua rehat lah sampai tertidur . Terdidur lagi aku dekat kawasan lapang angin  bersepoi sepoi kat rumah Along tu kan, fuhhh! segar bugar! Jam 4 ptg Anor nikah, so kami bersiap siap la untuk ke rumah Mak Ndak semula lepas zohor sebabnya jarak rumah Along ke rumah Makndak walaupun boleh jalan kaki, tapi kami tak sanggup, tetap Along dan suami hantar naik kereta wwkwkwk. No such thing to exercise panas terik waktu tu ok haha!  #leb lebiu!



Pengantin dah siap! Tarraaaaa...
Kan aku dah cakap, Aku yang neves. Laaahai. Aku pegang dulang. Dulang apa tah aku pegang, aku pon lupa. Tak silap macam cake. HAHA. Yelah kot, its cake. Makanan kan? So aku lah yang perlu kuasai =) Berani orang suruh pegang dulang lain, no no no, i love cakes! hehe.


Hi pengantin lelaki (Mamat), gemuruh jiwa tak? ekekeke :p  Sambil sambil tunggu tok kadi datang, meh aku belanja gambar dalam masjid hwhwhw. Masjid di Singapore lebih kurang masjid Malaysia saja, dua dua cantik =) Alhamdulillah.


keluarga Pengantin (Anor). Kaklong Suhaila & Makndak (mak pengantin). Yang belakang, tak pasti ingat ingat lupa rasanya keluarga belah makndak haha. Sorry aunty. Aku keluarga sebelah Pak Ndak =)



Comel tapi nakal! ryna ryna!


Familiaaaaaa =) we are waiting for the akad's session. Senyum sikit =p







Alhamdulillah dengan sekali lafaz, sepupu ku bergelar isteri.


Selesai majlis akad nikah, aku dan semua balik rumah Mak Ndak menikmati jamuan. Ya Allah, teringat menu rumah mak ndak * dah lah terkenangkan semua tu waktu bulan Puasa ni..tsobs.

Malam (31 Mei 2014)



Malam tu pulak, aku, sepupu & bestfriend jalan jalan ke Gardens By The Bay untuk kali ke-2, Singapore =) Seronok santai santai tengok lampu walaupun sakit mata lampu pekat sangat. Macam warna nile dicurahkan dalam mata.  * korang tengok gambar dah tahu tah warna lampu dia macam mana kan HAHA. Actually tempat yang aku berdiri ni cantik sangat berlatar belakang kan musics. So sesiapa yang nak bersosial , jemputlah datang ke sini. mhaha.






Korang tau kan muka letih tapi nak jugak berjalan sebab takda buat apa apa? So aku takkan tunjukkan muka keletihan aku nanti aku yang takda mood. Sebabkan background tu cantik sangat, aku upload lah sekeping haha! Cousins and bestfriend. Thank you Kak Long Suhaila tolong picitkan camera..haha! Dah, Balik tido!


1 June 2014 (Ahad)

Berlangsunglah hari yang ditunggu tunggu iaitu resepsi. Singapore buat 2 majlis satu hari. Can u imagine that? Kalau Malaysia, aku rasa tak sanggup sebab macam takda orang start. Tapi di Singapore, Pagi rumah sebelah perempuan, petang pulak sebelah lelaki =) Haaa. I told you, letih! Tapi kat sana, tak letih ok! Seronok ada laa!


Semua dalam kereta ni tahu apa yang terjadi. Biarlah rahsia wkwkwkw.

Pagi pagi dah bangun, bersiap untuk bergerak semula ke rumah makndak. Kau ingat boleh duduk diam je? Ada aje dekat rumah tu Makndak dan mak mak suruh buat. Iaitu, MAKAN! Breakfast rumah makndak! HAHA. Tidur rumah Along, makan rumah makndak. Best tak best tak! Along Suhaila & Abg Afnan was veryyyy veryyyyy helpful and so kind. May Allah merahmati kalian berdua with lovely Aniq!


Maxi dress bestfriend dari @farahanboutique : Instagram

Cantikkkkkkkkkkkkkkkk tak ANOR?! Cantik sangat . Kitorang kan suka bergambar, apa lah salahnya naik pelamin sekejap sebelum pembayaran tol dimulakan. ekekeke!



Haa, camnilah cara pembayaran tol dari pihak pengantin lelaki sebelum mendapatkan pihak pengantin perempuan. Kaya pakcik makcik aku yang bagi pantun tu haha! Aku? Hp jatuh berapa kali, monopod buat hal *sigh.


Family sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa =) Waktu ni nak naik bus bergerak ke rumah pengantin lelaki =) ehek!
Enjoy the moment with all my family members.  Oh lupa nak cakap tema keluarga sebelah perempuan adalah PINK =) Bercampur campur pink, tapi tetap pink! #tak pedulik haha.


sayang Ibu =) sayang fatin jugak :') waa! *yang belakang kenapa? tekejut apa?
Seronok sangat waktu ni. Semua satu kepala. Tak kisah kau buat apa, semua happy! Rindunya. Cepatlah, turn sapa lah yang kawin pulak lepas ni kan. Cepatlah cepatlah, nak moment wedding family camni. seronok !


Petang (1 June 2014)

Tup! dah ada dekat rumah pengantin lelaki. HAHA. Apa lagi, kompang pon beralun =) Kompang dekat sana best, siap kami boleh menari ikut rentak kompang * tak pedulik =p
Lagi best sebab ada photo booth!!!!!! Semua anime ada dekat situ.. antaranya ...








Shrek (Me) OppaGagNamStyle (FL) HAHA!



Dekat Office, Babah tak berambut kuning macam ni,
sorry HAHA!

Kesimpulannya, KAMI TAKNAK BALIK RUMAH! hwhw. Seronok sangat sangat. Family dah lah memekak mekak waktu ni, tapi seronok nya Allah sahaja yang tahu =') Rindu...



Apa apa pun, selesai majlis perkahwinan Anor dan Mamat. So proud of you selesai membina masjid :') Doakan kami yang sedang merancang ni ya! Syukur :') berakhirlah kisah pengantin yang baru aku update ni ha.

Malam tu kami tak dok diam, kami jalan merata rata dekat Singapore ihiks! Best? Best lah! taknak balik. boleh? peaceful! ekeke. i love you family :')



Okey then, selamat berbuka! Trip kemana lagi?  nanti iols update ya. Assalamualaikum :')

p/s: Baju bestfriend pink maxi dress (1 June 2014) yang dipakai saya dan Fatin Liyana adalah dari IGblogshop : @Farahanboutie

Lovely day with lovely people you become more positive =)

$
0
0
Assalamualaikum,

Selamat Pagi! ;)

When you opened it, your blog win the title of horror session like a jungle #tetiba. My dear readers, I miss you too.  Hope you guys are fine and having some fun with all of your family members, friends and your love one like I did. Yaa, more happiness in life.

I just want to take this an opportunity to thanks All of you my dear readers and followers that never stop stalking me here and Instagram and asked me when I want to update my blog. huu, terharu :') Actually, I am not a  blogger who rajin to update anything on my blog because I am just a lil permaisuri who are really love rest and peaceful at home and also love all luxury items on bed. LOL #nakkenalempang =p !

For me, blog is a good  place for who are sharing an informations that can be use for others.  I pun kadang kadang memerlukan blog orang lain untuk cari rujukan .  I love it much when everybody share a positiveness here and there. I feel, the blogger love me and all readers because of their words. very very good  , kind and positive. 

p/s: I will do my own business, hoping that you will like it , support me & plus size out there. coming soon!

Sorry cannot fulfil some people want, but you must know that i love you so much :')


take care peeps!
Najah!

Which University that you prefer for me?

$
0
0
Assalamualaikum.

It was super amazing life for me since I won't update anything about my life routine here. kan? Kesah pulak semua orang haha. If  I can turn back my life to 20th y/o, being full time student at the University like others and like me before BESTNYAAAAAAAAAA lah!

Deep inside my heart, I want to further my study, I mean for my Master but I still get confusing to choose which one better. Nak pilih Shah Alam, jauh sangat but mencari ilmu dan berjihad tak kira jauh atau dekat. Can you suggest me which one better? My diploma & degree was done at UiTM. Sayangnya. Kan best buat Master kat semua tempat haha. Semua dapat rasa & adil but I Can't do that kan.  Actually nak pilih yang dekat dekat around Bangi or around that area because i was thinking to take PJJ. My current job fully mon-fri. Mana satu? Bila fikir nak stop kerja and fulltime coursework cannot do it too. Allahuakbar.


My aimed, 27th y/o, I dah ada apa yang i nak walaupun it was a bit late actually sebab sekarang dah bekerjaya ekekeke. .  Can u help me to choose which on better and the best for me (university) ?

do email me : najahtuliylia@yahoo.com 
comment me here. 
thank you!






Khas untuk Bestfriend, Fatin Liyana !

$
0
0
Assalamualaikum :')



Okey la okey la, lama tak update tu tak lah tapi harini update blog tengah tengah satu family enjoy tgk AJL29! kau rasa? Entah, tiba tiba rindu blog sendiri , kesian permaisuri tak berusik hehe, time to mandikan permaisuri la ni :p


Harini entry special sikit sebab nak update khas untuk bestfriend aku ! Ok ok aku tau aku tau semua tunggu kisah bestfriend aku ni, tapi sabar la ha idea jap ada jap takda, tadi ada sekarang takda * babah bebel AJL29 banyak berceloteh atas stage, kau rasa aku boleh buat apa? kau rasa ? "anda nak cantik, nak putih? gunalah quputeh, baru la putehh :p "


Nak start dari mana ni emm,

Ok, actually tanggal 21 December 2014 yang lalu, semua orang tau my bestfriend Fatin Liyana  majlis pertunangan dengan pasangan pilihannya dah pun selesai.  As per blog FL, memang betul mereka dah dikira bertunang lama dah cuma nak diikutkan adat, FL sah menjadi tunangan dan direstui keluarga besar mereka 21/12/14 tu :')  Plan kawan aku tu sebenarnya nak surprised kan you all dan nak buat senyap senyap je tak nak kecoh- kecoh :p Tapi tah macam mana tah tiba tiba ada entry kisah FL ni berleluasa di media sosial. Aku serbasalah nak bagitahu dia yang hal pertunangan dia dah jadi viral. Dalam hati plan nak bagitahu dia camni " wehh kakk! kisah tunang kau kak dah kecoh sekampung" * sambil kipas pipi cemas takut fatin meradang haha, tapi sebab aku tau dia kawan aku & aku tau perasaan dia, aku taknak dia gelisah resah dan sedih, haha so aku biarlah dia amek tau sendiri so tiba tiba hilang cemas aku.  Setahu aku, aku update sekeping gambar je dengan dia on stage dengan dia pakai bunga tumbuh atas kepala kat Instagram ekekeke :p Haa, gambar tu pon awak amek letak kat entry tak mintak izin titeww yeww :P


Macam biasalah kan bila dia dah tau, baru aku cerita. Rupanya ada perasaan terkejut yang sama cuma masing masing busy dan banyak buat hal sendiri waktu tu, bila free baru share. Ish, korang ni haha, aku pon tak updated tau kisah dia closely punya nak tunggu dia update sendiri beberapa bulan sebelum dia naik pelamin nanti as our planned before ekekeke. Tapi takpalah, as long as kawan aku dah selamat bertunang aku gembira dan fans dia pon gembira. Takdalah korang sorang sorang tanya aku bawah gambar dalam setegram 

1) " kak datin, FL mmg dengan Dr. Anwar eh?', 
2) "datin, FL tutup IG  suruh dia bukak balik lah" ,
3) " Datin, kenapa kak datin gemok, kak fatin kurus?"

Nombo 3 tu, nombo 3 tu kau rasa?!!! *dengus dan nafas kencang laju :p . Anyway, Doakan yang terbaik tau.  Korang tau tak, perasaan aku bercampur baur tau kawan aku dah jadi tunang orang masa tu. Dulu ada la masa dengan aku, sekarang aku kenalah faham dia.  Dia pon bakal jadi isteri Anwar, so aku kena behave duduk diam diam fikir masa depan aku jugak haha. Rasa sebak dan gembira tak sangka FL dah tunang. Korang gembira, aku ni apatah lagi AKAN TETAPI, masih boleh bergossip bersama haha! apa gune kawan baik, nak gossip pasal rumahtangga orang lain dengan mak bapak mau kene hempuk ngan piring hihik, sebaik kawan baik ada :p


As your bestfriend, I am so proud with you kak! No matter what, i just have you as my bestfriend in my life. Congratulations for your achievement for Tokoh Srikandi Negara 2015! Seorang kawan yang sangat jujur dalam persahabatan, kawan yang taknak tengok aku jatuh. Kalau susah, sama sama. Kalau senang, gembira sama sama.  Terlalu ambil berat pasal aku, yes you are :) Nak cerita kisah berdua, terlalu banyak tapi bersyukur pada Allah, Allah anugerahkan FL as my goodfriend since kami budak budak lagi.  Kalau FL tak hadir dalam hidup, aku rasa hidup aku tak macam sekarang, honestly. Brave and independence, ya FL yang ajar. Mak ayah aku proud betul tengok aku semakin dewasa semakin matang :p thank you kak!  Dulu dulu photoshoot sama sama, hangout sama sama, mak ayah dok melaung nama sorang pon takda dalam rumah sekjepan hilang hahaha! Sekarang dah bekerjaya semua tu berubah perlahan lahan so kami ni kira pencen la sket ekeke. Sabtu Ahad tu paling heaven duduk rumah. see! 



entry serius pun bermula,

Tak lama lagi pon wedding kau tu kak, buat persiapan elok elok, aku sentiasa ada bantu InsyaAllah. Tahniah kak! Kuatkan diri jaga kesihatan walaupun tak whatsapp selalu macam dulu, tapi blog ni boleh aku yakin buat kau senyum dan aku rindu kau kak :') Nanti cuti, kita holiday sama sama lagi. Sebenarnya kak , masa kau tunang tu malam tu aku nangis sebab aku rasa, betul ke kau nak tunang ni. Boleh ke Anwar jaga kau baik baik, tapi aku kenal Anwar, Anwar layak jaga kawan baik aku . Aku sedih tapi aku taknak bagitau. Aku doa lepas solat, kuatkan lah jodoh pilihan fatin, yang terbaik dari Allah itulah untuk kau kak. Aku selalu fikir, boleh ke aku nak pergi cuti sama sama lagi nanti macam zaman bujang. Dah kahwin kita kena kepit dengan husband haha. Tapi syukur plan kita terhasil juga kan. Tsskk, rindunya nak bercuti sama sama.  Tak sabar nak buat surprised as i know you love my surprised :p   Kadang kadang aku throwback gambar2 lama kita pergi bercuti sama, aih ya time cannot turning back kan. So, please keep our memory to the end of life kak. But its okey, dah kahwin nanti InsyaAllah boleh jugak buat aktiviti tapi bawak husband lol dah kenapa. 

Aku nak sangat wedding kau jadi wedding yang terbaik yang kau idamkan, aku nak kau sentiasa jadi kawan baik aku macam dulu. Aku takda kawan lain yang faham aku kak, kau je sorang *dah mula nangis and i hope u can feel what i mean now. Kadang kadang aku rasa aku nak sangat kau dengar kisah kisah harian aku macam dulu tapi kak, sekarang dah tak boleh macam dulu, kau kerja aku pon kerja so masing masing tunggu cuti baru dapat luah takpun berbual dekat rumah. Aku sorang sorang memang cari kau tapi apakan daya, kita dah ada pasangan, so pasangan kena tahu jugak hehe. Tak boleh macam dulu, sekarang ke arah yang lebih serius jadinya masing masing belajar alam berpasangan untuk berumahtangga.  


Ingat tak  kat Melbourne, itulah tarikh bujang yang terakhir kau aku sambut tahun lepas, lepas ni kau kena sambut dengan husband :p Aku tak sangka itu last year kau bujang haha sebabnya cepat betul Allah temukan jodoh korang berdua.Syukur Alhamdulillah.   But, kemana mana pergi mesti ada memory. Tapi kan, yang banyak membantu untuk jadi matang, kau perasan kan fans fans dan semua orang yang mengenali juga, so thank you so much ada yang tegur kami dulu dulu untuk kebaikan, kami bersyukur. Tapi, aku je yang setia dekat Instagram, Fatin da lelap hahaha. Nak luah banyak banyak nanti kita jumpa la kak, sini hadiah untuk kau so supaya kau aku bila tua , tahu yang aku ada hadiah dekat blog lol.  Okey, masa laju betul sekarang, i cant wait to see you ok bride to be haha.


Well 2015, kami akan kumpulkan banyak memori yang terbaik , InsyaAllah :') so goodluck pada semua yang akan menuju ke jalan Allah ya! 


take care semua :') 












HIJRIAHOME

$
0
0
Assalamualaikum


Im back!

Najah cuma nak update a bit about plus size. Najah tahu nowadays ramai sangat cari baju yang bersaiz besar, tapi tak menepati citarasa kan? Ada yang cantik di mata orang lain, tapi tak cantik dan berkenan di mata sendiri. Apa kata you all jadikan 1 butik yang Najah nak recommend ni sebagai butik kegemaran you all 1 fine day untuk membeli belah pakaian- pakaian yang cantik cantik dan menepati syariah Islam ? yeah!

Oh well, Najah a bit fussy before untuk cari jubah, blouse and watsoevalah but now, Najah tak ada rasa susah untuk shopping sebab Najah dah ada 1 butik kegemaran di hati  dan boleh pilih cuma di hujung jari :p  Alhamdulillah 2 tahun Najah setia dengan butik @Hijriahome yang terletak di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras. Actually Najah tak pernah kemal pon dengan owner, tapi rezeki Najah berkenalan dengan owner semasa di Fashion show/Run-away di KL satu ketika dahulu. Tak silap Najah, untuk event Moslema. Rezeki sungguh dapat kenal owner Hijriahome. Alhamdulillah, now Najah dah anggap owner yang tidak pernah Najah kenal sebelum ini sebagai kakak angkat Najah thank you so much Kak Huda :)

Back to my real story, Najah mengalu alukan semua kawan kawan untuk terus bersama sama menyokong salah satu butik muslimah yang terkenal ni, pada mereka yang masih belum familiar, Najah menjemput semua untuk shopping dan cuba shopping di situ :) Sure! you guys akan suka dan seronok dengan butik Hijriahome yang Najah maksudkan. Service bukan calang calang service, tiptop! Tak pernah salah hantar service to customer and cepat pulak tu *flipshawl.

Hardcore and fanatic dengan baju baju muslimah +Hijriahome ni sejak Najah ke Melbourne, MasyaAllah, selesanya baju baju yang dipakai. Rasa 100% yakin untuk bawak solat. Design di pergelangan lengan memdudahkan untuk berwuduk. Yelah, nama pon wudhu' friendly hehe. Confirm lah terjatuh hati. Najah ni baran sikit kalau dah pakai lawa lawa tapi lupa baju lawa lawa tu tak dapat bantu diri sendiri ketika nak berwudhu'. Pernah jugak lah badmood sebab terpaksa buka semula baju untuk berwudhu semata. lol. Start from there, kalau nak keluar mesti pakai baju simple simple tapi kadang kadang tak cantik je rasa, nasib baik sekarang tak macam dulu dulu .Sekarang tak baran dah sebab ada baju +Hijriahome  :P aww!

Not only at Melbourne, Najah cuba bawak #TasneemActivewear dari butik +Hijriahome  ke Europe pulak baru baru ni. Ya Allah, tahu tak rasa tak sabar nak tolong semua kawan kawan yang sedang cari baju yang selesa tapi plus size. thee :p
As you can see a few pictures dalam Instagram kan, cepatlah Follow :p @najahtul  .

For your information, size Najah adalah XXL. Biar besar, asalkan Najah selesa.  Apakata Najah belanja beberapa gambar semasa Najah memakai pakaian dari butik +Hijriahome  ok?! Lepas tu pergi shopping ok :)

Fateema Blouse


Tasneem Activewear




Najlaa Sequin Jubah



Khadijah Lollipop Dress



Wardah Tunic



Zaynab Plus Size Blouse & Suria Chiffon Skirt



and.. 


and..


and.. 



and.. 


and..


and.. 

and.. 


and..


and.. 

and.. 


and..


and.. 

Najahtul Bliss Dress


Baru baru ni majlis Najah berjalan dengan lancar dan sekali lagi Najah nak ucapkan ribuan terima kasih pada @prettybitsofficial yand dinaungi oleh @Hijirahome juga.  @prettybitsofficial tempat yang sesuai untuk you guys buat tempahan untuk dress/jubah idaman yang simple lagi cantik dimata orang yang tersayang! Tahniah Timaa for your idea . Dah lah Najah baru jejak Malaysia, keesokan majlisnya terus sarung, mujur selesa hehe. you know my real size Timaa.. heee thank you. 

Okey you all, semoga perkongsian dari hati yang ikhlas ni untuk you all mencari jubah or dress yang selesa, tertunai. doakan kite ye *blush! semoga istiqomah :)


lebih membantu untuk you guys :

instagram : @hijriahome
website : www.hijriahome.com
fb : www.facebook.com/hijriahome
address : 55-2, Jalan Sri Permaisuri 9, Bandar Sri Permaisuri

Cheras, Kuala Lumpur
Phone no. : 03-9174 5755

please alert, Hijriahome selalu buat sales hee. serbu!

HAPPY SHOPPING!




Melbourne!

$
0
0
Assalamualaikum,

Cerita ni dah basi, but i don't care i don't care. Baca jugak =p

Last 2 years, I buat kunjungan ziarah ke Melbourne, MashaAllah excited dia macam kau dah habis exam besar and duduk rilex dekat rumah chill like that sambil makan ayam gureeng , that how i feel bila dapat permission pergi Melbourne dengan kawan kawan. Pergh, seriously aku punya excited sebelum cerita mmg over HAHA!

Ok, tu mukadimah, ni kita sambung cerita dia . Planning nak pergi luar negara bukan kerja aku, tu kerja kawan baik aku sendiri. Keinginan nak pergi tu tinggi tapi memang fully aku serahkan dekat fatin wkwkw!  Kitorang berdua sampai booking flight untuk pergi Melbourne macam sedang berbincang business berjuta dekat ICE ROOM. *walaupun masa tu, ada lalat hinggap dekat kepala, hidung dan paling best owner kedai tunggu masa nak halau lalat lalat termasuk aku dan si fatin sekali sebab nak tutup kedai HAHA! so bad that owner.  Cerita pasal booking flight, ek eleh orang kata boleh je kot ko online dekat handphone yang boleh slide slide tu ( padahal aku nak jugak cakap time tu aku dengan kawan aku pakai BB kot. Korang tau lah BB kan, setakat BBM Whatsapp bley lah hehe ) .  Dalam pada booking tu, mission failed sebab passport aku tak renew lagi so Fatin proceed beli tiket dengan si Fadzeein (Kawan Fatin). Aku mendagu jugak waktu tu, macam mana aku boleh lupa padahal aku yang excited nak pergi. First tips, make sure you have you passport before booking your flight :p Nasib tambang murah waktu tu, dapat jugak merasa pergi Melbourne.










Kejadian MH370 still fresh, aku ingat lagi waktu ni. Aku berpisah duduk dengan kawan kawan aku dalam flight sebab aku paling last beli ticket but aku belajar banyak hikmah waktu tu, how to survived on flight without anyone yang aku closed. Berbekalkan surah Yassin dan aku kekalkan wudhu' yang aku ada, aku tak putus putus membaca. Waktu tu, wajah family aku memang tetap nombor 1.  Aku tahu walaupun family aku izinkan aku ke Melbourne tapi dalam hati mak ayah yang aku rapat dan sayang pulak tu, sedikit risau tu tetap ada. But, life must go on baru anak bujang LOL. Aku berulang kali baca Yassin sampai aku tertidur. Sweet moment jugak waktu tu, sebelah aku passenger Pakistan/Indian aku lupa dari mana tapi urban sangat pakaian dia, sedar sedar dari tidur aku, dia ambil Yassin aku dan dia baca sama. Hati aku rasa syahdu dan aku menagis waktu tu sebab aku rasa bukan aku saja ada perasaan bercampur baur. second tips: bring your Yassin/mathurat etc with you at least you not wasted you time kan :) pahala dapat, rasa Allah dekat pon ada dengan kita.


Kenangan paling istimewa waktu ni, bukak bukak mata..  subhanallah! matahari terbit there! kagumnya Ya Allah! that is why, Iolss suka duduk seat tepi haha! Rezeki pulak waktu tu dapat tepi :p






Alhamdulillah, selama 7 jam dalam flight from KL-Melbourne, sampai jugak. Walaupun muka macam maid, ni semua sebab si fatin. " Kak, toksah melawa mekap mekap kita keje tido je dalam flight" i forgot sampai Melbourne siang HAHA. But oklah kan dapat upload show off dekat korang aku dah sampai Melbourne LOL. *lempang pipi gebu.



Ni lah tiga orang backpakers yang boleh dijadikan harapan tunggak kegemilangan sebab aku memang 100% ikut plan si Fatin & Fazreen. Almaklumlah, dorang tengah cuti waktu tu, so aku bersetuju dorang buat keputusan haha!  Nasib baik dak Han ( Fatin's Brother) ikut. Secured gile ada lelaki kalau pergi backpackers ni.


Alhamdulillah, perjalanan kami sangat sangat teratur dan memang dalam perancagan. Sampai sampai Melbourne, kitaorang ke tempat sewa kereta. Keputusan untuk menyewa kereta dipersetujui ramai haha sebab han ada, so senang untuk kami kemana mana 1 Melbourne ekekeke.  We tot kereta murah murah dia bagi tapi luar jangka Han dapat drive Blue Hyundai yang latest tu. wuhhu  complete set with GPS and SMART LINK (touchngo) =p. Thank you Han, sepenuh masa drive kereta mwah!

Kat sini la tempat kami sewa kereta. Macam biasa, dak Fazreen dan Fatin uruskan LOL dah kenapa aku macam takda sumbangan waktu ni haha!





Everything was done, terus ke penginapan kami. backpackers hostel (sorry sangat lupa nama hostel kami). Syukur sangat sangat kami dapat tempat penginapan yang sangat sangat perfect yang penting still in budget dan selesa untuk kami berempat.(Fatin and Fadzreen selesaikan booking from Malaysia). Hows it? Cool meh =p  Kat sana best untuk backpackers, kami sampai sampai happy sangat masuk bilik, kami terus taknak buang masa, kami keluarkan semua semua makanan yang kami bawak from KL.  Jimat pon jimat. Btw, Australia very strict about foods. Sebelum packing, kami siap berbincang dalam whatsapp group apa perlu kami bawa ke sana dan apa yang boleh/tak boleh untuk dibawa. Third tips, make sure all foods in packaging & bukan berlauk/cecair yang telah dimasak. Disebabkan tugasan wanita adalah ke dapur, kami bertiga bergegas bawa makanan untuk dimasak turun ke kitchen (self services) k?! I told, you! fun sangat ni! haha. Normal la, sejuk dingin dia seriously memang sejuk. So automatically perut rasa lapar sangat, fadzreen siapkan sandwich dan fatin siapkan rendang ayam. Huu =p



I? I sebagai runner, "kak tolong pass sudu, kakk tolong pass periuk tu, cuci skit: gitchew~" kata teamwork and backpakers haha! psst: Periuk, senduk kayu & periuk nasi bawak dari Seremban kot haha! Lagi seronok kitaorang saja yang masak lauk over. Omputih tu pon ngintai eleh nak sikit lettew =p over hehe. But mmg best bila tengok dorang sediakan masakan healthy food like vegetarian and pasta watsoevalah kan. Lepas makan, we all packing dalam plastik transparent yg tebal setiap kali masak. Btw, memang kami 100% masak dan bawa bekal berjalan masa dekat sana, jimat duit and tak membazir :)



4.30 pm, gelap macam malam. But who care tetap melepss macam diva! haha. Kami berpandukan maps yang kami ambil siap siap dekat airport. Forth tips, jangan lupa bawak maps untuk tujuan melancarkan perjalanan. Penting tau maps ni! .



Kami teruskan perjalanan ke Federation Square . Kat sini, enjoy sangat. Our favorite place untuk online selama dekat sini! Instagram ON, Facebook ON, Twitter ON and yang penting wifi laju gila dekat sini. Sejuk sejuk pun tak sedar, dah lama stay dekat situ. Mana yang Skype, skype =p , mana yang whatsapp, whatsapp hehe! Alhamdulillah kat sini lah kami segera call family dan bagitahu kami dah sampai Melbourne!  So from there, we catch our moment together :) how nice and I really  miss our moment there.



Fazreen and i lepak dekat bara api waktu ni sebab tak tahan sejuk! Taktau nak cakap enjoy macam mana waktu ni sebab masa nak duduk situ, ada story telling by audio. So macam real la bila duduk dengar kisah kisah dalam tanah dorang kat sini * aih rindu plak!


Lampu ni unik! boleh kau menari situ? haha. biakan.


Ni view waktu siang pada keesokan hainya. Satu hari kami berjalan Melbourne. Tak perasan boleh pusing town tu dengan hanya jalan kaki. Kami tak naik kereta sebab dalam town je kot, then boleh pergi banyak tempat.  .  Kereta kat sana tak boleh park suka suka hati, kalau tak memang police laju saja saman. Standard Malaysia la :)


Salah 1 bangunan antik :) Flinders street. We grab our moment together each place. Seronok tau! Melbourne selamat, takda masalah dan Alhamdulillah ramai je Malaysian people waktu tu ! Waktu ni memang sejuk, bukan saja saja pakai snow cap tu, bukan saja saja fatin dan fadz pakai mafla bulu dekat leher tu, untuk tahan sejuk :) Han nasib baik laki, simple pakai sweater haha! baru nak kasi tudung tebal kak najatol :p


See, enjoy kan orang dekat sana baik baik. Ajak bergambar, join semua! Waktu ni birthday girl (Fatin) excited sangat. Untung lah celebrate dekat melbourne haha! Fadz , me and han puas fikir nak bawak dia pergi mana, mengalahkan tau semua tempat macam dekat Seremban lol!


Perlulah ada gambar berlatar belakangkan Melbourne, untuk anak cucu kami ekekeke =p Tambahan pula, muka semua magazine style (over tau si Fadz) dia paling suka gambar ni hahaha * sorry fadz, terlepas cakap kat orang mwhehee! si Fatin macam tupai ok ok upgrade sikit * chipmunk haha hans pulak macam cat :p aku? mestilah Datin . HAHA. *hamekk kene hentam lepas ni.

Waktu ni kami jalan jalan town, nampak 1 group ni buat charity. Terkejut jugak Mike (nama dia aku hentam rasanya betul) boleh buat flip lepas dapat tau waktu tu birthday si Fatin. Oklah tu hadiah dari kami bertiga , Mike buat flip untuk kau kak  wkwkw. Enjoy! sporting sangat!

State Library of Melbourne, cantik kan?

tengok view luar ..



=) Standard lah. sapa datang Melbourne mesti datang sini. Bila masuk, cantik nya!

cantik bangunan bangunan antik dorang!


Yay! Esok harinya hari yang tak sabar sabar nak Han drive ke Great Ocean Road. Yes! Han drive haha! Tak silap 8 jam jugak perjalanan kami ke sana sebab banyak berhenti. Best naik kereta sendiri :p (blouse panjang saya ditaja ke Melbourne by Hijriahome)




Han! stop sini! tempat ni tenang. Macam dekat kampung ! Stop Han, stop! STOP! Nasib baik ada adik dengar arahan, kitorang pon turun sini main KUDA! sanggup lintas jalan demi seekor kuda. Kau rasa? Memang kerja gila. Apa khabar la kuda cantik ni :)



Kami teruskan perjalanan untuk kumpul segala memori kat sana sikit demi sikit walaupun tepi jalan LOL. Bye Unknown Kuda!



Tak cukup kawasan kampung, kitorang singgah tepi pantai ke laut eh ni? Cantik sangat! Excited macam depa datang Malaysia dok mandi laut cuma yang bezakan excited kita adalah celcius kat sini toksah cakap lah, sejuk gila!



Taktahu waktu ni kenapa tak turun, mungkin sejuk sangat rasanya. Tak perasan macam mana dorang boleh sampai bawah haha! Enjoy tengok scene sini, Subhanallah, no wonder we need to travel, selongkar ciptaan Allah!


Tak cukup kami kat sini, kami teruskan perjalanan untuk ke Great Ocean Road.  I told u, punya lah lama nak sampai sebab banyak tempat best dekat sini sepanjang perjalanan!


Han stop kereta tepi padahal sini tak kan pernah ada yang berani turun kereta! Kereta laju laju, memang tak sangka rezeki dekat sini :p Signage Great Ocean Road ! Yang penting kitorang suka design rumah dorang atas bukit!



Seronoknya! Rindu weh! Pegi lagi jom?!


Next, Tempat ni lah paling manis sepanjang ke Great Ocean Road :)


Kitorang proceed ke rumah warna warni pulak.Main taman dan buat video haha!


View dekat sini peaceful. Town dia tak ramai sangat. Kawasan kampung, tahu tahu aje lah kan tapi best!




Fadzreen , cantiklah gambar ni, simpan baik baik ok!
Kawasan kita ni, berbisa.


Actually ular bisa banyak dekat sini tapi kami main jugak sampai nampak keldai warna purple. Kejar,kejar dia lari. huhu . Fatin suka sangat view dekat sini.

Sampai lah kami di Great Ocean Road walaupun perjalanan sampai ke malam, yang kitorang dapat, adalah kegembiraan! hehe. Great Ocean Road ni tempat idaman aku actually!


Secene ke sana, orang kata memang berbeza dengan negara sendiri kan?




 Nak sangat datang sini. Tak datang, rugi! Kena jugak datang. Cantik kan?!!!


Worth my money for finallyyyyyh! hehehee! Kalau korang datang Melbourne, please come here! kalau boleh, datang waktu siang sebab cantik scene dia!  Nak share dengan you all, perjalanan ke Great Ocean Road sangat sangat awesome. Sampai rindu sangat!

Wheehe! Esok harinya drive jugak tapi kami ke Moonlit Sanctuary (zoo nama sebenar haha) ! Sorry guys, lama sangat pergi sana sampai lupa locations. huhu!




It's makan time! Makan dulu, sebab mak pesan masuk mana mana kat sana semua berbayar, mahal. Masak jangan lupa! sio sio yo bawak periuk kuali haha!

LOVE it here. dapat jumpa macam macam ! Alah, macam dekat TV tu. hehe :)

Bonding time with le kangaroos :p I suggest kat u guys, datang lah tempat ni, Berbaloi, Kangaroo bersepah sepah tapi setia dengan kita! Tak jahat. Jinak btw. Boleh bonding time sama. Alhamdulillah sebab waktu tu, kami saja kat situ. Seronok bukan main lah kan! TAPI! air liur dorang BUSUK! hahaha muntah aku.



Haha! kene umpan dengan makanan! kalau tak, jangan harap dia nak layan! Harap pakai cantik cantik aje, air liur dia mengundang!

Seronok waktu ni, bagi makan tapi sebab makanan dah nak habis, tak dapat nak kasi dia. menyesal pulak rasa. uhmmm



Yeayyyyy! dapat jumpa my baby! dream baby! (Koala). Alhamdulillah wak tu kami datang, Pureen wake up! Susah nak tengok koala bangun kan. Ini pun waktu dia makan :) hehe!





















Comel sangat koala! mata kecik, mulut kecik.


Pureen wangi sangat waktu ni :)


So far, Kenangan sangat waktu di Melbourne. InsyaAllah.



 Ada rezeki nak pergi lagi! Banyak rasanya moment nak dikongsi, tapi kenangan kat sana memang seronok . Bagi aku renung masa depan untuk bukak episod Adelaide pulak :p



Enjoy ur trip here! Plan lah dengan kawan kawan untuk ke Melbourne, belikan ole ole ok! haha! Aku akhiri dengan makanan terakhir sebelum bertolak ke Adelaide lol! Bye!

Fasa 1 : Majlis merisik (rasminya bertunang)

$
0
0
Alhamdulillah. (7 March, 2015)


Apa yang aku hajati dan mahukan dimakbulkan Allah. Maksud aku, majlis pertunangan yang bukan secara besar besaran. Bukan apa, majlis pertunangan ada yang majlis besar besaran, ada yang kecil kecilan tapi aku pilih majlis yang banyak tidak dilakukan ramai pihak. (tapi aku suka pegi majlis pertunangan orang lain sebab aku suka makan & nak tgk gelagat depa disarungkan cincin  LOL cumanya aku tak buat untuk diri aku :p

Mula mula aku dan keluarga fikir tentang apa kata orang sekeliling, yelah kenalan ramai, saudara mara ada tapi tidak dimaklumkan. I discussed about this with my dad, "Babah..ni majlis saya so apa orang nak cakap, cakap, mulut orang lama lama berhenti la. Bukan majlis pernikahan pon  (yang ni perlulah di war warkan)". Aku buat ni pon bersebab, aku & suami bukanlah orang senang petik nak tu semua dapat tapi kami berdua ikut la apa yang Islam ajar. Bunyi macam bagus, tapi takpalah nasib baik dah nikah HAHA!

Perkenalan kami dari 2012 (masa umur aku Degree), baru serious berkawan dengan lelaki tau! Dulu mana lah ada lelaki nak kawan dengan aku, gemok, anak emas anak bapak & kuat report hehehehe! But times changed us kan, so bila dah matang umur ni, baru rasa annoying dengan perangai sendiri mwahahaaa~ Balik dari UK, pihak suami aku datang merisik ke Seremban. Keluarga suami dalam 14 orang sahaja dan family aku (Ayahtok, Maktok, Babah, Ibu, Abang, Adik Ibu aku dari Pahang & kawan baik aku Fatin). Waktu tu, suami aku tak masuk rumah, lepak luar rumah sahaja. Aku nampak family depa semua masuk rumah. Aku macam tak percaya aku yang dirisik waktu tu. Kau bayangkan, aku tak pernah jumpa family suami aku , tiba tiba datang berbaris masuk rumah. I was like, gile ah aku nak disunting weh.  Dah la aku tak pandai masak, takkan nak bagi suami makan desserts je (ikut resepi Sheila kat FB, HAHA) degil pulak tu tapi suami cakap, takpa you rileks saja, kita dah kawin nanti automatically akan ada perubahan InsyaAllah..Suami pulak suka makan & pandai masak, so aku nekad untuk belajar sampai sekarang walaupun majoriti suami aku yang masakkan LOL.


Family suami aku berbincang kat bawah diketuai Pakcik suami dan aku pulak kat atas. Kau tau macam mana aku tahu apa dorang discussed kat bawah? , FL tolong whatsapp aku semua perkara mwahahaha~ nasib baik ada bestieTV live dan sesi ketawa mengilai berdua.



Alhamdulillah, family aku terima dan aku bersyukur ada juga yang nak kan aku. Sebab ibu aku pernah takutkan aku " kau kene kenal ikan tu ikan apa, cadar tu kene ganti seminggu sekali, lipatan kene kemas, sapu rumah kalau boleh hari hari & jangan kuat melawan nanti mak mertua kau halau kau keluar rumah ibu taktauuu " . Ikut mood rajin datang baru buat tapi kalau malas tu, mak aku yang siapkan! kadang kadang keluar ayat mak aku " hi princess, berzikir dari tadi (playing with my phone) bibik (mak aku) dah siapkan semua. Tidur nyenyak saja ya princess" kau rasa pedas ke tak pedas?  zaaass  terus takut dan taubat, tak sanggop ibu ulang amukan kepedasan lidah kali seterusnya  ~


Lepas tu, Fatin whatsapp "kak, ok ready ko leh turun. skg skg! " Aku pun turun untuk disarungkan cincin oleh bakal mak mertua masa tu. Aku turun tangga dan  abang aku cerita macam boyish gile keadaan aku. Nasib baik mak mertua aku suka aku HAHA (suami yg cakapppppppp k)  Allahuakbar aku rasa nak repeat balik moment aku turun tangga tu tapi apakan daya, itulah kenangan masa hidup wkwkw. Suami aku pon masuk rumah lepas upacara perjanjian di antara keluarga kami selesai & kami makan sama sama sambil bergembira ehehk aku pulak mengada mini photoshoot kat gazebo depan rumah :p  .


Nak rasa macam orang lain pakai cantik cantik, aku buat jugak macam orang lain. Nak bunga tangan, ok mak aku belikan bunga tangan untuk aku. Nak ada hantaran sempena hari lahir suami waktu tu, ibu buatkan siapkan hantaran HAHA~ simple for me. Alhamdulillah pertunangan kami diikat dalam 9 bulan sahaja.

Parents aku , masa ni Tunang dan aku :p
Ada Ayah tok & Maktok
Family Tunang kite
family rombongan Tunang kite :)
Kawan baik masa kecik kita yang tak putus bagi semangat sampai sekarang !


Hantaran dari Seremban untuk Taiping :) by ibu

Dari Taiping untuk Seremban :) (mak mertua kita yang buat sendiri) *kagum
Goodies tu kan, aku buat sendiri :p Potpourri & pakai perfume Gucci Flora mak aku ko tauu ? mwahaha~





Happy birthday Tunang & thank you singgah di hati ini. LOL

Thank you Hijriahome hadiahkan kita Dress Tunang !
Thank you Azfaboutique hadiahkan shawl Tunang !
Thank you Photograhper abang ipar sendiri : Wanzerowan

Anything update on my Instagram : @Najahtul


bye-bye !



LOMBOK 2016

$
0
0
Hi,

Air Asia, anyone can fly mewhwhw~ Masa aku beli, tiket untuk 2 orang dalam RM700  (return) . Bagi aku, mahal jugak lah, kalau rezeki korang dapat beli murah, bestnya rasa! Lepas beli tiket, kisah Lombok ni dilupakan seketika sebab waktu tu, aku tak ada masa nak fikir just fokus pasal wedding yang bakal tiba on November, 2015. So semua tempat, transport etc aku tak ready apa apa. Seriously , this is my first time pergi overseas with my husband & 1st time untuk husband jejak kan kaki ke Indonesia. Gila tak  risau? Pulau pulak tu kan.

Masa tu aku sorang sorang duduk dalam bilik tak tau nak buat apa, aku on laptop & aku bukak itinerary pasal Lombok. Masa aku dok cari pasal Lombok tu, Lombok tak lah famous macam sekarang. Aku pon dapat tahu dari Mak kawan aku yang kerap pergi sana. 2015 je dah berapa kali Cik Zai pergi sana. Aku kan jenis manusia yang nak tahu jugak tak pedulik :p

Aku tanya la kawan aku tapi tak puas, aku pergi jugak rumah kawan aku tu & aku tanya sendiri Cik Zai (mama kawan aku) pasal Lombok. Dari A- Z Cik Zai cerita. Kau tau kagum aku waktu tu macam mana? haa nasib baik aku dah beli tiket mhehehe.

Plan nak honeymoon berdua, tapi Parents aku ikut last minute, kitorang happy sebab hilang rasa negetif ke Pulau. So double moon to Lombok HAHA! Aku naik semangat sebab Babah memang suka Pulau , so dia tahu selok belok Pulau. Alhamdulillah. Masa nak beli tiket flight untuk parents, waktu tu baru aku cari Hotel untuk kami stay & Travel guide. Husband pilih Svarga Resort yang terletak di Senggigi sebab view dia cantik sangat dalam Google :p (photographer, so kena lah ikut selera dia kan).


Tiba hari untuk aku ke Lombok pada 29 Jan, 2016. (3D/2N) - Pulau Seribu Masjid


Flight aku ke sana Jam 3.30 pm tapi waktu tu delayed sampai jam 4.15ptg untuk tunggu jemaah umrah transit Indonesia pulang ke Lombok. Lama kot. Aku rasa better korang beli makanan awal awal makan kat Airport. Bagi yang tak biasa naik flight, aku bagitahu makanan dalam flight a bit higher, baik makan dulu sebelum flight tiba sebab mmg mahal. Baik korang save duit untuk belanja dekat destinasi padahal kami pon makan dalam flight sebab lapar sangat (delay) kan nasib baik sedap.


Aku dan suami biasalah ambik moment berdua dalam flight, berebut jugak nak duduk tepi tingkap tapi takpa lah, bagi dia tengok view. Tapi nasib baik aku ada aktiviti dalam flight, main dengan baby Canada mata biru depan mata & kacau parents aku yang duduk depan. Luckily parents aku depan seat kita orang. (so family type hehehe). Oh ya, jangka masa dari KL ke Lombok ialah 3 jam. Tidur aje la dalam flight :p By the way, Air Asia still good service. So far, tak ada masalah lagi kepada kami.

Alhamdulillah, tiba di Lombok dalam 7.00 pm macam tu. Sampai- sampai saja di Airport Lombok, kena lah isi form putih dahulu. Kena isi tau , kalau tidak, tak boleh keluar & if ada emergency dekat Lombok, Duta Malaysia  tak boleh cari korang. Pastikan korang dapatkan form tu dan isi. Kalau boleh, travel pen must ready inside your pocket. Takda lah pinjam orang lain yang busy nak tulis jugak kan. Masa di ruang imegresen, kami pon delay 10 minit sebab bagi laluan pekerja solat Maghrib dahulu. Bagus kan? I hope Malaysia can do that soon.

Selsai di Imegresen Lombok , cari segera supir kami. Supir (travel guide) . Supir kami namanya Pak Rony. Muda umurnya 23 tahun. Ini pon mula mula plan nak backpacker tapi sebab parents ikut, so husband prefer naik van sahaja . Supir sediakan Toyota Innova. Kesian Pak Rony tunggu kami dah 2 jam hehe. Nasib baik Pak Rony main instagram so tak lah boring :p

Skirt from @Maryamandmatilda (IG)
Perjalanan ke Senggigi hanya 1 jam dari Airport.  Pak Rony terus bawa kami makan malam di Senggigi (senang terus laluan ke Hotel) . Jangan risau, Supir tak kan join korang makan, depa buat hal depa sendiri mwhehe~ Mula- mula kami nak makan di Furama Senggigi tapi sebab dia jauh ke depan lagi, perut pun dah lapar, then  kami makan malam di Ocean Blue Seafood, Senggigi.

Set A : RM 95.00 untuk 4 orang. (kalau nak murah ada, mahal pon ada)

Pemandangan dia di tepi pantai, bunyi ombak kuat dan meja makan atas pasir pantai sama seperti di Furama, Senggigi. Kebetulan kami makan, hujan renyai so kami makan bawah bumbung dan yang penting, ada Wi-Fi. Tak payah nak beli sim card.  Oh ya, Pak Rony beritahu, musim hujan selalu akhir bulan 12 hingga bulan 2. So kalau nak pergi Lombok, cantik kalau pergi dalam March ke atas. Just small info but useful for you all kot hehe.



Lepas makan malam di Ocean Blue Seafood Senggigi, kami terus menuju ke Svarga Resort. Ya Allah, aku terus cari suami aku dan peluk dia sebab berbaloi hotel yang dia suka tu untuk kami. Suami & parents aku pon happy sangat bila sampai sampai Svarga Resort tu. Suami excited nak tengok bilik. Parents aku pon dah check in bilik dia dan kami tunggu turn  untuk masuk bilik & one staff bawakkan bag kami sampai bilik. Reception dia comel, Nani namanya. Lembut beza betul dengan aku suami aku cakap LOL.  Bermulalah honeymoon kami berdua sebagai sepasang suami isteri di Lombok.   Svarga ni bagus mungkin ada jugak a few hotel macam ni dekat area situ tapi Svarga ni bagi kitorang free massage 10 minutes. (serious excited sebab Indonesian spa kan best).


Part paling best, bilik kami di awal selekoh . Macam rumah dua tingkat bungalow dah rasa masa dapat bilik tu. Suami pon slow slow bawak naik bilik thennnn bukak bukak pintu, ada surpriseeeeeeeeeeeeeeeeeeeed!I LOVE YOU TOO husband Hehe. Masa kecik kecik berangan sapa lah boleh buatkan aku katil katil bunga bunga siap angsa macam ni. (Tahan air mata dapat surprised, baru lah honeymoon) ekeke. Thank you ! Kami pon beradu untuk selongkar hari kedua di Lombok pulak esok hari.

Day 2, 30 Jan , 2016.

dear parents. Tepi Coffee House ada transparent pool, pada yang pool takda dalam bilik, boleh mandi dekat pool ni :)
As i said, aku plan last minit nak kemana mana dan lain lain tapi Alhamdulillah, Pak Rony bagi suggestions sama macam Cik Zai masa di Lombok ni. Yelah, kau bayar kau berhak nak pergi mana kau suka tapi kena pandai pandai lah agak agak masa perjalanan ke desitinasi. Ok untuk hari kedua, kami semua tak jadi buat aktiviti sendiri sebab kesian parents aku risau berpecah especially ibu aku. So suami aku pon memang nak berempat semua untuk ke mana mana. Lepas breakfast di Svarga resort, kami sekeluarga ke Gili Trawangan, Lombok. Masa dari Senggigi ke Gili Trawangan dalam 40 minutes. So, bangun awal tau, sayang masa terbuang dalam perjalanan sahaja.


Nasib baik Pak Rony singgah Bukit Malimbu yang famous ni. Dapat jugak bergambar dengan ibu.
Ayah aku sebok beli cap Lombok. His favorite kalau kemana mana mesti beli topi tempatan HAHA.














Kami tak ambil pakcage, so memang kami cakap rugi sangat. Korang kalau nak pergi, please ambil pakej. Kalau yang dah biasa, mereka akan pergi ramai ramai so save cost kat situ. Untuk hari kedua ni, kami terpaksa belanja untuk dari Jetty ke Gili harga lain,  Gili Trawangan  ke 3 pulau harga lain,  I was like, aduh, sayangnya duit, kesian suami aku mwwhwh aku la punya pasal tu, main beli je tak tengok awal awal. Babah pon belanja speed boat. Speed boat kami untuk 4 orang RM 240.00nett pergi dan balik dari Jetty ke Gili Trawangan dan Gili Trawangan ke Jetty.

Kami malas nak fikir lama, sebab kawan kawan pesan di Lombok hati hati percakapan, perbuatan dan mimik muka sebab dekat sana orang nya tak sama seperti di Bandung dll. So far, Alhamdulillah tapi betul jugak pesanan tu, di mana mana pon :) So kami charted speed boat sebab masa memang cemburu, kalau naik boat ramai ramai, lambat sampai. Takut petang tak sempat singgah di tempat yang kami hajati.

Speed boat pada yang pregnant, please fikir banyak kali dulu nak naik DAN please inform driver untuk bagi korang LIFE JACKET. Ya Allah , aku and family pegang tangan kot punya risau, laut dah lah dalam, aku pulak banyak imaginasi memang masa tu tak terfikir kenapa takda life jacket untuk kami. Seriously, please ALERT about this.  ok? Sampai kami ke sana ambil masa dalam 10 minute, kalau boat biasa, lebih dari tu jugak.



Alhamdulillah sampai pon di Gili Trawangan. Dekat Gili Trawangan, korang bole pilih pakej untuk ke pulau. Dekat pulau tu boleh snokerling dan tengok hidupan dalam air atas boat pada sapa sapa yang takut nak mandi ehe ~ Pakej seorang untuk snokerling & naik boat RM 30.00 lebih kurang. Masa tu, aku tanya suami nak ikut parents aku ke atau nak naik kuda? Sebab suami aku macam terpaku tengok kawasan (gambar) ni. Nak kata isteri dia lagi banyak buat dia terpukau, tapi kat sana, dia seronok mungkin sebab culture orang pulau. Interesting about Gili Trawangan, tak ada langsung kenderaan bermotor macam motorsikal, kereta etc. Dorang memang betul betul jaga kawasan tu. So the natural environment. Healthy life style.
Lombok Ferarri at the back  ; printed wide shawl from @Hijriahome (IG)

Sambil kami tunggu trip untuk ke Pulau, kami bebas berjalan. Suami aku apa lagi, ambil gambar isteri dia lah untuk buat blog wkwkkw :p Nasib lah dapat suami iras KJ (org Lombok cakap k! tak sempat tutup telinga)  & nasib baiklah suami aku layankan aku ni kalau tidak, takda gambar langsung kat Lombok .

Anyo! Anje KJ (tak sama kan, org lombok pandai amek hati ekekeke).
Ada pon gambar  sama sama isk

Sempat jugak la aku dan suami took our moment together sambil tunggu panggilan boat. Tak boleh pergi jauh jauh takut leka masuk kedai tengok barang, terlepas panggilan. Tengok harga jualan dekat sana, not bad. Not bad bukan murah, mahal boleh tahan jugak haha. Mungkin dorang tau yang dorang dah jadi tempat pelancongan. Pulau pulak kan. Makanan pon sama.












View kat sini cantik cantik tapi suami cakap lepas snorkeling baru jalan jalan puas kat street ni. Kalau jalan awal, nanti tak best takut tak sempat. Kita naik Lombok Ferrari nak? I answered him, naaaaaaaaaaaaaaak!


Tiba lah kami untuk ke 3 jenis perhentian untuk snokerling. Honestly, memang betul cantik dan nampak batu karang, hidupan laut (coral, nemo etc). Aku naik boat yang ramai ramai ; harganya RM30.00 seorang yang macam aku beritahu tadi tu TAPI sebabkan kami pertama kali datang dan tak ada pengalaman di Lombok, kami rasa unsatisfied sangat dengan servis bot ni.  Upset bukan apa, safety jacket tak cukup & siapa yang cepat dia dapat.  No wonder masa nak gerak tu, dia ambil safety jacket dari bot lain. Kesian ibu, babah dan suami aku tak dapat safety jacket. Aku pon dapat safety jacket yang bukan size aku waktu tu. Sedih tau tak dapat mandi dekat pulau pertama dah lah cantik gila & yang sempat terjun pon, ayah aku. Tu pon mungkin ayah aku dah biasa, so no need safety jacket. Suami dan mak aku stay on the boat dengan aku. Tengok je lah orang mandi waktu tu. Kalau aku tahu awal, aku rebut safety jacket tu. Untuk korang, kalau nak murah macam aku boleh, tapi make sure korang cepat cepat grab jacket korang tahu! Nanti jadi macam aku. Lebih baik kalau korang pergi ramai ramai, charted macam speed boat tu, personal boat. So senang. Tak payah berebut tapi kemungkinan harga dia tinggi sikit lah dari yang aku naik ni.

Dah sampai Pulau ketiga, baru aku dapat safety jacket dari International people. Itu pon dia dah macam kesian dekat aku dan ibu dari pulau kedua lagi. So dia cakap, just take it and enjoy ur snorkeling. Aku pon terharu baiknya dia. Thank you tak cukup untuk dia pada aku. Agaknya dia puas dah kot. Tapi pulau pertama dan kedua memang jernih dan cantik berbanding pulau ketiga.  Ibu dan aku get ready tapi ibu takut takut. Arus ombak da pasang tapi aku tak rasa  apa apa. Suami aku rupa rupanya takda safety jacket dah berenang. Aku terkejut lah mana suami aku pergi. Aku lupa yang dia ada lesen skuba. Sumpah aku lupa betul. Tapi suami aku sanggup tunggu nak snorkeling dengan aku. Ibu aku ayah aku yang jaga. So aku berharap dengan suami aku sahaja waktu tu.

Okey cerita sedih untuk aku tapi kelakar untuk suami aku. Aku tak nafikan memang dalamnya air tu. Aku pon seram sebenarnya tapi sempat aku tengok penyu besar, ikan kecik kecik macam nemo & ikan warna warni lintas bawah bot. Aku terleka dan aku terjauh sangat dengan suami aku. Nak dijadikan kenangan, zip safety jacket aku terbukak. Zip da tak boleh diselamatkan dah. Aku pegang sekuat hati jacket aku supaya jangan tercabut sambil mata aku nampak orang lain tapi bukan suami aku. Aku jerit sebab aku panic masa aku panic, aku boleh je pegang panties perempuan depan aku tu tak pun pegang kaki suami orang (melayu) masa tu tapi aku nak jugak suami aku. (sedih tau weh) . Aku pegang tali bot di tepi bot tu sambil nangis tapi tak sempat pegang, suami aku datang dari belakang sambut aku. Aku rasa Ya Allah apa semua ni aku nak naik bot aku taknak mandi. Suami aku ketawa itu je nampak. Aku tanya dia kenapa, dia taknak aku panic. Ya Allah, ombak tengah laju, bot ditolak tolak, korang rasa ada harapan ke kalau suami aku mandi seberang bot. So, jangan seronok sangat, panggilan pulau ni tak boleh main main :)

Dalam 4 jam jugak lah kami di sana sempat bot berhentikan kami di restoran untuk makan tengah hari. Makan tengah hari tak disediakan dalam pakej, sendiri sendiri. RM80.00 jugak lah total kami berempat makan tengah hari disitu plus aku beli ole ole untuk kawan kawan.  Sorry lah gambar dekat pulau tak banyak sebab takut gadget masuk air & pasir.

dear parents ; Lombok ferrari RM 60.00 untuk sebuah. Boleh naik 2 orang je tak silap kalau badan macam aku dan suami lah :p

Dalam jam 2.45 ptg selepas selesai makan tengah hari, bot bertolak balik ke Gili Trawangan. Alhamdulillah, kami sampai jugak ke Gili Trawangan . Tak sabar nak naik Lombok Ferrari yang suami janjikan mwehhe~ Alhamdulillah dapat jugak pusing pusing Gili Trawangan naik Lombok Ferrari. View dekat sana aku dapat rasakan kalau nak repeat lagi ke Lombok, aku akan bermalam di Gili Trawangan. Banyak gila hotel , ada yang murah jugak, kalau taknak stay hotel, boleh je bawak khemah tidur di area cafe hotel (view laut). Aku tengok kurang visitors bawak baby mungkin pulau and a bit leceh tapi kalau bawak, better pakai macam baby pouch sling , no stroller k except yoyo la. Tu pon kalau kau larat nak turun naik bot hehe.



Dalam pada aku naik Lombok Ferrari tu, baru aku tau yang buaian dalam air (Ombak Sunset) tu dekat Gili Trawangan. Aku terkejut campur happy sebab ini lah tempat yang aku dengan husband nak sangat pergi. Air dia bila aku cecah kaki, suam suam dan tak sejuk tau jangan terkejut pulak. Mungkin bawah tu bekas bekas lava gunung kan, but don't worry tak da apa . Enjoy lah korang bergambar. Aku dengan suami aku dok panjat buaian, tarik buaian ada lah jugak dalam 15 minit. Nasib baik tak da orang, kalau ada pon, ada lagi buaian kat sebelah kiri dan kanan. Buaian ni aku dapat tahu, femes sangat. Kalau Sunset dan cuaca cantik, orang beratur panjang tau untuk ambil gambar. So, kalau nak pergi, pergi awal. get ready dan yang penting photographer kena pandai amek gambar kalau tak, rugi.

Buaian tak sekata mungkin ketumpatan jisim padu dalam air Hekhok~.














Kami pun pulang selepas bergambar di sini . Kami pergi ke sini bukan rezeki kami untuk dapatkan cuaca cantik , waktu ni mendung dan memang sedang renyai renyai hujan. Alhamdulillah kami segera ke Jetty Gili untuk tunggu speed boat pulang ke Jetty. Waktu kami pulang ke Jetty, speed boat kami laju sangat (nama pon speed boat) langsung kami tak teringat jugak tentang life jacket. Masha Allah, jantung aku Allah saja yang tahu dengan hujan lebat waktu tu, seram tau. Yelah, kot apa apa terjadi, masa bayar untuk naik, takda mintak details penumpang langsung. Can you imagined? So, kalau nak naik, fikir semua ni dulu. Aku da settle pergi baru terfikir. Masa naik speed boat tu, hujan lebat sampai driver tu pon tak pasti mana arah, yang arahkan lagi sorang penumpang yang suka suka hati je naik boat yang kami charted. Lautan hindi tau, mana tak seram. Kan aku dah kata, aku kuat imagined. teruk btui.

Okey actually hari kedua ni, program aku lepas ke Gili Trawangan nak pergi Monkey forest tapi hujan so kami pon nak balik hotel nak nikmati view hotel waktu petang. Suami aku paksa aku mandi laju laju sebab nak kejar sunset .Okey, sebagai isteri aku pun terpaksa laju.

Hawaa instant shawl from @properhijab (IG) 







View dekat hotel pon pada kami dah cantik, berbaloi dengan harga. Kalau nak rehat, tak berjalan banyak boleh la kot try Svarga Hotel ni.  Suami aku suka sangat ambil gambar, so Alhamdulillah banyak kenangan aku dekat mana mana since suami dah ada ni kan :p







Kami bersiap siap selepas magrhib untuk makan malam di Warong Dakota, Rembiga Lombok. Murah jugak Set A : dua orang RM 30.00nett. Maaf sangat gambar masa makan dan malam hari tak ada sebab phone kami kong habis, termasuk camera. Takpa, korang boleh google. By the way, masa kami makan, ada ramai orang Malaysia. Boleh makan dekat sana, kalau tak da pilihan boleh lah cuba hehe yang penting, sambal dia PERGHHHH~ takda di mana mana belum jumpa, rindu!

Day 3, 31st Jan 2016

Cream white shawl from @minaz (IG)




Sebelum check-out dan ke airport Lombok kami breakfast siap siap for the last lepas tu, suami cakap jom cari port cantik kat atas. Aku excited berbaur sedih sebab nak balik dah. Tak puas sebab tak dapat pergi air terjun femes tu, tak dapat pergi pulau pulau lain, monkey forest & naik motor jalan jalan lombok, Takpa lah kawan aku pon cakap nanti next time boleh pergi. Taktau lah kan sebab suami aku ni kalau dah pergi satu tempat tu, dia taknak repeat lagi. Aku berdoa supaya kawan kawan dia ajak dia pergi Lombok lagi mwhwh~

gifted from husband, much appreciated ; from the Svarga lift. 




byebye Svarga! Seronok dan terima kasih sangat. Berbaloi bercuti dekat situ. Korang kalau nak honeymoon taknak sibuk sibuk kota ke apa  boleh try bermalam di Senggigi, lepastu boleh bermalam di Gili Trawangan or mana mana Gili . Aku tak sempat nak merasa dua tempat sebab tak cukup hari kesana. Tsobs, ikutkan hati nak aje tambah cuti hehe. Jummmmpa lagi InsyaAllah.

Nenek ni mungkin dah kawin tapi ini pekerjaan mungkin (bkn Andartu ok) :p


Sebelum sampai airport, Pak Rony singgah di Kampung Sasak. Meh aku ceritakan kisah budaya Kg. Sasak ni. Sejarah dari zaman dahulu, semua anak dara di kampung ni PERLU PAKAR DAN MAHIR dalam tenunan. Dah mahir dalam tenunan yang dibuat, baru boleh menikah. Tenunan tu lah yang dipakai masa nikah.  Bila dah pandai tenun, dia akan diculik jejaka yang sorang ahli keluarga pon tidak tahu kemana anak dara itu pergi.  Anak dara itu disorokkan di rumah keluarga lelaki ( atok atau saudara mara). Kalau jejaka tu mintak permisi konfem kene tolak. So bawak la lari. Itu pemahaman aku la, then baru boleh depa bernikah dan pakai tenunan yang depa siapkan tu.


Setiap rumah ada alat tenunan ni ok. Setiap rumah. Ok kalau korang singgah, korang pakai lah baju tenunan, aku cuba jugak contoh kain tenunan dan korang bagilah tips. Jangan pakai terus cabut dan balik.  Kesian depa, depa bukan senang hehe.


Sebelum balik, kami bergamabr di contoh kediaman penduduk sasak. Mana yang dah renovate jadi batu tu tak dah dah la macam ni hehe~

Thank you LOMBOK , u made my day . This is my short name LIA ~ najahtul iyLIA hahaha~

 Harga transport kami tidak termasuk harga makan, penginapan dan aktiviti snorkeling dll. Harga transport bermula hari pertama hingga ketiga. Dari Lombok airport - Hotel, Hotel ke semua area - Hotel ke Airport RM 500.00++ tapi tak sampai RM 600. Tak berani nak bagi exactly rate sebab currency berubah ubah kan. Hehe tapi pada aku, better korang bawak je lah pocket money lepas bayar hotel & pengangkutan, dalam RM 450 cukup. Aku pon berlebih RM 150 duit Malaysia. Dekat airport Lombok takda Self tax dah tau. So just chek-in dan goodbye LOMBOK!

Travel guide : @Harmonitranslombok  (Pak Rony)

Other update about Lombok boleh tengok dalam Instagram kita : @Najahtul

Thank you korang, happy vaccay!


Wajie Ibrahim & Butik Papilio by Moslema In Style 2016!

$
0
0
Assalamualaikum !

Hi , rindunya Datin dengan korang semua yg singgah non stop blog Alaa Si Datin Tuu!
Walaupun lama kita tak update tapi statistic buat kita happy sangat ada pembaca setia mcm korang.
Eee seronoknya ada masa jugak nak update walaupun sekejap.  Harini Datin nak update sikit pasal Moslema In Style.  Alhamdulillah thank you Kak Amy for the invitation today!



Emm masuk masuk je , cantiknya venue Moslema In Style pilih kalini, Wow!
Datin kan suka bunga, so lagi excited lah nak tengok fashion show! Such a beautiful one.
Ini kali kedua Datin datang support Moslema in Style 2016 untuk tahun ni. Dulu dulu masa datang,
cantiknya butik butik baru Muslimah & sekarang syukur gembira tengok butik-butik Muslimah banyaaaak sangat. Dari Moslema in style ni lah Datin kenal satu persatu butik yang jarang diketahui / dikenali ramai.

Okey untuk harini Datin enjoy sangat datang event MIS 2016 yang telah diadakan di

Flora Terrace at Hampshire Place,KL.

Kali ini, MIS 2016 memperkenalkan 2 butik baru iaitu ;


WAJIE IBRAHIM
BUTIK PAPILIO

Actually I am fall in love with WI door gift ;




cantik cantik model pakai baju raya & shawls koleksi 2 butik ni! Datin macam biasalah, searching for the plus size kan :p senang untuk pembaca pembaca Datin beli dan pakai kan. InsyaAllah akan ada plus size dari mereka Datin akan update kan ehee! Datin dapat tahu tahun ni untuk keluaran raya dari Wajie Ibrahim, diberi tema "Pelita" , kalau dah namanya Pelita boleh you guys imagine lah sample keluaran mereka macam mana kan. Actually untuk keluaran Butik Papilio  model pakai shawls semua lawa jugak! Actually design dia sederhana & tak terlalu heavy dan sesuai dipakai semua kaum hawa. Ok semalam sempat jumpa owner Butik Papilio, Datin sempat tanya sikit info yang butik mereka ni di Bangi. Butik Papilio memang mostly keluarkan  keluaran shawl. Cantik cantik so boleh lah pergi tengok butik! grab it one k or two or three or four ekekeke.




Thank you MoslemaInStyle ! Pada butik butik baru yang nak menceburi bidang perniagaan dan mahu dikenali ramai boleh follow IG +Moslema In Style  (moslemainstyle) .




 Kalau rindu kita, kita ada je kat Instagram : @najahtul  follow k!

BERMULALAH KISAH "PERIGI CARI TIMBA"

$
0
0
Assalamualaikum, 

Kami berkenalan boleh dikatakan saya dalam kategori perigi cari timba :p kesah plakk ahaks. Nasib baik dah kahwin. Perkenalan kitorang taklah disangka sangka kan sebab mula mula ingat nak kawan saja =p 

"Masa tu saya pasrah je, ada jodoh satu hari nnt InsyaAllah.. Taknak cari dah sebab banyak kali hati terluka. Then, sekejap je semangat tu.. Sedih semula bila tengok kawan kawan keluar dating dengan bf masing-masing. What?? Bestfriend saya si Fatin yg sorang tu  je la waktu tu bawak saya jalan-jalan. Serious saya loner gila waktu tu, Maghrib je saya tiba-tiba gangguan emosi. Haha! (syaitan time kan) . Lama lama saya fikir takda sapa nak saya sebab gemok boooo :p

Masa degree saya keluar ngan cikepal , merangkap sepupu saya sekarang (masa tu belum jadi sepupu lg) tp adk angkat saya mwahaha ~ zaman blogger kan sume kecam yang blogger sume nak kawan dengan blogger je .. Padiaa tak tau mindset orang melayu masa tu. Depa taktau kawan kawan dak blogger ramai gila yang bukan blogger dari blogger (acik jual nasi kukus pon kawan kami) LOL.

Satu hari epal tanya bf si ami dia waktu tu (suami) dia dah skg "ok ke org knlkan datin dgn wady"? I was like siryes ah depa ni?? Ami kata ok try ah. Epal pon bg number. Korang tatau tu first time saya jadi "perigi cari timba" hahahahahaha =)

Wady loner jgk masa tu (tah ya tah tidak) saya saja msg "hi". Tak balas. saya redha kan aje masa tu tak harap apa apa sbb saya rasa yela tak penah jumpa kan. Saya bygkan wady waktu tu msti berbunga bunga org htr text say "hi" ^^-

Masa maghrib epal suh saya singgah kedai minyak nk beli apa tah , tak ingat pulak masa tu saya dgn epal jalan jalan Setiamall (budak puncak alam betui) ihiks.

Saya punya tekejut wadyyy reply "sapa ni?" . Saya tak balas sebab mak saya pesan jual mahal sikit ngan lelaki ni jgn bg muka HAHA (ibu cakap k, bukan saya) :p

Sekejapan wady call dan tanya kat saya "mcm mana dpt number dia etc?". Sampailah berbulan kami berkawan then tempat wady bawak saya untuk first date kat SHELL Bandar Tasik Selatan, Korang rasaaa??? Haha masa tu Fatin teman,sapa lagi nak teman dah tu je sorang kawan saya yang boleh harap ahaks. Mak pesan jgn keluar berdua (takda kepercayaan langsung ihiks) ; Mindset saya , saya dgr ckp ibu & Fatin pon mmg kakak saya so dia pon nak tengok rupa wady tu dan x bg saya pergi sorang =p [ramainyaa protection waktu tu, haa baru korang tau senang ke tidak nak bercinta ahaks] so kami berdua pon berjumpa sekejap saja adalah dalam 10minit sebab wady waktu tu ada kerja di Putrajaya. Perempuan, biasalah malu malu pehal tah saya waktu tu, haha! tak pernah pernah wady panggil saya "sayang" since kenal, masa jumpa tu panggil "sayang" . Fatin pulak dengar, ha sudah haha merah muka ni taotak? *smug face*

Dalam masa kami berkawan, Wady ambil keputusan datang seremban jumpa parents saya, bawak kawan baik dia Bwon. Ajak saya keluar nak makan ayam madu! Saya mcm Whattt?? Gentle gile! Mcm drama. Serious takut ayah saya say NO aje waktu tu T__T,  Lama lama mak ayah saya decided depa berkenan dengan wady. Balik UK , Wady meminang saya pada 3 March 2015 , ( tp bkn besar besar la just merisik) family saya 7orang & family wady. Alhamdulillah family kami berdua pon restu sbb wady bangga saya ngorat dia dan dia berjaya syg saya ahaks *face palm* itu saja la nak diceritakan kisah perigi cari timba saya ahaks ❤️ "- Instagram @Najahtul

So untuk adik adik , takpayah risau nak proposed lelaki ni =p Jangan takut, jangan fikir negatif. Buang sifat malu. Jangan ikut sangat tentang umur dah lanjut masih takda teman, sekarang fikir hikmah sahaja dan ada sebab jodoh itu lewat sedikit, mungkin waktu kita tak banyak berhabis dengan keluarga ke, kesihatan kita ke dll.  Jangan simpan niat yang besar besar sangat cuma berkawan dahulu biar makan tahun, InsyaAllah serasi akan Allah hadiaHkan, bukan apa,  takut kecewa. Cuba target nak berkawan dulu, doa kerap kerap selalu. Doa jangan tinggal. Jaga diri dan pandai bawak diri InsyaAllah sebab Wady selalu bagitahu masa kami sedang berkawan, banyak ujian dia uji ehmm adalah menangis jugak ihiks.  Lelaki ni kadang kadang dia uji saja, ada yang kita tak perasan tapi itulah yang besar pada dia .  Masa berkawan dengan wady, Dhuha itu sangat penting, memudahkan urusan kami. Cepat sungguh kami disatukan, Allah Maha Kaya kan, mak ayah saya pulak memang takut saya nak kenalkan sebab risau sangat ditolak uhuks. 
Royal Skirt by @ABYADH COUTURE (Instagram)

Tunggu kisah pernikahan lepas ni k SEBAB lepas nikah bestnya bercinta nak nak perhubungan Jarak Jauh mcm kami lol byebye =p

MAJLIS PERNIKAHAN #NAJAHWADY

$
0
0
Assalamualaikum,

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 8 bulan dah kawin ihiks. Barulah nak update pasal nikah aha! Nak kata busy, tak lah busy. Mungkin cara menguruskan masa sebelum bernikah & selepas bernikah sangat berbeza (so enjoy your youth life babe ahaks). Baru ada kelapangan masa nak kongsikan Majlis pernikahan kami dengan semua orang walaupun lambat (ok lah kan , ini pun lepas dapat keizinan suami tau ihiks kalau tak, korang kena datang rumah bukak album satu satu hehe emm bestnya jadi wife, pujuk rayu apa yang tak pernah jalan lol :p





Pernikahan kami berdua dijalankan di Masjid Hussein, Seremban 2 pada [ 27/11/2015 ; Jumaat ; Jam 9.30 pagi]. Pagi tu semua perasaan ada, berdebar ada , sayu ada sebab tanggungjawab anak perempuan ayah akan diserahkan kepada suami . Lepas Subuh, persiapan bermula. Mula jugaklah saat melepaskan masalah yang dipikul untuk majlis sebelum ini & beralih tangan kepada keluarga. Saya? duduk diam diam. Pagi tu, awal sangat Make Up Artist saya sampai. Alhamdulillah urusan dari pagi tu dipermudahkan dari Make-up, Photographer sampailah ke Majlis makan. Setup untuk majlis pun dah disiapkan perlahan lahan selepas March 2015. 8 bulan kami diberikan masa untuk setup A-Z. Masa kecik dulu ingat petik jari terus siap rupanya banyaknya kena buat. Waktu ni lah saat bersama ibu untuk siapkan majlis bermula. Kalau ibu takda, patah kaki rasanya. Ibu a lil bit fussy orangnya, semua nak kena kemas (perfect) sebab pihak kita menjamu orang lain kan so konsep ibu nak menyambut tetamu perlu ikhlas dan cantik sama macam hadiah yang kita sayang yang kita berikan pada orang lain. [Majlis ini pun sekali seumur hidup, InsyaAllah] .


Long lasting : Light & soft Make-up by @ynasakinah [highly recommended]
Dear Yna Sakinah, 
Tau tak , lama sangat Najah nak Yna mekapkan Najah. Selama Najah mekap, sentuhan Yna.. Najah paling suka & puas hati sangat. Mekap tak tebal, senang cuci & patuh syariah. Yna pandai mekap mata Najah. Alhamdulillah ramai suka mekap yna. 

How time flies, berbaloi sungguh Najah pilih Yna, gambar pon fresh from camera no edit. Thank you & Love you, Yna!








Tak lengkap rasanya kalau takda Candy Buffet waktu Majlis Pernikahan kan? Syukur Alhamdulillah, boleh datang last minit idea ni haha! Benda paling nak kena ada waktu nikah :p Alhamdulillah Najah happy sangat sebab ada jugak Candy Buffet yang cantik di luar rumah waktu tu. Banyak juga Najah survey area Seremban/Selatan tapi yang berkenan di hati hanya dari @Gift Etcetera .
taken from @Gift_etc (Instagram)
Tagging, plates & all cookies, choclates semua ikut tema. Najah just cakap je tema najah Gold & Cream, Alhamdulillah Owner Gift Etc, Rohana banyak bagi kejutan. UNEXPECTED tau tak. Btw, setiap chocolate dibalut  Thank you Kak Rohana for this!


Favorited corner by  @Gift_etc [highly recommended]
Saudara mara dah bersedia , tema nikah warna biru putih . Emm, puas jugak nak pilih warna dorang dari warna sendiri ahaks. Alhamdulillah, nasib baik dapat saudara mara yang supportive so biru dan putih la menjadi tema waktu pernikahan saya dan suami. 


Seremban, Selangor, Melaka  & Singapore *cousins *


























Selain ibu, ni lah antara kawan kawan saya yang banyak bantu buat itu buat ini. Amekkan baju nikah kat Butik, amekkan goodies Bangi. Macam macam lagi tolong saya, hanya Allah mampu balas semua! Ya Allah, the best moment that i can share with you guys. Btw, lawa baju you alls , memang takda plan nak jahitkan untuk aku 1 ke camne? =p love you!


Joy & Fun ! Ayu, Ana, Yan, Bie, Zai, Yana & Azy

Tibalah waktunya dimana kami bergerak menuju ke masjid. Lepas berbulan tak jumpa, ini lah pertemuan pertama kami di Masjid. Dengan ramainya orang, berderau jantung , malu ada semua ada. Dari tak gigil jadi gigil terus ehek! Maklumlah, pertama kali bertentang mata dengan keluarga Mertua =p (hanya yang dah mengalami sahaja akan faham perasaan ni lol).



Awak tau tak sayang, masa kat belakang awak, bibir saya kumat kamit selawat tak putus, pandang ibu pandang babah, pandang sekeliling nampak mama.. semoga Allah bantu awak melafazkan akad nikah dengan sempurna waktu itu. Alhamdulillah, babah sebagai wali waktu tu, sampai juga hajat untuk babah tengok saya berbusana nikah depan babah dan syukur Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya sah jadi isteri awak, Erwady . (dup dup jantung saya tengok awak pakai baju melayu depan saya pertama kali, sayang =p)


Moment shot by @wanzerowan   [highly recommended]























Wah, time ni berjujuran air mata :') Serious lah dah tahan padu tapi apakan daya, manja perempuan tu tetap ada. Thank you ibu & bbah for everything. Airmata ibu mertua, babah & ibu paling mahal sekali waktu tu. Bunga tangan tu cantik kan? Ibu buatkan ehe. Orkid kuning & Orkid putih. Mak kita kretif weh! ehek. 



Thank you pada semua yang hadir waktu pernikahan saya. Gambar dah siap baru perasan ehek,  Alhamduilillah =)




Syahdu waktu ni. Suami dan Ibu mertua saya. Selesai majis pernikahan selepas selesai lafaz ta'liq dari suami untuk saya. 


Sujud Syukur kepada Allah atas anugerah yang diberikan ini. Waktu ni, bermulalah pahala dipikul oleh suami. Suami pulak banyak tanggungjawab, baru lah rasa besarnya pengorbanan seorang ayah selama ni (dah nikah nanti korang rasalah haha) . 


Thank you membesarkan saya, my love!
Bunga Mas Kahwin by Ibu mertua :')









no other words that i can say, i love you so much!


Ibu's Family !
Moment nikah paling berharga pada sapa sapa nak bernikah. Moment yang ada dalam hidup sekali sahaja.  Masa nak pilih photographer, memang paling cerewet. Gila tak cerewet, kenangan seumur hidup kot ehehe!  Alhamdulillah rezeki dapat jugak senior photographer. Susah nak jangka shot by wanzerowan ni, Suami dan saya berikan sepenuh kepercayaan waktu ni sebab dah selidik habis teknik gambar wanzerowan so nak amek gambar macam mana pon tak kisah, kami yakin outcome memang luar jangka. Alhamdulillah. Kami pilih wanzerowan sebab gambar dan teknik tak berulang. Gambar takkan sama dengan photoG lain =p Btw, paling penting apa yang keluar dari camera , itu lah gambar yang korang tengok sekarang dan gambar dalam album. Clean and virgin from the camera suami kita cakap ihiks! Nama pon senior photographer =p korang tak tengok album kawin kami lagi, cantik sangaaaat! Thank you so much wanzerowan& teams. Hadiah paling indah bila ada moment nikah yang takkan mungkin berulang :)


Fresh moment with you, sayang by Wanzerowan [ Highly recommended]
Saat nak nikah ni, pening nak pilih busana jenis macam mana. Saya puas lah surey kat google, badan saya sesuai nak pakai apa untuk nikah. Baju kurung macam hari hari boleh pakai baju kurung, suami nak saya pakai dress. Saya fikir ok lah saya setuju dengan dress. 


Syukur Alhamdulillah Minaz sudi ambil tempahan untuk busana nikah saya. OMG! Allah hadiahkan designer yang aku tunggu tunggukan selama ni. Minaz kan butik dah lama establish so keyakinan tu tinggi nak buat di Minaz. Thank you so much kak Pija, for the beautiful dress. Ingat simple akk buatkan, rupa rupanya more than my expectations! Siap ada batu swarovski :') 

How nice, happy Najah bila fitting my wedding dress for my first time in my life =') Selesa, dress ni boleh dibawa solat sekali & tak meleret panjang. Highly recommended sangat kalau nk buat busana pengantin. Kalau kak pija tak buatkan untuk you all, korang pujuklah HAHA!

Ayie & Lala ; Good friend from Terengganu. Wedding Dress by  @MINAZ

Syukur lagi sekali, kami semua berangkat ke kediaman untuk menjamu tetamu yang hadir makan tengah hari :') Waktu ni, bridesmaids semua tau tugas masing masing, terharu :') Batal wudu' pun dilangsungkan di rumah sebab dah ada pelamin cantik cantik kan ehee.


Masa nak pilih pelamin nikah kat rumah macam macam slot ada. Ibu nak buat kat luar, babah nak kat dalam, saya nak kat hall tengah, last last bila team pelamin sampai, kat tempat mereka pilih tu jugak cantik ihiks. Syukur Ya Allah semua teratur urusan pemasangan. 


Nak pilih pelamin perlu cantik cantik sebab bila dalam gambar, lampu pelamin memainkan peranan, so gambar akan jadi cantik. Cerewet jugak pilih pelamin waktu ni, hati memang lama dah berkenan dengan pelamin dari NOR DAMIA BRIDAL HOUSE @DAMIAMIZI . Waktu ni Nor Damia Bridal House dah full, rezeki jugak rasanya bila owner sudi terima & selit kita untuk tempahan pelamin nikah dalam jadual ihiks! 

IG photo : Dr.afl - I love you ummi, bestfriend dunia akhirat :') ;
Pelamin from @Damiamizi [highly recommended]



IG photo- Norhidayuhamid - Love you too, Dirali's !
Tiba masa potong cake. Ibu buat suprised dapat cake cantik siap ada lace macam baju nikah aha! Thank you so much. Owner cake pon kretif sangat. 

carrot cake  from SUGAR N SPICE !
Planned baik dengan ibu. Wady nak cake simple & nampak cantik, lebih dari tu kami dapat. Alhamdulillah thank you kak Amy Duffy! walaupun tak sempat jamah cake dengan puas, bila orang cakap kek sedap sangat, nak order lagi. i want it!

cake cutting shot by Wanzerowan
Syukur Alhamdulillah :') selesai dah majlis pernikahan kami. Terima kasih banyak tak terhingga untuk keluarga saya, keluarga mertua, sahabat sahabat bbah dan ibu, maktok, ayahtok , abang & krew krew majlis. Hanya Allah dapat membalas jasa baik. Terutama terima kasih pada ibu sepanjang majlis, ibu paling excited sampai hantaran pon buat sendiri ihiks. Saya bangga sangat ibu saya & ibu mertua saya buat sendiri hantaran kami :') 

Ini dari pihak suami untuk saya :')

Tepak Sirih Adat Perak :')
Gelang & cincin



Jam Tangan & Telekung

Kain Pasang

Handbag & Woman Clutch

Fragrances

Kasut
Ini dari pihak saya untuk suami tersayang :')

Jam Tangan
Kasut
Tali Pinggang

Fragrances

Skincare

Kain Pasang

Chocolate fudges from @mirmolicious [husband favorite =p]

Untuk mereka yang sedang merancang/ membuat persiapan, boleh lah pilih pakej yang saya update ni. So far, Alhamdulillah tak mengecewakan kami sekeluarga juga untuk suami saya, lagi memudahkan majlis kami Alhamdulillah. Syukur sangat berkat pertolongan owner yang kami pilih, seronok sangat berbincang! Korang nak pilih persiapan jangan gopoh gopoh, kita sebagai pengantin memang ada hak untuk nampak cantik sebab kita bayar mereka untuk majlis kita kan. Jangan mudah tertipu dengan tawaran tawaran dalam internet, kalau boleh bergerak sikit usung pasangan pegi kedai pengantin ihiks. Baca jugak testimoni. InsyaAllah..

Keluarga Mertua , Thank you so much!

Keluarga Bani Hasan saya,Thank you semua!


THANK YOU SO MUCH ;-

Wanzerowan (Photographer) : Kuala Lumpur
Yna Sakinah (Make-Up Artist) : Selangor
MINAZ (Busana Nikah) : Bangi
Nor Damia Bridal House (Pelamin Nikah) : Kuala Lumpur
Gift_etc (Candy buffet) : Seremban
Sugar 'N' Spice (Nikah's cake) : Seremban 
@mirmolicious (Chocolate Fudges for hantaran) : Putrajaya

follow IG kita for more updates & activities : @NAJAHTUL


Itu je saya nak update , nanti kita update majlis sanding diraja kita pulak ok! 

*kindly share this for your family & friends! byebye!

MAJLIS PERSANDINGAN #NAJAHWADY

$
0
0
Morning semua!
Cerita dia aku nak study, tapi sebab satu apa mood nak baca tak datang, so aku continue blog ekeke.
Dah 10 bulan kawin, baru ada masa nak update pasal kawin ehe~

Ya Allah ! Boleh tak nak throwback majlis sanding tahun lepas :p  Lama jugak fikir nak buat tema apa sanding belah aku nanti sampai ada terguris hati jugak lah aku dengan suami sebab tak sependapat LOL. Emm, yang buat tak sependapat tu sebenarnya warna baju. Kang gelap nau , laki aku pulak tak nampak. Terang nau pulak kang, laki aku tak setuju sebab umurnya so kena lah sesuaikan warna warna dan tone yang molek sikit. (Heh,nak melawan tak boleh sebab nak jadi isteri mithali dan super solehah ahaa!) . Dalam kepala aku (warna merah burgundy & kuning). Settle pilihan warna, so aku dan suami decide nak pilih siapa lah untuk buatkan baju sanding kami ni. (Kami ingat nak sewa saja sebab kami tau lepas tu nak buat apa lah dengan baju sanding tu lagi kan).

Dipendekkan cerita, Alhamdulillah Allah bantu kami laki bini untuk busana sanding kami ehe. (betul Allah janji, nak ke jalan Allah ni ,Allah permudahkan sangat sangat)  Kaji punya kaji, minat punya pasal pertama kali suami tak bantah pandangan aku sebagai seorang tunang waktu tu ehe (rasa proud wife to be lah waktu tu) ahaks! Kami buat appointment untuk jumpa Eja Shahril di KL untuk ambil ukuran. Waktu ni kena kental hati masing masing sebab kami ukur baju tak sama waktu. Masa bersama kami ukur waktu pertama jumpa Kak Eja lepas tu, sesi kedua, ketiga kami tak bersama sebab hubungan kami jarak jauh kan. Syukur, perkara ni memang best sebab suami aku cakap " I choosed you because of your independence" cewcewah! Dalam masa tu pun sempat suami aku uji. Suami aku datang 2 kali sahaja, ukur dan fitting session (well, lelaki senang tak rumit macam perempuan) * babe, aku tak diet ok selama aku nak ke fitting session tu bravo! Nasib baik Kak Eja pandai extra kan inch haha! Syukur Alhamdulillah, selesai juga busana klasik melayu untuk kami suami isteri untuk dipakai pada 28 November 2015 (Sabtu, LPPKN Seremban 2).

Syukur Alhamdulillah, sampai juga 28 Nov 2015 untuk kami bersanding bersama busana klasik kami. Kami berdua memilih warna kuning diraja bersama batu swarovski atas pencerahan dan idea dari Kak Eja yang super positif sampai suami aku pon kagum dan tak langsung protes ihiks (padahal memang aku nak sangat pakai kuning mehehe, Thank you Kak Eja kerana meyakinkan suami LOL) . Btw, dari kecik impian aku untuk bersanding dengan busana klasik okkk, boleh rasa dan faham tak perasaan macam mana bila doa dimakbulkan Allah? HAPPPPPPY wehh ihiks! 

Sesi make up bermula di Klana Resort Seremban pada 7.30 pagi oleh Yna Sakinah (all the time ; u're my favourite MUA). Suami dah teruja dengan make up Yna Sakinah sebab lasting make-up sampai lewat malam so suami tak bagi tukar MUA lain ehe (Syukur Allah permudahkan kami, thank you Yna ).

Busana kuning dinaikkan dengan sanggul lintang & perhiasan berwarna emas. Tema Melayu Klasik kurang diperagakan pengantin zaman sekarang. Sebelum berkahwin ada jugak Ibu aku sampaikan hasrat nak aku pakai kebaya & klasik melayu macam waktu ibu dan abah sanding dulu. Syukur dapat jugak aku pakai kebaya klasik melayu warna kuning walaupun badan ter-besar sedikit ekeke.


Aku dan suami bersanding dalam jam 12.00 tengah hari, sebab waktu tu orang ramai dah datang (bertalu talu lah phone bunyi family di dewan suruh bergerak) so aku tak nak lah orang datang (terutama kawan kawan ibu dan abah) tapi pengantin tak sampai lagi. Prinsip ibu, biar orang datang sambil tengok pengantin. Alhamdulillah. Masa nak turun tu, berdebarnya MasyaAllah. Memang betul betul Raja Sehari weh! Aku pon tak tahu kenapa muka aku jadi cemas. Aku tak biasa ber-protokol, tapi ini lah pertama kali aku ber protokol dan disambut oleh rakyat Marhaen :D *nak sanding lagi sekali please T__T .


Amboi sayang, u looked so serious k. excited ke? ececey. Keluarga sebelah suami aku datang dengan warna kelabu. Aku tengok family keluarga suami aku, semua perasaan aku ada. Berdebar ada, takut ada dan malu >,< ihiks. Pasukan berbaju merah tu team kompang Team Belia Bukit Chedang ,Seremban. Ceria lagu depa, ikut rentak gugup pengantin ahaks.


Kami disambut pihak keluarga Bani Hasan (sebelah aku; Pengantin perempuan) dengan tema merah. Nampak tak susunan warna yang tak dijangka tu ehe! So kretif depa tunggu kami di setiap sudut tiang. Allahuakbar, serious rindu! 

What a day for me, Syukur Alhamdulillah. (apa korang buat belakang aku ni wahai pengapit sekalian?) Nak buat pilihan untuk pelamin bukan senang , kau kena fikir baju kau warna apa, kau nak buat kat mana dan seterusnya. Mula mula nak pakai hulu balang tapi memandangkan keadaan pengapit pon dok boleh gossip kat belakang, so terhad lah kawasan hulu balang kitorang :p Kami gantikan dengan bunga merah. At least kitorang tak tenggelam lol. 

Waktu ni tengok depan, tapi macam tak dapat fokus satu satu .Tunggu sesi bergambar baru tau sapa yang datang :)
Ibu Abah yang settingkan tempat makan, aku punya urusan macam takda kecuali pelamin wkwkw. Catering, setup makan semua ibu abah uruskan. VIP dan family lelaki semua makan di dalam. Di luar untuk tetamu lain actually tak da nak beza  beza pon cuma priority untuk family dan bila penuh, di luar ada lagi tempatnya. Lepas wedding baru aku tau makanan ada yang aku tak dapat rasa, patot lah ramai lepak luar, macam macam makanan ada. T___T . Makan beradab adalah makan tak puas penah aku alami omg. (bayangkan tengah lapar tapi kena protokol lol)
Majlis diserikan lagi dengan selawat (semasa berarak) dan doa dibacakan oleh sepupu sendiri. Thank you Jujud! Syukur Alhamdulillah!


Salam Restu:



Sebak waktu ni, Ibu , Babah, mama, maktok dan ayahtok tak dapat tahan airmata, aku apa lagi T___________T . (jangan nangis najah, pls pls cool, MUA kau tengah makan tu).


Makan Beradab:







Jom makan! Lauk pengantin paling special sekali. Suami aku nampak udang :p Bukan dikesahnya aku tersekat nak duduk waktu tu, dokoh aku terlekat bawah meja :p (you selamat waktu ni k,  sebab you dah jadi suami i ekekeke).


Selesai saja makan beradab, tak berhenti kawan kawan datang untuk bergambar. "korang tau tak aku tak kenyang lagi?" haha! Tapi sebab dah pesan kat pengapit, tolong simpankan lauk pengantin, kami pon beredar .(actually lauk pengantin tah kemana, kami tah kemana . OH MY PENGAPIT :p )





















Door Gifts:
Syukur Alhamdulillah. Waktu majlis, doorgift sangat penting untuk diberikan kepada tetamu. Pening jugak nak pilih door gift untuk majlis aku ni . Alhamdulillah, dapat pon idea untuk jemputan kami. Kami nak bagi door gift yang pahala boleh mengalir. Maksudnya, bila makan selama dia hidup, berjalan pahala aku dan keluarga macam tu hehe.

Thank you @mirmolicious for the best chocolate fudges brownies . nyums!


Thank you bella for this (VIP) pocket spray : @alrehabmalaysia  (Instagram)


Dalam kotak emas tu ada kacang tumbuk :) Thank you Ibu, Babah, Abang, maktok dan ayahtok
 siapkan door gift saya!


Untuk tetamu kami pilih kaya dari agromas. Senang sorang satu dapat. ehe~

 Kad Jemputan /Guest book & Goodies bag :
Thank you @Giftetc for this guest book! super love it!
Thank you World Machine Trading, Seremban for this!
Nanti jumpa Ila (highly recommended) ihiks!

Okey lah, tu je boleh nak share ngan semua orang. Kalau nak tengok gambar masing masing, ada dalam fb ekeke :p Thank you guys sudi singgah. LaSt but not least, thank you so much for EJA SHAHRIL untuk busana melayu klasik diraja Najah dan suami. Sampai akhir hayat, kenangan kami berdua yang sangat manis! sapa nak naik pelamin tu, singgah singgah lah butik Eja Shahril, testimoni dan servis tak pernah menghampakan k. *kerat jari ihiks! (watch the video k!)

tata~































2017 : Healthy & Beautiful Lifestyle!

$
0
0
Assalamualaikum!




Lamanya tak update! bukak blog, dah 2017 =p

Today cuma nak wish Happy New year kat you guys for 2017!
even though kejap kejap hari lagi nak  masuk February but still in 2017 kan :p May all your Doa's dimakbulkan Allah k!


Najah still Najah, no changes but only Doa from you guys will change me to be a better wife, daughter, student,friend, workers etc.  So far, still two. Me and husband know Allah still give us 'Nyawa' on earth till now because He wanna give us THE BEST of life kan. So many things to share and  unfortunately just keep it as our secret..sure. (Suami say, No so No ). 



Ehmms actually my life full of brightnesses & alhamdulillah.

Ada pasang surut dalam hidup. You guys pon sama kan. 


As a wife, kena patuh. tikam lidah of course tapi untuk mematangkan. INGAT TU. 
( pasal makan : lambat sampai pon gaduh haha).



As anak and menantu, i still have a rainbow in my life! gifted .Alhamdulillah.



As a worker, 2017 banyak tanggungjawab & banyak kena fikir. (simple thing tolak tepi)



As a student , InsyaAllah will give the best to my family and company! (JIHAD)



As a friend to all my friends pulak, waktu lapang aje dapat contact  (you lupa i, i terlupa u terus :p)


Married life changed you k ; more love story is coming Alhamdulillah!


Thank you guys for always be my supportive. 



kalau you all kat blog ni nak tanya apa apa much appreciate email me :  najahtuliylia@yahoo.com / Instagram (DM) : @NAJAHTUL

(sorry email blog lain so tak alert)



keep my words, you are welcome ! bye.



p/s (INSTAGRAM): 



pastel shawl from @byannajapar 





RAMADHAN 2017 : SOALAN SENSITIF MASA RAYA!

$
0
0
Salam Ramadhan..

Ada lagi ke follower kite >.< #thankyoutaw


Ramadhan ni bulan baik kan so nak update yang baik baik jugak . 
Pejam celik pejam celik Ramadhan ke-18 dah hari ini.
Esok lusa ulang balik perkara sama dah nak raya TAPI berat aku kenapa tak turun turun lagi :p

perkara sensitif waktu raya :
1. Kenapa badan makin naik?
2. Dah ada baby belum?

Dua soalan di atas aku cakap terus terang, kalau sapa sapa tanya aku akan cuba senyum. Aku cuba untuk tak tunjuk aku sedih, tapi aku chill. Suami pesan, jawab dengan baik, sopan dan mintak orang doakan. Ok, aku cuba tapi kalau aku dalam mood panas terik, penat letih, aku minta maaf awal awal kot aku tak dapat kawal muka kan. Manusia, kadang kadang ada perasaan yang tak dapat dielakkan. Bertahun cuba harap tahun ni ada perubahan, aku akan tetap senyum. Aku berdoa sangat semua orang berfikiran macam parents, family and kawan baik aku ( tak pernah tanya tapi selalu cakap " kami/aku doakan kau cecepat ada baby" tanpa tanya soalan di atas. Aku doakan.

Lagi satu, aku banyak belajar dengan kawan kawan, saudara mara, yang berkahwin lama tapi belum ada anak. Manis ayatnya "Allah belum bagi rezeki kerana belum tiba masanya". Buat masa ni, waktu aku dan suami banyak berdua. Suami tak pernah mengeluh, tapi suami suruh sama sama ikhtiar dan cuba buat aku gembira selalu. Kadang-kadang suami tau aku tengok baby muka aku lain /berubah sangat, suami tarik tangan kadang kadang tak segan silu peluk aku. InsyaAllah. Aku yakin Allah berikan kami masa untuk nikmat waktu berdua. Almaklumlah, baru setahun lebih kami bersama.  Apadehal hehe.

Bila fikir ke arah "apa itu rezeki", ia datang dalam pelbagai cara dalam hidup.
Kalau untuk kami yang kami nampak :
1. Allah bagi kami nikmati masa berdua ke mana sahaja kami nak pergi {dalam/luar negara)
2. Allah tahu situasi kami PJJ (Seremban/Taiping)
3. Suami tak pernah tolak permintaan aku untuk berjumpa kawan kawan lama sebab dia tahu aku tiada komitmen yang tinggi (make sure ada batas)
4. Allah ajar kami erti "sabar"
5. Allah hadiahkan "masa" kami berbkati untuk ibu bapa

Apa lagi nak aku tawar dengan dugaan Allah. Mungkin bila sampai waktunya, manis lain Allah berikan pada kami. Doa yang baik baik tak pernah putus. InsyaAllah. Suami cakap, tiada di dunia, Allah akan beri di Akhirat yang kekal. Buat masa ni, Alhamdulillah sensitif tak ada lah macam worst sangat sebab dah bersedia. Cuma terkilan buat andaian macam macam pada orang macam kami ni. Cuba belajar mendalam lagi tentang rezeki. 


okey, misi nak cari perkakas raya! byebye!





OSAKA 2018

$
0
0
Hi Guys,

Haritu Najah dan Wady ke Tokyo, kali ni ke Osaka pulak :’)



Seronoknya alahai, Allah shj yang tahu.  Percutian 7 hari 6 malam ni tak rancang sungguh tapi percutian ni adalah hadiah dari Abah, kami seronok anak beranak. Abah teringin nak bercuti dan pegang salji.  Puas jugak fikir kat mana tempat ada salji bulan 3 ni.  Check punya check, Japan. Ya, still the same country. Last year Najah ke Tokyo dan musim panas ( middle September) tapi kalini diberi rezeki Allah, dapat juga pergi musim sejuk ( early March).


Tahun 2018, waktu ni najah sekeluarga dapat rasa sejuk 9c. Dah lah sejuk, angin sampai ke tulang. Kami prepare good for all the clothes. Winter clothes kami still bawak.  Dalam pengalaman ke negara luar, ini lah negara satu satunya perlu ‘study’ betul betul. Kami sekeluarga tak pergi melalui agent guys, ramai sungguh tanya ( Facebook/Instagram).  Actually, kalau kita study betul betul Alhamdulillah kita boleh jatuh cinta dengan Japan.  Not easy for us kan bawak anak kecil, parents 60 yrs above, tapi Alhamdulillah im done & im happy.  Suami banyak bantu dari segi management dekat sini. Emosi, so far so good.  Abah ibu enjoy of course. Japan nak bawak anak kecik boleh sangat tak lah susah Cuma fikir dulu sebelum bawak.  Di Osaka ni, Najah betul betul study tempat mana yang sesuai nak bawak parents. Actually tak semua tempat Najah pergi sebab najah tengok pada kesesuaian. Fuhh, best! Itenerary Najah betul betul hardcore jadi silent reader dalam Road To Japan (RTJ) . Kadang kadang bila tengok group tu post aktiviti, time tu jugak nak fly ! Actually Tok Penghulu dalam tu banyak tolong Najah dari ke Tokto last year then this time Osaka pulak. Aduh, nak jumpa Tok macam nak jumpa Menteri Jepun punya susah.  

Day 1:

Flight KL-Osaka ( 2.00 pagi) but delayed ( 4.00 pagi):

Perjalanan kami ambil masa 6 jam 1/2 dan kami touch-down di Kansai International Airport (KIX) jam 11pagi macam tu. Waktu Japan dan Malaysia awal 1 jam.  (Contoh:  Malaysia 11pagi , Japan 12 tengah hari). You all boleh  download apps “Muslim Pro” untuk semak waktu solat. Kami pon sampai ke kediaman kami di sana. Kami pilih “AirBnB” sebagai apps untuk memilih kediaman.  Sebelum ni kami ke Tokyo menggunakan apps “ AirBnB” jugak. Murah & Senang.  Kediaman kami di Osaka (Shin-Imamiya).




Dari KIX airport, cuma ambil masa sekitar 50min macam tu. Shin-Imamiya best guys! Bak kata Tok, itulah perkampungan orang Malaysia kalau datang ke Osaka .  Oh, btw download apps “Japan Travel” sebab dekat situ you all boleh tahu perjalanan berapa lama, naik train apa dan waktu tepat jam berapa you all boleh pilih.


Di KIX, selesai ambil luggage terus keluar untuk ke Kansai Lane tapi sebelum tu, Najah gunakan “Icoca IC Card” sepanjang 7 hari 6 malam yang Najah beli menggunakan apps "Klook". Redeem di kaunter Klook (HIS counter 1/F) area Northern Exit di balai ketibaan. Buka jam 8.30oagi-10.00malam.  Semua najah beli siap dalam Klook tu siap siap dan hanya bawak belanja untuk explore kat Osaka dan tak perlu nak beratur beli tiket. Tunjukkan bar code sahaja from phone kita, mereka dah boleh acess & simpan tiket tu ok! Nanti tak boleh masuk pulak. Mereka boleh berbahasa Inggeris, so don't worry. Masa nak reload tu, mesin hanya terima 10,000Yen sahaja. Pakai tu dulu, kalau tak cukup boleh reload di station yang ada papan tanda " Icoca". So far, topup kad tu RM 700  seorang, itu pon berbaki.  Mungkin berbeza sedikit you all punya perbelanjaan sebab ia depend jugak location yang you all nak pergi ok. Then, selesai semua di KIX, kami proceed naik train ke Shin-Immamiya.

Shin-Imamiya (Ebisucho)                                                                                       
                        

Shin-imamiya – Dobutsue-Mae – Ebisucho. You guys boleh jalan kaki tapi jauh lah kan sebab Najah bawak parents haha. First day sampai dah try menapak, fuh boleh tahan walaupun pakai apps “google maps”sebab tak tahu macam mana. Hari pertama belajar dulu hari kedua dah faham. Simple sangat!



Then,  Sampai dah kediaman kami. Rumah kami pilih di apps AirBnB. Ada 3 bilik boleh muat 6 orang (not bad) bersih! Dapat portable wi-fi jugak.  Happy nya! Petang tu, Najah Wady dan Abah merayau kawasan kediaman kami. Terkejut betul rumah depan Osaka Shinsekai! Kami sempat beli buah buah segar jadikan desserts makan malam.


Sejuk nya! Ibu start masak untuk makan malam. Total kilo kami dari KL-Osaka 75kg untuk 4 orang. Berat barang makanan.  Beras kami bawak 5 kg dan yang lain macam minyak, bawang, roti, sardin,santan powder, kicap dll . Masak sendiri tak rasa macam kat Japan haha tapi best wey! Kat Japan takda masak lemak, kami ada :p Oh ya, untuk yang bertanya macam mana nak masak periuk sana buat kita was was, saya beli sabun taharah. Ada jual di kedai islam. Cara samak ada dalam kotak, jangan buang pulak :') You can use all the kuali lah lepas tu .






MasyaAllah, sejuk betul. Kami berdua tak penat lagi so kami berjalan area rumah kami tu.  Tak tau macam mana boleh sampai ke area Dotombori. Tak sedar hampa tau dak? That is why i cakap, pilihla Shin-imamiya.

Actually malam kedai kedai tutup awal, so kalau nak ambil angin boleh lah macam kami ni. Mana yang nak honeymoon, keluar lah ambil angin relax fikiran.


Day 2:

Biwako Valley [Shiga]




Abah dari Malaysia nak sangat main salji. Tak main ski sebab tak pandai keluarga kami ni haha,
tapi dapat sentuh pon jadi lah. Alhamdulillah, dapat jugak abah pegang salji.  Biwako Valley terletak di daerah Shiga. Kami naik train arah ke Kyoto dan ambil masa lebih kurang 1 jam juga. Sampai sana, kami naik bus. Bus dalam 300+- Yen. Tak berapa ingat dah dan kami pakai Icoca Card. Touch masa nak turun bus tu :') Nanti you all perhatikan sahaja adab pemandu bus tu. Perfect! Ok jom beli tiket yeayyy!



Ropetour package 2,500Yen (cable car for return).  Kami kat atas tu main ais kepal puas puas ambil gambar, Subhanallah macam tu rupanya salji. Enjoy!! Nak main pole land blh, ada equipment tapi mostly untuk kanak kanak 500Yen. Kami tak main tu, kami main baling baling salji shj dekat area bukit tu.  Kasut kami pakai sendiri dan accessories sendiri. Kalau you guys takda jacket, gloves and etc boleh sewa sebelum naik. Seharian jugak dekat situ, puas! Ini rezeki kami, rezeki ibu abah so far.



Ada lagi salji original ni. Ni bukan salji tiruan tau! Hajat Abah tercapai :')


Ibu pon seronok paling seronok macam yang bawah ni :p


Hehe mengawal excited isteri :')  Thank you sayang #kamujurugambarseumurhidupku


Lama jugak kami atas tu, kami main sampai puas. Stop makan kejap then sambung semula :') Makin nak ke Tengah hari, makin kuran sejuk nasib baik kami bertolak awal pagi ! Gambar atas tu on point sebab matahari betul betul atas kepala LOL. Ingat nak buat shoot, ah lupakanlah main salji lagi bagus. FYI, snowball i hanyut. tah apa jadi tah. haha tapi enjoy jugak lah dapat buat snowball!


Waktu ni sejuk lah sangat sangat. Merah betul muka. Gigil jugak sebenarnya, siapa sempat tengok live dalam IG saya masa tu, boleh tahu seronok nya macam mana :p Ada yang rasa nak pergi sama, ada yang suruh saya balik wahaha~ I am done guys! Happy sangat. Syukur Alhamdulillah! moment yang tak dapat dilupakan bila dapat gambar cantik cantik. Puas!

Sebelum balik, kami dapat tengok orang main ski dekat situ. Leka. sampai lah salji nak cair, kami pon ambil keputusan untuk pulang sebelum jam 5petang.



 aih, rindu lah!


InsyaAllah, kalau ada rezeki, you guys datang lah. kami pilih March sebab dapat berjalan, kalau snow ada tempat yang tak semuanya buka :')


Kami ke bus station untuk ke train yang akan menuju ke Osaka Station .



Naik train yang sama kami sampai tadi. Total yang sama seperti kami datang. Parents enjoy, InsyaAllah hilang penat. Happy! Kami rehat dalam train dan berhenti di Osaka Station untuk singgah di Prayer Room. You guys cari information counter, mereka akan guide you guys ke Prayer room.

Mereka macam kita cakap itik dan ayam, kurang faham English setengahnya.  Nak cari tempat solat, mereka membantu sangat sangat untuk tunjuk landmark tapi sebab tak paham maksud kita kan, penyudahnya hantar ke washroom. I was like……….. nevermind haha!

Day 3

Tempozan




Semalam dah ke extreme dan ambil masa yang lama untuk abah dan ibu, still masih ada rasa penat so  untuk hari ketiga ni, kami ke Tempozan area. Ada Aquarium, Santa Maria & Ferris Wheel.


Najah suggest siapa nak kesana, boleh beli package. So boleh masuk tiga tiga tempat terus. Najah urus dari Malaysia, so dapat masuk Aquarium aje and masa nak Santa Maria & Ferris Wheel tu add-on duit.

Santa Maria :


Ferris Wheel:



Enjoy jugak . Dalam aquarium tu, bawak budak kecik best tengok macam macam jenis hidupan laut dan ada ikan besar gila! Ikan tu trademark logo aquarium tu :’) Seharian jugak kami di situ, so sempat la beli souvenir comel comel :')


Abah suka betul tengok ferris wheel tu leka . Masa naik jadi gayat sebab bawah tu laut haha.  Btw, Ferris wheel tu malam malam pergh, lawa gila! You all tunggu je sebab ada spot light tembak Ferris Wheel tu and keluar macam macam design & masa naik santa maria, beku jugak dah macam di biwako sebab angin kuat by the way pemandangan sangat cantik! Abah puas hati, kami happy!


overplus shirt : Losravelda

Day 4

Kyoto


Tak sabar jugak nak ke Kyoto ni. Di sini, kami keluar awal pagi macam kami ke Biwako Valley tu.  Alhamdulillah, sampai jugak di situ. First, kami ke Shrine Inari untuk ke tembok oreng yang famous tu. Waktu tu kami dating hari sabtu, so crowded jugak.


Nasib ada  #kamujurugambarseumurhidupku haha dapat jugak gambar lawa lawa LOL.  Nak ke Inari, dari Kyoto Station ambil next rain ke Inari. Tak sampai berapa minit, dah sampai di tembok Shrine tu. Lawa, kalau you guys knows your angle well haha! Jangan le ambil gambar macam dalam google guys, bergaya la sikit :D


Ibu dan Abah lepak di entrance, so najah dan wady aje ke dalam tu untuk ambil gambar.  Kebetulan ada kanak kanak traditional pakai kimono, enjoy abah dan ibu dekat situ bergambar. Actually Kyoto ni more to traditional culture.



Sopan je tengok orang dekat situ. No Halal food there, you all bawak lah bekal ok.


Next, kami ke Arashiyama, untuk ke tempat buluh famous tu. Mula mula taknak pergi sebab dari station dia ke tempat tu, jauh sikit nak berjalan, Najah bawak parents so kesian tak larat sebab tadi dah jalan jauh kan.



 Nasib baik ada cab dekat situ, so jadi semula plan kami kesana. Jauh datang, sayang tak singgah kan. Charge for cab ke tempat tu, 600Yen, okeylah.  Lebih kurang RM25 (ikut currency ok).  Area situ, banyak jugak  kedai menarik macam jual jual, sapa tak tahan macam kami confirm TERbeli haha.   Kalau boleh, amalkanlah Japan Railway dorang. Sangat membantu. Tapi kalau tak larat nak menapak dari stesen ke Arasyiyama tu, ya sure you can take a cab there.

No worries! Alhamdulillah, semua satisfied so agak lewat kami nk gerak ke Kyoto Tower.

Kyoto Tower :

Senang nak ke sini, tak jauh dari stesen Kyoto. So kami lekas lekas gerak :') Kyoto Tower tak jauh, depan station sahaja dan dalam tu ada tempat solat sekali, don't worry.

Prayer Room di Kyoto Tower:



Tips untuk tempat solat: Nak cari tempat solat di Japan tak lah susah sangat. Kami pun baru tahu.  Pergi ke “information Counter” dan minta mereka untuk gunakan “prayer room”, mereka akan beri you guys form dan isi. You all perlu tangkas, masa diberi hanya 20 minit shj.  Satu tempat solat terbahagi dua bahagian, lelaki dan wanita. Healthy place actually! Semua sama sistem bilik solat mereka. Cuma di Osaka Station, canggih sedikit.

Yeay, sambungan di Kyoto Tower.


Cepat cepat kami naik sebab nak tengok waktu senja :') Tiket kami dah beli di Klook so just scan bar code aje. boleh masuk!


Yay ada family photo di sini. Takut sikit berdiri sini sebab macam goyang goyang hehe. Tapi takda apa pon. Kukuh. Japan kan :') Puas sampai malam dekat sini. enjoy sangat! jangan tak datang tau, boleh nampak the whole Kyoto.





Waktu malam, cantik kan !


Day 5:

Universal Studio Japan



Hujan guys! Allahuakbar, I felt so sad actually. Dari Malaysia nak main game dalam USJ. Tak pernah missed main kalau pergi tempat tempat macam ni, tapi kalini mungkin ada hikmah.


Puas jugak wady pujuk bagi happy. Yelah, kuasa Allah kan. Mana boleh kita menidakkan. So, wady ambilkan gambar lompat lompat dekat situ, ada jugak lah kenangan. 


Shopping sikit HR Cafe Osaka tu, terapi tak dapat main game dalam USJ.



Kat situ, Najah dan Wady shj yg pergi sebab ibu dan Abah berehat jalan di sekitar kediaman kami shj. Kami? Lepas USJ, kami ke Hard off & Selection. Tak plan nak ke sini tapi sebab dah janji dengan wady, proceed lah :')  Shopping dan bawak wady pilih hadiah (birthday dia guys) ececey so dapatlah sehelai swater Raiders. Wady happy, wife dia legaa ! Nasib tak mintak pelik pelik hadiah tahun ni. 


Lepas kami keluar dari situ, tak sangka ada macam street yang jual barang barang japan. So kami shopping barang Anello (made in Japan) & FILA. seronok betul!


Notes : Black blouse from @Hijriahome

So hari tu, kami jalan jalan berdua walaupun hujan sampai ke malam.


We enjoyed!

Day 6:

Kobe


Permintaan kami tiga beranak selesai dah ( Abah, Wady and Me) so untuk hari keenam, ibu requested ke Kobe untuk melawat masjid tertua di Japan (Masjid Kobe). happy betul ibu dapat datang situ. 


So in love with the mosque, boleh la niat iktiqaf & buatlah solat sunat untuk amal amalan kita jugak kan. Ibu pesan, jelajah lah mana mana negara, singgahlah masjid. Banyakkan tempat sujud. So I share with you guys this tips ok sebab kadang kadang I pon terlepas pandang! :D


Lepas ke Kobe yang sejuk beku tu 7c, kami ke Dotunbori. Di sana, ada ramai orang. Tak lama kami kat situ sebab ibu kesejukan, myself pon. So kami masuk ke tempat shopping.


 Beli jugak barang barang situ. Purse, RM10 guys! Japan handmade.  Nice kan!
 Lepas ke Dotunbori, Najah dan wady ke Hard Off area berhampiran dengan Shin-immamiya.
 


Leka guys! We had so much fun with this!


Day 7

Flight KIX to KL 



Jam 11 pagi, kami check out dan bergegas ke KIX sebab flight kami waktu Japan 3.40pm. Before balik, nak sangat jumpa Tok Penghulu tapi takda rezeki kami.  A bit rushing to KIX. Kami dah sampai KIX, so nak claim tax BUT not available. Claim tax di Japan bukan macam negara lain, claim tax di Japan, you all perlu claim di kedai itu sendiri :D kedai itu sendiri ok! So kami ke JR counter untuk refund balance kad kami ( Icoca ) tu.  Dapat jugak lah balance RM400. Btw each person topup RM700 tapi rupanya kami gunakan tak sampai pon :’) Kad kami ni boleh bayar groceries di kedai terpilih, nak beli fruits ke, mineral water , chocolate etc boleh. Family mart, 7E so far accept. Sementera tunggu flight, kami merayau lagi satu KIX, not bad so cool. Cari jugak jam G-Shock couple warna merah but sold out banyak and no more. Sedih. Beli lagi souvenir sebab kat Malaysia, coins not accept. You all tukar lah dekat kedai kedai mesti dorang nak syiling hehe!  Im Done.

Alhamdulilah, that’s all for you! Enjoy your time with me ok! Boleh follow Instagram Najah : @Najahtul and ask anything that you wanna ask ok! I am available to answer soon! :’)
( oh ya, currency Najah ke sana 3.7 ) korang dah boleh plan kalau nk saving, tukar duit dari sekarang paling cantik 3.5 . jimat! (kalau dapat  lah haha)

Internet data for 7days: Hello1010.my (Annie) .
Beli di Malaysia, sampai Japan baru tukar simcard ok! Simcard Malaysia please simpan. Whatsapp please use number Malaysia. Simcard ni, tak boleh call luar. If nak call, guna ja whatsapp call ok!


Tata ~

PENANG CHEW JETTY, PENANG 2018!

$
0
0
Assalamualaikum Guys!

Penang . Ada apa di Penang ?

You all jalan- jalan di Penang, you all confirm cari tempat menarik, betul? Kedua, you all jalan - jalan you all confirm explore tempat makan yang sedap, betul?

Yes, bulan lepas I explore Penang for my short vacation untuk yang keberapa kali.  Oh ya, kebetulan cuti sekolah, dan kami pilih Penang.  Sebab...

Banyak lagi tempat menarik di Penang dan masih belum di explore.  Okey, now  Najah nak share dengan you guys tempat yang santai dan patut you guys pergi kalau dah tak tahu nak kemana huhu. Guys, tak rancang sebenarnya program kami ke sana, kebetulan birthday anak buah, explore lah Penang haritu kebetulan kami dari Taiping so dekat sangat lah kan.



Penang Chew Jetty

Sebuah perkampungan cina di area jetty.  Chew Jetty di Penang. Masa kami sampai, tak nampak apa kecuali tempat parking kereta.  
You all akan berhadapan dengan situasi begini . Lokasinya sebelum naik Penang Ferry. Ada banyak jetty dekat sini, so you guys explore keyword " Penang chew jetty". 



Sampai sahaja kami disini, pelancong tak ramai lagi. So senang lah nak bergambar area sini. Ada jual jual jugak dalam ni. You all boleh lah cuci mata. So far harga boleh lah dibeli. Baju, keychain, foods dan lain lain ada dijual. Peniaga pon klasik cina dan seorang penjual melayu dekat situ. 




Panas terik waktu ni, cahaya pon "on point" . Konsep nelayan di Penang. Nak try jugak naik boat tapi tiada penjaga waktu itu . Kalau ada, boleh ke naik? haha!



Singgah beli strawberry and grape chocolate ni.  pork-free so boleh beli. Sedap jugak !




Ini lah laluan kedai kedai untuk ke Jetty tu. Semua dari kayu kayu. lantai, kedai dan rumah kedai. Jetty ni atas air so jaga jaga barang takut terjatuh dalam air.



Konsep dia kayu kayu dan klasik, so wady ambil moment saya setiap sudut haha! Anjing tengah tidur tepi tu, tawakal saja lah waktu tu. Actually, jinak you don't worry.


Instant tudung from : @azfaboutique



Ada lukisan berwarna dalam kawasan ni, enjoy ok! Tempat sempit sikit, jangan lama korang pose dekat situ, hambat dek anjing tau lah :p


seronoklah birthday girl bawak jalan jalan. Segala makanan dalam tu kami try!  haha semua sedap. Air buah pon kami beli, serius sedap gila! awatlah beli 1 je time tu. Kalau tahu sedap, beli 2 atau 3. Kalau korang pegi, minum lah air buah ni. FRESH ok! halal!

Joh Eun Halu nama minuman nya. Stall dia pintu nak masuk ke Jetty! Kami beli waktu nak balik. You all try ok!

Seronok kami bawak anak buah jalan. Saya share tempat ni untuk you guys visit kalau tepu tak tau kemana. Tak lah besar tapi, boleh lah singgah tepi jalan :') Penang moment ada dalam IG. kalau you all nak tengok boleh lah follow saya @najahtul . Previous photos ada di Penang. Boleh lah visit. 


byebye!





Viewing all 71 articles
Browse latest View live