Quantcast
Channel: Alaa~ si Datin tuu !
Viewing all 71 articles
Browse latest View live

MELAKA 2018

$
0
0
Assalamualaikum !

Santai santai haritu, kami ke Melaka. Kebetulan memang nak jalan jalan berdekatan sahaja. Wady pon ajak pegi Melaka. Yeay!

Happy tu tak lah berapa happy sangat sebab dok fikir dah jalan bandar raya Melaka last year so nak kemana. Mood nak kesana tu macam biasa biasa saja.

Wady dengan saya puas fikir, dekat mana nak singgah? Keria? confirm SOLD OUT. ish korang ni, tinggal tinggalkan lah kat kami ni sikit :p

Kami park dekat bandar Melaka then kami jalan kaki di lorong- lorong yang klasik dan ada ramai orang. Lah, lebih kurang Penang. Kenapa kita tak tahu? Apa lagi, jom lah bergambar sekeping dua kata Wady haha!


Kami singgah di KIEHL'S wall street. Tempat dia di laluan untuk naik Malacca Cruise. You all mesti familiar. Kalau nampak ramai orang berhenti tu, betul lah tu. So enjoy! Wall dia panjang tapi untuk ambil gambar, cantik jugak!


Ok lah saya share laluan dan pemandangan so you guys boleh cari, ok! Kami park area kaki lima saja sebab nak bergambar. Lepas ambil gambar , kami gerak ke destinasi seterusnya. Drive dan drive, nampak konsep kedai warna putih. ah cun! jom.

Loose Shirt from @LOSRAVELDA

Saja bergambar di kedai klasik ni. Putih. Teringat orang lama lama dulu duduk sini berniaga. Meriah. Kedai ni takda orang just ada bil air bil api saja :') Jangan sentuh pulak.  Ok jom kita gerak next destination.



Ini sebelah Kiehl's tadi. Sebab nampak klasik, kami snap satu keping area sini. Waktu ni penuh budak budak graduasi ambil gambar, sorry lah kakak snap one pcs aje haha!


Belakang ni laluan cruise Melaka. Tak dapat naik sebab kereta tak park proper di kaki lima tu. Risau takut takut polis dok ronda area situ haha!


Untuk kali ni, no best foods just moment at Bandaraya Melaka sahaja . Next, kita story lain ok! Nak cari port cantik di Malaysia ni, nanti saya share! #sayasayangmalaysia

Byebye!

MY DESSERTS FROM DESSERTS FREAK!

$
0
0
Assalamualaikum guys!

Harini rajin betul nak share you guys antara desserts best yang saya pernah cuba.

Sekarang nak order desserts bukan macam dulu , nak ke kedai, survey sample dan lain lain. Sekarang, saya hanya perlu search di Internet.  Kebetulan waktu tu scroll Instagram so saya nampak lah desserts comel comel. Tak puas hati lagi, baca review semua recommended.

Nak beli perlu review dulu, baru boleh order. Berbaloi.  So kebetulan masa scroll tu, Nad Zainal ada try makan cheese tart ni.  Tak sabar nak order. Comel betul cheese tart dia. 

So Sabtu lepas saya ada class di Bangi, saya order dan dah janji dengan Atikah (partner) . Tunggu Atikah buat delivery untuk saya di UKM. Alhamdulillah sampai pon!

Guys, you know what..? Expectation kan penting. Saya beranggapan biasa biasa je lah kotak macam bakeries lain waktu dapat dari Atikah, tapi saya dapat kotak kemas sungguh! Tak sabar nak bukak :D  



Waktu ni dah excited nak bukak, tak jadi nak lunch. Memang target nak makan cheese tart haha!



Tengok lah! cantik kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan! saya sayang nak makan sebab comel cantik sangat. Sama macam apa yang artis artis order dalam IG tu :D Ada strawberry, ada blueberry, ada redvelvet, ada cookies and ada chocolate. Nyummss! (telan air liur menaip ni).



Video ni saja nak buatkan you all excited haha. Nak buat party, wedding, aqiqah dan lain lain pon cantik. Jamu orang makan. Mesti semua suka! Tapi, cukup ke kalau order sekotak? haha!
Ok lah, you guys boleh order  sekarang. Najah share details kat bawah ok!



Bye guys!  Thank you @Desserts.Freak ( Followed )
nak cepat, order lah dengan partner Atikah (018-370 7313) 
Boleh delivery (boleh check dalam IG @Dessert.freak ok!

TOKYO Part 1 : ( Haneda Airport-Suidobashi-Akihabara-Komagome)

$
0
0
 Assalamualaikum,

Nak masuk setahun baru nak update pasal Tokyo!

Najah ke sana bersama kawan. So trip kami ke Tokyo, 4 orang. Musim kami kesana adalah musim panas ( 9-16 Sept 2017). Seronok tak payah cakap, semua enjoy! Lagi enjoy kalau Najah mulakan trip Tokyo sekarang hehe.

Day 1: KLIA 2 - HANEDA AIRPORT, TOKYO (AIR ASIA)


KLIA 2 #proudmalaysian
Tokyo Haneda Airport. Kami sampai di Airport pada jam 10 malam. Waktu disana lewat 1 jam dari waktu Malaysia.  Kami tak check-in hotel berdekatan sebab kami rasa rugi dan kami tiada anak kecil jadi aktiviti sangat santai. Di Airport Haneda, sangat luas guys! So kami cari lah tempat duduk dan bukan kami sahaja bermalam disitu, semua orang flight yang sama waktu kami, bermalam di situ. Dahaga pulak sampai disitu, Wady dan Boy cari minuman untuk wife masing masing, dapat jugak fresh orange yeay! Jus buah Halal, syaratnya 100% seperti dalam gambar.




Guys, jangan sesekali tidur dalam surau, tidak dibenarkan. Kami terus terlelap untuk ambil tenaga esok pagi di Airport Haneda. Barang ? Japan guys, selamat. Tidurlah nyenyak :')



Port tidur kami di airport tu terbuka, orang awam lalu lalang 24 jam sampai pagi. Nyenyak tak lah nyenyak tapi boleh lah lelap mata. Jam 4 pagi onwards, Airport dah mula sibuk dan majoritinya untuk ke office.


Kami Subuh dan uruskan Pasmo Card sepanjang kami di Tokyo. Pasmo card kami pilih sebab macam "Touch n Go" boleh digunakan sebagai transportation, market mahu pun vending machine tepi jalan (berhantu betul). Guys, very useful. Cantiknya Pramugari. Hello!



Kami ke kaunter Pasmo yang dibuka 24 jam dalam Haneda Airport jadi jangan risau. Kami peruntukkan RM 800 seorang untuk kos Suica card sebab kami baru pertama kali ke Tokyo. Alamak, I am die hard fan for Green Tea, try lah guys!



Kami dah ready  untuk bergerak ke kediaman kami di Komagome dengan menggunakan train sepenuhnya. Seronok? Tokyo, of course!

 *Tips : Download Apps : Japan Travel , Muslim Pro

Day 2: SUIDOBASHI-AKIHABARA-KOMAGOME



Guys, waktu check-in kediaman kami di Komagome jam 4 petang.  Tak salah pilihan kami untuk menginap di kediaman kami di Komagome hari kedua.  Pagi yang santai dari Airport, kami singgah tempat menarik sehala ke Komagome iaitu Akihabara .  Waktu sangat banyak untuk diisikan. Jom explore.



Fatimah . My travel partner di Tokyo last year :') Train dari Haneda Airport ke Akihabara Station, lebih kurang 29-30 minit. Rehat lah sambil lihat pemandangan di Tokyo.



Pemandu yang cekap &baik  tutur bahasanya serta adab nya mengkagumkan kami yang pertama kali ke Tokyo. Jatuh cinta dengan budi bahasa. Terima kasih di awal kehadiran kami :')  Sambil tunggu untuk ke Akihabara, kami google tempat tempat menarik yang ada di area Akihabara. Yes, macam macam kami dapat tempat menarik sebelum ke Akihabara. Tak sabar.




Kami belajar banyak dari Airport dan seterusnya. Kami tukar train untuk kesana. Waktu ni kami sangat alert dengan arahan train yang kami naik dan sangat bagus bila gunakan apps "Japan Travel". Hari pertama kami bergantung harap dengan Boy sebab dia study banyak pasal Japan wkwkw. Kami pilih untuk ke Suidobashi untuk explore.

SUIDOBASHI



Crossing the road, nampak McDonald. Phone pon nak habis battery, camera pon nak recharge so Kami nak rest sekejap minum coffee dan kami pilih untuk lepak lepak di McDonald area Suidobashi. yeay! McDonald dia view sangat cantik guys.



Seronok tengok view dari atas. Besarnya bandar. Luas. Padat jugak orang awam lintas di Zebra Crossing masa tu.  Sebab, ada menara dan theme park area tu. Kami tak kesana sebab kami bawak luggage tapi kami jalan jalan area tu pon dah seronok.



Boy & Fatima. Happy Honeymoon guys! Kami rotate untuk keluar sambil charging battery phone & camera dalam McDonald. Haha.  Enjoy guys, kami honeymoon di Tokyo! Thank you Wady :') Let's proceed.  Sementara partner kami stay di McDonald, Wady bawak Najah pusing pusing bergambar. Lighting on point betul musim panas :p



Area Suidobashi pon banyak corner untuk ambil gambar.  So, boleh lah you guys collect all your moments here.  Why not, kan? Wady rajin ambil gambar gambar moment jarak jauh dan dekat, so boleh lah Najah share dengan readers Najah disini kan.



Japan sangat pentingkan penduduk dan kesihatan so Japan Railway disediakan. So cool kan?  Basikal pon banyak sangat area ni.  Kami puas lepak di area Suidobashi then kami ke Akihabara Station yang hanya ambil masa lebih kurang 8 minit. jom!



So tiba di Akihabara kami cari locker untuk kami simpan luggage di station. Alhamdulillah dapat. Tapi MashaAllah nak tunggu turn kosong, payah nya lah hehe. Nak gunakan locker tu mudah saja. You guys tukar coins di machine area locker tu, dan pilih size luggage bag you guys. Follow instructions using English. Senang sangat nak faham. Save password & locker number you all dalam phone or on paper takut terlupa. Oh ya, Kami punya besar so kami pilih yang 600yen. Depends bag size you guys.



AKIHABARA

Akihabara guys..have fun!

Akihabara ni mostly untuk kaki gamers, anime dan produk komputer macam tu. Mostly harga dia standard negara. Kami masuk dalam mall Yodobashi. Banyaknya gadget! Tepi tepi lorong, kak lima area tu penuh dengan gamers. Baik lelaki, baik perempuan baik tua, baik muda. Layan ~



Leka banyak sangat gadget dalam tu. Kalau bawak gamers, confirm Yodobashi cukup dah haha! Computer, games, keyboard cantik cantik, semua peralatan canggih semua ada dalam bangunan lebih dari 3 tingkat ni guys! Explore ok, kami puas!




Moh lah kita keluar guys, banyak lagi tak explore luar tu haha! Alhamdulillah guys, kebetulan kami datang, meriah betul bandar Akihabara tu. Pesta Anime besar besaran . Apa lagi, Sailormoon, Maid Cafe Costplayer ah macam macam lah semua ada. Semua fanatik actually. Ada yang datang sanggup pakai costume kasut tinggi . Yang laki pon ada pakai costume sailormoon, yang bawak pedang pon ada. Yang mata rabak pon ada haha! Kami leka atas jalan raya tu lama gila. Ditutup khas untuk Anime Festival. Syok weh :D Wady? of course cuci mata sampai terlupa nak pegang tangan bini haha!



Sayang, here you are! Thank you Boy for this hehe.  Bandar busy sangat, so kami makan roti & Tuna yang kami bawak bekal from Malaysia. Fuh, kenyang! Kami explore kedai kedai anime di area Akihabara.



 Kami duduk atas jalan raya, santai! Jalan ditutup khas untuk anime fest kan hehe. Sepanjang lorong di kedai kedai situ, penuh dengan game vending machine. Berhantu memang kalau bawak budak, ready lah & good luck haha!



So Jam 5 petang, dah malam. So bandar tu jadi cantik sangat sangat sangat dengan lampu lampu.
You all kalau datang sini, rugi kalau balik awal, lampu cantik cantik.




Fuh, puas betul jalan jalan area Akihabara ni guys! Dah rasa penat berjalan & kami gerak ke Komagome untuk check-in yeay! So kami ke Akihabara station untuk ambil luggage and proceed ke Komagome. Perjalanan menaiki train dari Akihabara ke Komagome station hanya mengambil masa selama 13 minit sahaja. Dekat rupanya. Tiba di Komagome station yang tenang tu, kami berempat jalan kaki ke kediaman kami :') then kami rehat! Anyway, rumah kami selesa dan comel guys!

continue Part 2 : Komagome -Asakusa Temple (Sensoji ) -Tokyo Skytree





TOKYO Part 2 : ( Komagome-Asakusa Temple (Sensoji)-Tokyo Skytree)

$
0
0
Day 3: KOMAGOME- SENSOJI TEMPLE


SENSOJI TEMPLE

Yeay hari ketiga kami explore dua tempat. Kita mula dengan Sensoji Temple yang terletak di Asakusa guys! Kalau you all nak kesini dari kediaman you all, contohnya macam kami Komagome so kami menggunakan apps Japan Travel sahaja untuk ke Sensoji Temple ni. Perjalanan dari Komagome Station ke Sensoji Temple lebih kurang 28 minit. Sensoji Temple ni perlu lawat walaupun ia temple budha di situ. Dah jadi tempat pelancong datang, so you guys boleh lah singgah bergambar.



Dah sampai Asakusa guys. So padat dengan pelancong walupun hari biasa (Isnin). Najah tak tentu arah, Wady punya risau haha. Seronoknya tengok culture panas di Tokyo. Pipi tu no blusher guys, merah panas sendiri so sila pakai sun block kalau nak datang musim panas :D

Sampai sampai je kami nampak ice cream bentuk ikan emas. Comel betul kretif Japan ni kan? Najah pilih dua jenis perisa dekat situ.  200yen ( RM 7) lebih kurang. 

Wady seketul (strawberry), Najah seketul (green tea). Best jugak tapi kalau yang tak hard core sangat macam Wady mesti cakap tak best.  Kulit ice cream dia tebal sikit dan Wady cepat muak. Pass kat Najah lah untuk habiskan. Najah? of course habis hehe. 

Hajat dari Malaysia nak jugak lah pakai Kimono. Kebetulan murah masa tu kalau beli sebab pre-loved kan. 1,000Yen ( RM30) lebih kurang tapi kalau you guys tengok muka pakcik tu, lupakan jelah Najah. Takda size orang gemok lah haha! Wady lah ni candid. Tapi takpa, Najah share supaya mana tahu you guys nak bawak sendiri dari Malaysia mana yang sama size Najah tu wkaka.
Size kimono Boy & Fatimah banyak pulak. Tak adil betul. Kecik hati kita :p Tapi memang betul, susahnya jumpa tubuh besar di Tokyo masa tu. Kerap berjalan mungkin? Jom lah proceed ke Temple tu :D
Sampai dah sini .  Jangan lupa abadikan kenangan masing masing. Kami ambil gambar depan temple ni waktu awal sampai tu. Luas jugak. So kami keliling kawasan temple tu.  Kami tak pergi area lain berdekatan situ, kami tour dalam sensoji temple ni sebab kawasan dia luas. Ada jual jual jugak.
Blouse & Pants from @MisClaire 
Musim panas, macam macam jualan ada. Kami cari view cantik untuk ambil gambar dekat sini. Lighting on point betul hehe. Video saya disini ada dalam Instagram. Nanti you all scroll ya!Kami lama jugak di sini, Ole ole pun dah beli, bekalan makan yang dimasak di rumah pon dah dimakan, puas hati dah sampai dekat sini so kami nak gerak ke Tokyo SkyTree pulak :D

SENSOJI TEMPLE - TOKYO SKYTREE



Dari Sensoji ke Tokyo Skytree kami ambil train (20 minit). Alhamdulillah sampai jugak hajat kami ke situ :') Tiket kami beli menggunakan Pasmo card. 

So tak perlu risau nak keluarkan cash di kaunter. Fee masuk untuk kami seorang RM 100 macam tu (2,800Yen)



Waktu kami sampai di Tokyo SkyTree ni, cuaca cantik sangat. Sambil sambil makan fresh fruits. Ya Allah, rindunya fruits dia. Manis, sedap betul. Puas hati makan buah di Japan :') Saya beli dalam market di sini. Nah saya share :D

Wady dah siap buat video saya bawah tu, kami pon ready nak naik skytree yeay! Waktu malam cantik sangat kalau naik sebab lampu dia cantik cantik. Tinggi jugak skytree dia, sapa yang gayat, tak apa, safety dia power InsyaAllah :') Okey kami dah sampai di paras ketinggian 250meter! Subhanallah. Masa masuk tu, cantiknya bandar Tokyo. Leka guys!




Bandar padat, tersusun cantik. You all cuba la collect moment atas ni, duduk berdua tengok lampu. So lovely. Yang gayat, jangan berani duduk tepi tapi tak apa la guys, rugi tak try. Tak bahaya, tapi you guys mesti kagum cantik sangat.

Bersungguh betul cium ni heeks. Memori yang tak dapat kami lupakan. Yelah, semua tempat ada moment kan :')  Seronok Alhamdulillah dapat tengok macam macam dari atas. Wady suka explore negara orang jadinya, berbaloi. 

You guys jangan keluar awal tau. Waktu ni, ada tayangan dalam tu. kagum sebab tak sangka Japan so creative. LED merata tempat untuk tayangan ni. Hold your partner hand guys, lagu dia menyentuh perasaan betul. Yeah, anime ofcourse, you right! Haha. Najah tak layan anime pon dah terjatuh cinta kisah clip yang dorang main kan waktu ni. anyway, BEST!

Najah share view dari atas. Cantik kan? :') Cepat lah siap pegi Tokyo. Bawak Najah sekali hehe. Rindunya! Kami ambil pakej 250m & 150m . Dua dua ketinggian kami dah rasa. so you guys, have fun!



Yeay. Letih dah. Tapi seronok betul trip hari ketiga ni :') enjoy!enjoy!  Kami beli barang barang dapur di market ni, kebetulan 50% sebab dah malam, ikan salmon pon kami beli. Happynya! murah dari Malaysia LOL. Okey jom balik ke Komagome yang mengambil masa 35minit dari Tokyo Skytree , so guys, rest cukup untuk Day 4 pulak!

continue Part 3 : Shinjuku - Higashi-Ikebukuro-Euno
previous Part 1 Haneda Airport-Suidobashi-Akihabara-Komagome




TOKYO Part 3 : ( Shinjuku - Higashi-Ikebukuro-Euno )

$
0
0
Day 4 : SHINJUKU



Plan sebenarnya hari keempat nak ke Mt.Fuji. Terpaksa cancel sebab cuaca waktu tu sangat teruk untuk kami kesana. CCTV pon tunjuk hujan sangat lebat sampai laut lintas jalan raya. Tak nak tanggung risiko, kami ke area berdekatan yang bebas dan manfaat jadi kami pilih untuk ke Shinjuku ( oh Ya, dari Komagome 50 minit).



Di Shinjuku, kami singgah ke Tokyo Metropolitan Government Building. Tokyo menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2020 so Alhamdulillah dapat jugak ke bangunan yang boleh tengok sekitar bandar area bangunan ni.



Lebih kurang bangunan Putrajaya tapi dekat sini lagi tinggi tinggi. Kalau you guys nak datang Japan 2020, get ready kemungkinan rate mesti akan naik :') Masa datang sini, impress dengan tenaga kerja dia semua usia yang sangat tua, berkhidmat. Lap besi pemegang, lift dan lain lain. Bagus kan?! Dalam bangunan ni ada jualan tapi yelah, pelancongan kan so rate dia agak tinggi. Nak beli boleh, tak salah kot ada yang berkenan :') Why not? Ok jom kita gerak ke Higashi-Ikebukuro. Ada apa? 

HIGASHI-IKEBUKURO (Pokemon Center Mega Tokyo)



Yang ni betul betul un-planned. You guys berjalan  tu mesti jalan santai kalau tak, letih juga. Lebih kurang 1 jam jugak dari Metroplitan building tu ke Higashiikebukuro ni. Kami lepak makan tengah hari dulu bawah pokok. Baru lepas hujan, so lapar dan sejuk. Nak cari pokemon punya pasal, kami gigih kesana. Pokemon dari Japan, Pikachu tu comel sangat. Kebetulan last year, gamers fanatik betul dengan pokemon games ni. PCMT ni terletak di Toshima dan pokemon ni dalam mall :')



Kami sebenarnya nak kurangkan masuk mall, nak pergi apa yang tiada di Malaysia tapi sebab Pokemon ni dalam mall, kami redah jugak hehe. Anyway, ada anak kecil boleh je datang. Mungkin budak budak lagi seronok. Macam macam toys ada dalam ni. Cantik dan comel :') tu terbeli tu. eh. So, kami pon keluar dari Mall itu dan ambil angin luar :') haha!

Ramai betul masyarakat time ni :') Buat hal sendiri pon tak apa, semua orang faham :D
Black Palazzo from Hijriahome
Area ni ada banyaaak tempat shopping. H&M besar ya amat! Ikotkan hati nak masuk, tapi masa tak banyak. No shopping dalam mall (dah janji dengan Wady) so, be happy! Cepatnya waktu berputar. Kami taknak buang masa, so kami proceed ke Euno! yeay!


EUNO



Dari Toshima ke Euno, dengan menggunakan train, lebih kurang 35 minit macam tu. So sampai lah kami di Euno. Nak ke Euno ni, banyak betul pit stop kami hehe. Tapi best!



Teruskan berjalan. Terapikan minda walaupun kaki tengah sakit berdenyut waktu ni. Berjalan sakan berejam agaknya. Wady urut merata tempat kaki saya haha. Thank youuu. 

Ni saya share EUNO ni best sebab apa. Sebab banyak barang dijual dengan harga lawan lawan :') So sila lah meriahkan diri anda dekat sini kalau tak tahu nak kemana. Oh ya, lepas kami ke Euno kami ke Nippori untuk beli kain ela. Tapi sayangnya, kedai tutup jam 7 malam. Kami decide untuk ke Nippori di hari balik nanti :') So kami balik ke Komagome semula dari Nippori yang mengambil masa 6minit saja :') Ok guys nanti kita continue Day 5 pulak ya!


continue Part 4 : 
previous Part 2 : Komagome-Asakusa Temple (Sensoji)-Tokyo Skytree
previous Part 1 Haneda Airport-Suidobashi-Akihabara-Komagome







TOKYO Part 4: ( DisneySea )

$
0
0
Day 5 : KOMAGOME - DISNEY SEA



DISNEY SEA


YEAY! Sebenarnya dari hari pertama sampai dah excited nak ke Disney Sea ni. Almaklumlah, pergi Tokyo, tak sah klau tak pergi DisneySea / Disneyland kan? Najah & Fatimah paling excited sekali hiks. Suami kami melayankan aja ! Dari Malaysia kami berempat dah berbincang sama ada nak ke Disneyland atau Disneysea. Memandangkan kami dah study dengan umur kami ni, kami sepakat memilih Disney Sea. Banyak faktor sebenarnya kami pilih Disneysea sebabnya, Disneysea HANYA DI TOKYO. Disneyland ada lah di beberapa buah negara kan? tapi belum ada lagi Disneysea.  Lagipon, Disneysea sesuai untuk kami. Kalau you guys nak pergi Disneyland pon boleh cuma games banyak untuk kanak-kanak dan ada jer package 2 hari untuk Disneyland & Disneysea.  Untuk kami, Disneysea saja. Okey jom!




Najah menggunakan apps Japan Travel macam biasa. Untuk ke Disneysea dari kediaman kami, Komagome dalam lebih kurang 1 jam macam tu.  Total kos dari Komagome kesana 390Yen ( RM 15 ) macam tu. Najah share direction untuk kesana ok!


Komagome (JR Yamanote Line) - Tokyo Station 

Tokyo Station ( JR Musashino Line platform 3 ) - Maihama Station 
Maihama Station ( berjalan dalam 7-8 minit (south exit) - Tokyo Disneysea yeay!



Alhamdulillah, Najah melompat lompat atas lantai tu betúi ke tidak yang Najah di Disneyland HAHA! seronoknyaa time ni. Sungguh , najah seronok betui. Jadi budak budak tetiba wady cakap. Masa tu tak pikir apa dah, nak masuk dalam tu ja hihi


Okey setibanya kami di sana, kami terus ke Disney train untuk ke DisneySea. DisneySea sleeps Disneyland. So perlu naik train, sekejap saja. Najah share video ni you guys boleh lah tengok :')




Tiket najah beli di Klook. So najah print di Disneysea. Mereka sediakan bilik untuk show online ticket. Don't worry okey kot terlupa bawa voucher online ke kan. simple Japan ni. You guys perlu ke kaunter ticket dahulu tau untuk dapatkan sticker tangan untuk masuk. Air, makanan kami bawak dari rumah, so makan siap siap sebelum masuk. So far, lepas aje bawak masuk air hehe.





Ini ruang kaunter tikes di Disneysea tau. Washroom catnip ah semua lah cantik dan bersih!  So tak buang masa, kami pon masuk entrance! Ya Allah, betui ka Najah da sampai sana haha!




Waktu ni nampak macam macam depan mata. Macam macam coştum depa pakai. Najah seronok betui. 




Awan cantik sangat waktu ni. so semua gambar, ON POINT hehehehe!




Cantik lah jadi gambar gambar. Syukur Alhamdulillah! 




Tiba tiba jadi maleficent muslimah. Nampak tak bukit di belakang Najah tu? WAJIB naik ok! 

"Journey to the center of earth". 





Nak cerita game dekat sana, untuk umur kami ni memang semua BEST! haha ada yang kami tak sempat naik sebab masa tu naik yang belum pernah naik selama ni. Kami pilih yang hardcore di sana. Yang kecil kecil tak sempat nak naik. Tapi memang satisfied.  Kami naik train untuk ke hardcore game yang kami pilih dulu, so yang awalan tu kami sempat tengok dalam train saja. 




Train macam Harry Potter. Berkayu cantik haha! So dalam train ni semua game kami nampak dan konon dalam list nak main lah, yang hadoo... tak sempat hehe.




You guys kalau pergi, jangan skip ok! oh ya, beli express pass! jangan lupa tak terfikir macam kami naa.




Panas sangat waktu ni, cari something sejuk untuk tekak. Comei nya mickey ni! Lupa dah berapa yen. But, orange ice cream ni sangat sedap! Najah memang suka comel comel ni. Pantang nampak, beli. hehe!


Thank you belikan ais krim . Belikan tapi takdapat makan. wife dahaga haha! Nak beli lagi, dia punya que. sakan. 


Yah, ini lah game yang kami naik first time hehe. Que punya panjang, nasib baik merasa naik roller coaster ni. Guys, spec Najah pakai ni dipendekkan cerita terjatuh dari beg (berebut dengan wady nak pegangkan ) sekali dah berjalan dan jatuh dalam hutan bawah tu.  Cemas! Japan kan! Jumpa wehh spec favorite Najah ni! how loyal they are? *Salute!


Explain me how nak cari dengan sirat barat rail ni? haha! Jumpa guys jumpa! Alhamdulillah. Wady dah not happy dah sebab tengok Najah tak happy sebab spec lost.  Respect lah. Sanggup kejar cakap dah jumpa spec Najah. happy me ~ 




Okey ini antara game yang tak boleh skip ok, kalau tak try, rugi hehe. Tower of Terror.



Dekat Disneysea ni, macam macam ada. Anime bergerak ada, patung terkejut terkejut ada. Pertunjukan air AM / PM pon ada. Best show actually. 



Dia tunjuk semua mascot game yang ada dalam Disneysea tu. alah seronok kalau you guys pergi. Ada rezeki, insyaallah. pasti boleh pergi ok!



Sindbads! amek gambar ajer tak masuk. Nyesal pulak tak masuk haha! Waktu ni pergi main buaian gantung atas air tu. besttttt gila! hahah



Taraa.. lil puppies was here! yey dapat pon tunjuk dekat you guys. sedondon i told you! The Dalmatians. 





Kapal ni kami tak sempat masuk, sebab nak cari aktiviti lain bersama. Sempat pusing dan ambil gambar gambar saja dengan suami. Fatimah dan Boy pon sama, puas dalam Disneysea ni. Happy honeymoon katanya haha!


Ini bukan budak sekolah tau, ini budak budak ni rajin pakai costume anime japan. sporting. Ceritanya, wady suruh posing sorang sorang so depa ni tiba tiba duduk belakang Najah haha! thank you lah, adalah kenangan orang jepun dalam gambar ihik! 


Toy Story! Ramai masuk sini bawak anak kecik. Puasnya berator, best! Sini pon best. Kat luar luar tu ada jejuai barang jugak, cuci mata boleh jadi terbeli. Comel comel sangat barang barang dorang.


Disneysea ni trade mark nya "sea" . So masuk masuk je akan nampak tasik buatan macam laut. Keliling dia air. Belakang Najah tu adalah tempat show yang Najah ceritakan tu, akan ada show am dan pm. So semua orang akan duduk tengok show tu. best!


Tak pasti nak kata Cinderella, macam bukan. Nak kata kakak tiri, entah haha! anyway ini yang najah ceritakan tadi, dorang fanatik sampai pakai costume. hehehe!


Cantik Ya Allah. Mahal sungguh kuasa Allah kan. Anyway, tak edit pon memang original matahari terbenam senja . Waktu ni berbual berdua share heart to heart hehe. seronok view ni cantik sangat . Alhamdulillah for everything! so then, balik lah kita!


Memori yang tak dapat kami lupakan. Seronoknya! "thank you sayang hadiahkan Disneysea untuk i "Puas sangat satu hari di Disneysea ni. Memang betul tak cukup masa rasa nak repeat lagi. Tapi nak repeat pon, mungkin nak ke Disneyland. Nak ikot? jom hehe. 


Okeylah, kami pon ambil train jam 7.00malam waktu tu. So guys, balik pon macam you datang tadi cuma reverse lah yang i guide datang tadi hehe! see you part 5 pulak InsyaAllah ok! byebye!


Square Scarf : ARIANI

TOKYO Part 5 : ( Odaiba - Harajuku)

$
0
0
Day 6 : KOMAGOME - ODAIBA - HARAJUKU



SHIMBASHI STATION

OK. Jom nak sambung untuk hari keenam dengan you guys ehe. Untuk hari keenam, kami pilih untuk ke Odaiba. Semalam dah seronok suami melayan isteri makanya hari ini isteri melayani suami pulak. well, isteri lagi suka jalan jalan ikot laki depa kan? ihiks. Perjalanan Najah dari Komagome ke Odaiba lebih kurang 40 minit macam tu.  Perjalanan kesana hanya tukar satu stesen saja. Dalam RM 20 macam tu. Ok saya share direction.



Komagome ( JR Yamanote Line Platform 1 ) - Shimbashi 
Shimbashi (ambil train ke Toyosu dan stop di Odaiba)
Odaiba (apa lagi, jalan lah cari tempat best hahaha)

Statue of Liberty of Odaiba




Sampai dah kami di Statue of Liberty of Odaiba. Macam di NY kan? hehe this one di Odaiba Tokyo.  Saya share di belakang statue itu, merupakan "Rainbow Bridge". Kalau malam cantiknya subhanallah. (boleh google).

Rainbow Bridge



Ini lah kenangan di Rainbow Bridge. Actually masa ambil gambar ni tak perasan dan tak tahu pun tentang rainbow bridge ni, time balik baru baca pasal Odaiba. Im so lucky to have this memory , Alhamdulillah.

Odaiba Fuji Building



Okey di belakang najah ni pulak, Odaiba Fuji Building. Reka bentuk cantik betul. Pulau manmade yang dibina atas pulau.  Kalau sapa sapa masuk bangunan fuji ni, boleh nampak bandar Odaiba Tokyo ni. Dia sediakan "observation deck" . So, boleh bayangkan lah kan tengok waktu malam rainbow bridge tu semua uwaa i cry. 

Diver City 


Tak sabar nak bawak korang jumpa sapa dekat sini.  Di Odaiba ni kami tengok live mario drive  kereta go cart on the road wey haha. Comel gila. Tak bosan pon Odaiba ni , dia macam KL lebih kurang.  So, boleh proceed ke Diver City ni. Jangan tak datang tau, sini adalah tempat idaman suami anda yang tahun 80-an hehe.


Okey, meow sapa terlepas ke Odaiba ni? Nak saya bawak balik? bak mai 5 ringgit. Japan ni sangat terkenal la kan dengan kucing lah, robot la itu ini semua. Tapi all sanrio's things semua menduga. Kalau duit dekat tangan sendiri, dah shopping sakan dah dalam ni haha.

Ghaa takot! Comei campor takot. hey, scary gila buat donut kegemaran i begitu wey! bye dhoonut!


Taraaa... finally, suami pon jumpa bestfriend dia haha. Bawak kita datang sini ingat nak jumpa siapa, rupanya Gundam. hehe! Waktu kami datang, gundam ni sedang dinaiktaraf. So rezeki lah dapat tengok cara pemasangan gundam baru (tukar baju untuk 2017). 
Cuba bezakan muka wady dekat Statue dengan Gundam ni. Haih, geram rasa. haha. Muka seronok sangat jumpa Gundam ni. Semata datang Tokyo. Okeylah, you happy i happy. 

Najah pon taktau kisah gundam ni. Blur ayam dekat situ tunggu wady explain dalam train. Lepas wady cakap, aduh kenapalah tak buat video cakap depan gundam ni cheh. hehe.

em em, jadilah..walaupun gundam tak bersiap lagi wkwkwkw. So dari pagi nak ke tengah hari and dah panas terik. Kami cari tempat sejuk. So kami decide masuk dalam andddd chill inside.

I told you guys, he still can't move on guys! He love it so much. Tu pon kalau boleh bawak balik, wady dah bawak balik dah haha.

Yeay finally dapat paw favorite shirt here. Thank you saaayang :') 



Dalam Diver City ni, macam macam cap ada dijual . Cari je New Era Cap. Confirm jumpa. Bukan cap je, baju baju brand japan macam - macam ada. Kat sini, wady dah jadi tak tentu arah. Buah tangan katanya. Guys, jangan tak datang sini ok! Nak pujuk laki ni senang aje, bawak tempat dia suka hehe.


Lepas tu, kami tak perasan kami lama gila pilih, tengok, beli budak gundam ni. Murah gila.  

So kat sini, boleh berejam habis dok beli gundam. 


Kalau nak datang sini, still dalam Diver City, tapi belah atas sekali. ok!
Dia ni baik tau. Plastik i kecik kecik so dia offer plastik besar no charges. Tak pepasal, tak beli brand kedai dia, dapat paper bag cantik besar haha. thank you.
Maka, keluar lah kami dari Diver City setelah berjam jam dalam tu hehe. So kami proceed duduk luar dan ambil moment di luar.
Lapar sangat waktu ni. Kami keluar semula ke taman dan kami makan menghadap rainbow bridge. Ya Allah sumpah tenang. Seronok sangat waktu ni. Taman rekreasi orang jepun ni memang seronok jugak. 

Roti ni best gila, inti dia jagung dan mayonis. Bekalan suami saya masak pagi kami makan dengan roti ni. Nikmatnya rasa Ya Allah... hehe. Sooo, kami tengok lah pemandangan Odaiba depan mata. Patut lah orang dah datang, nak datang lagi Japan kan. Hari pon nak gelap waktu tu, kami pon gerak ke Harajuku.

Harajuku

Perjalanan dari Odaiba ke Harajuku lebih kurang 45 minit macam tu. So kos dari odaiba ke harajuku 520yen dalam RM 20 jugak macam tu. So saya kongsikan ya.

Odaiba Station - Shimbashi station
Shimbashi station ( JR Yamanote Line Platform 4) - Harajuku



Laki kami hilang dalam ni.  Sini ada juai Supreme, Bathing Ape, Number9, eh macam macamlah haha. So memang kami tunggu jela laki kami nak keluar bila dengan tangan kosong ihiks.


Yeah, keluar juga akhirnya tapi dengan aksi begini hahaha. Tak paham aku.  Jangan tak beli barang i sudah.

Di Harajuku street ni macam macam brand japan ada juai. RUgi kalau semua tak datang harajuku ni. 

Kalau ada jual freeze magnet, beli lah. Murah not bad. Najah tak beli disini, rupanya Fatima dan Boy beli, murah boleh tahan. Banyak tempat shopping area ni. 


So we had  a very good time there ya! Sambil tunggu mood nak balik, kami lepak dekat Abema Studio ni. Best gila. 

Semua dok menari termasuk lah wady. . .



Alright, so kami pon gerak pulang ke Komagome. Lapar gila and masak kat rumah terus makan and tidur. 

Penat semua ada tapi kami enjoy untuk hari keenam ni. So sambung part 6 pulak ya! thanks and see ya!




Outfit Blouse & Skirt : @DoubleTriplePlus

TOKYO Part 6: ( Chiyoda - ku - Shibuya )

$
0
0
Day 7 : KOMAGOME - CHIYODA-KU - SHIBUYA

Perjalanan dari Komagome ke Chiyoda lebih kurang 25-30 minit. Kos train dalam 200yen ( RM 8 ). Kalau silap maaflah almakumlah dah setahun kesana haha! Oh ya, Chiyoda-ku ni terletak di tengah tengah Tokyo. Strategik jugak. 

WACOAL BUILDING




Plan nak pergi Tokyo Imperial Palace & Edo Castle, tapi sayang, Jumaat tutup. Fuhh, so terpaksa cari option lain untuk tidak kosongkan itinerary.  Sambil fikir sambil berjalan. So dalam perjalanan kami tu, kami banyak pit stop. Ambil gambar tempat ce-cantik kan hehe. So belakang Najah ini lah bangunan pakaian dalam wanita jenama wacoal. Siapa peminat wacoal, kita geng!




Biasalah badan size besar ni wacoal antara salah satu yang terbaik ehe. Eh? macam dok promote wacoal dah pulak hehe. Actually just nak show you inilah building wacoal di Chiyoda-ku. 

National Theater

Kami stop kat National Theater untuk Fatima dan Boy ni shoot post-wedding.  Korang bayangkan lah sendiri macam mana si Fatima ni seret nya kain dia sepanjang jalan hahaha! (actually casual from our house sampai sini tukar baju pengantin untuk shoot). ok pandang sat, nak masuk dalam blog heeheh.



Hijau segar bandar ni. Cantik. Kami datang September, panas nak masuk sejuk. Panas tak panas, sejuk tak sejuk. Tapi okey la hehe. Datang waktu panas ni, best dia boleh jalan jalan.

THE NATIONAL DIET BUILDING, CHIYODA



Behind the scene , Allah saja tahu betapa jauhnya kami berjalan kaki nak datang sini haha! Seriously, takkan lupa punya.  Kaki Najah dok lenguh bayangkanlah berapa kali berhenti wady urutkan lol. Nasib tak pergi #gengbujang kalau tidak, kene tinggal situ mhaha.


Kalau nak masuk perlu ada permission so kami pon bergambar depan main entrance.  Bersih kan? Situ kalau pergi, ambil gambar banyak banyak lepastu kalau letih, polis tu tak bagi duduk. Siap maklum pada kami sana ada tempat duduk namanya "Memorial Hall of Politics Japan Nagata-cho" . Kalau nak ke situ, jalan kaki sikit dan sampai.



OK dekat sini, ada Tower clock. Tinggi jam dia kalau tak nampak tak taw lah hehe. So kami makan apa yang kami bekal dari rumah dekat park ni. Tenang je suasana. best.
Sambil ambil tenaga nak berjalan lagi kan.



Bandar ni kan senang cerita macam Putrajaya. So ini adalah jalan masuk untuk ke Pejabat Perdana Menteri. Kawasan ni sunyi sangat. Memang polis ramai kat sini, bestnya rasa terjaga haha.

SHIBUYA



Yayy inilah yang dinanti nantikan semua termasuk Najah hehe. Seronoknya nak tengok live bandar yang sesak atas jalan raya dengan manusia sepanjang masa.

Welcome to Shibuya guys wuhu~



Time aku nak bergambar, time tu lenggang dalam gambar. Kalau time tunggu, kemain padat. haha! kejap. Effort effort guys 

Actually ada video tengah melintas. Tau tak, dok ulang berapa kali melintas. Adalah dalam 30 minit atas hanya untuk melintas sahaja. Tah macam mana boleh hilang video tu. Check banyak kali dalam osmo, takda jugak. Sedih.
takpalah takdak rezeki nk tunjuk korang saya melintas, mungkin suruh datang lagi la kot hehe.



Sekejap ye, jenjalan dulu. Nanti kita cari idea macam mana nak mencelah tengah giant zebra crossing tu. HAHAHA.



Merayau street shibuya tak perasan hari dah gelap. Fuh, lawa gila waktu malam . cantik kan? Bandar yang tak lengang lengang. Wajib ada orang haha.


Lama kami lepak sini. Sejuk waktu malam so memang best lah melepak kan. hehe. sambil makan "biskut kapal black ni" tak sedaaaaaap! degil lagi tak dengar cakap laki haha.

Memang kira heaven dunia la kalau di shibuya ni. Kalau korang nak stay, rebutlah duduk mcD kat atas tu. confrim lawa.




Hari ketujuh ni memang sebak nak balik esok. Harap hari ketujuh ni stay. Waktu tu malas nak balik sebab malas nak masuk office tengok kerja atas meja hahaha! what to do, kena balik. Alhamdulillah! So kami balik ke Komagome untuk beli few things nak bawak balik, nak masak and nak mengemas nak balik KL dah esok. .


Day 8 : KOMAGOME - HANEDA AIRPORT 




Alhamdulillah untuk penginapan yang memuaskan hati kami di Komagome. Kami pilih AirBnB untuk penginapan. So untuk 8 hari 7 malam lebih kurang RM1,500 +- . Murah kan? So kalau nak pilih penginapan boleh download apps "AirBnB". Just search "nama tempat you nk stay" nanti akan keluar la satu persatu pilihan tempat tinggal dan bayar :'). Rezeki kami dapat owner baik.



Sebelum tinggal kediaman, suami kemaskan. Takdalah owner tak bagi datang lagi next time kan haha. Anyway mana mana pon kena disiplin jangan tinggal rumah orang lintang pukang. Itu peribadi kita tau. sebak nya lah nak say goodbye.



Oh ye, first time dapat rasa baby gempar bumi. Dah la duduk atas, so memang terasa la gegaran. Dah biasa kat sini tapi pada saya dan suami, ia baru pertama kali. Masa tu suami sedang sikat rambut, saya duduk tunggu atas katil sambil dia bersiap tiba tiba kepala pening. Masa tu Allah je dalam kepala. Tau pon wwkkwkw.




bye Komagome! Recommended untuk mereka yang nak datang Tokyo ok! take care guys. If nak tanya apa yang takda dalam blog ni pasal Tokyo, boleh follow instagram saya ok!

@NAJAHTUL



Thank you tau singgah baca! have a good holiday guys!





Grey stripe blouse (Day 8) : MisClaire







Tre (White) - SUDIO Malaysia

$
0
0
Assalamualaikum everyone, and Hello !


Thank you semua pengikut blog saya dari saya mula jadi blogger lagi (2009). Sis terharu. Thank you tau. Siap follow Instagram until now dan DM terus terang luahkan what u love about me. . Wey, speechless kot! Pernah lah sekali i baca balik apa i blog kan dulu dulu sampai i lempang muka i sendiri wey. I panik. I was like, wth dow aku merepek tengah alam ni dulu. And then, now i sedar kematangan seorang blogger bernama "najahtul"hahaha!



1. Suami datin kenal datin from blog jugak ke?

No. Actually i ada share di Instagram how my husband know me. From matchmaker between his cousin and my sister angkat jugak hehe. Suami i selalu buli i, "dulu apa you dok syok menaip eh?"I baca kadang kadang i pelik tengok life you. Camne la i boleh kawin dengan blogger yang i rasa "budak ni no life ke apa dengan pasu, pokok lah tali lah atas kepala ( he said alaa yang i pakai inner silang wewarna la, reben lah cangkok la atas kepala). I was like, kalau laki tu laki jugak kan HAHA. Cool jerr i tetiberr waktu tu kalau tak, dah kene cubitan kuku paling dalam kulit keempat dah BUT deep inside my heart i macam weyy malu lah ingat balik haha!  anyway thank you so much again guys! 



2. Bila nak update blog? Blog dah tak penting ke?

Em, pada i lah kan blog ni penting. Bukan apa, last few month macam tu, i nak bercuti so i really need help. I pulak jenis kalau pergi mana mana jarang tanya orang sebab i malu. That is why kadang kadang tengok i dah sampai destination.  Haha mula la i dapat DM la whatsapp la, pergi tak ajak, pergi tak bagitau and so on. See. Pening kan jadi i? Anyway, disebabkan i begitu,  So i need to read blog or get some information from d' internet lah kan. Blogger of course. So i hope i akan rajin update some good info in my blog k. keep praying for me!

3. Lebih selesa Najah / Datin?

Alhamdulillah, rata rata i pergi majoriti familiar dengan blog i. Kadang kadang tak lekang and tak hilang nama 'datin' tu. Kadang kadang my husband di Taiping pon terkejut, eh ni husband datin kan? haha. Mula mula tu dia terkejut la, lama lama dia dah biasa. Sorry guys, my husb rakyat biasa aje. No problem for me you nak panggil i apa pon Najah can, Datin also can. So kalau Datin i terus macam " oh ni mesti from my blog ni" hehe.


4. Macam mana dapat idea untuk tulis blog?

Em, tak tentu juga untuk i update. Actually kalau idea datang mesti waktu yang i takda laptop depan mata, dekat luar or drive or im doing nothing macamtu. Bila i nak tulis balik, idea tu hilang. That is why company or etc bayar blogger ni mahal sebab idea blogger ni bukan senang petik jari guys!

Macam i, dah ada semangat balik untuk blog buat masa ni. Buat masa ni lah kan. haha. So idea datang pada i based on my mood that time. Nak cari mood menulis/menaip pon penting for example, from what music i listen, how the rythm etc. Penting jugak for me untuk dapat idea buat blog. simple

Oh ya by the way, sekarang i pakai earphone Tre-White by Sudio tau. So far bila i buat kerja, blog or jalan jalan memang i happy dengan sound dia. It's bluetooth guys.  Kebetulan i menjawab tentang music, i show you how my Tre-white look like, ok.



See. Just bluetooth with my phone and i boleh dengar music yang i suka.  Penting jugak kita jaga mood kan, so i choose small and easy to carry thing everywhere like this. Tak payah i nak bergado dengan wire bersambung. Kadang kadang i cannot charge my phone kalau dengar music kan especially iphone 7+ so leceh but now tak leceh dah hehe.



I pilih Tre-white sebab nampak classy. Boleh je you order now sebab masih Merdeka promo and you can use promo code "NAJAHTUL" for discount 15%.

If you use my code now, you can get FREE Pack of 4 Coasters and FREE Delivery to Malaysia from Sudio Sweden. 

Since I pakai Tre White ni, okey lah mood i. Telinga pon tak sakit sebab sound dia smooth. I think better you try. I pernah post di Instagram, so many DM about this, so here you go I share sekali promo code. Jimat duit you kan.

5. Under Nuffnang ke?

No. I macam suka je all Nuffnang activities tapi i tak tau how to join lol.  Maklumlah, im free and easy now so can join the events might be. hehe. See how la eh.

6. Suka warna apa dan macam mana boleh berkeyakinan?

Dulu kalau follower blog mesti tahu i suka warna terang terang. Warna orang plussize takut pakai tu lah favorite i haha. Mungkin faktor warna jugak buatkan kita berani. You go try, pretty sure its work. By the way untuk umur sekarang ni, i suka mix match colors. Kalau ada warna terang, i akan masukkan warna humble macam light pastel macam tu. So, barulah blogger berwawasan bila berhadapan orang kan hahaha! jk.


7. Kalau balik Taiping, selalu lepak mana?

You go girl. Balik sana confirm i ajak husband i lepak cashier mwehehe. Food hunters lah kalau i balik utara. Makanan utara best best guys! I suka black mountain. Mesti tak tahu macam mana black mountain kan?


(Tre White - Sudio )
Terliur bukan? haha toksahlah tengok waktu tengah panas mengelit. Confirm dahaga. Datang lah Taiping and rasa!

Okey guys. Saja share how happy am I with your support. Nanti kita update lagi insyaAllah ya! byebye!

Follow me Instagram : Najahtul

sponsored by: Sudio Sweden
Sudio TRE earphones boast 9 hours+ battery life, sweat-proof and has custom wing-tips for most secure fit without it falling out while you are running and doing other daily routine activities. Tre earphone also offers Siri voice control, mic clarity, and full sound transparency in order for you to be able to listen to your favorite tunes without losing touch of your surroundings. #sudio #sudiosweden #sudiomoments

OSAKA Part 1 : ( KIX - Shin-Imamiya )

$
0
0
DAY 1 : KANSAI AIRPORT - SHIN-IMAMIYA (Ebisucho)

Yeay, Tokyo pon dah selesai so sekarang nak share tentang Osaka pulak.  Japan ni banyak tempat menarik tu sebab kami datang lagi hehe. Okey, perjalanan kami dari KL dalam 6 jam setengah ke Osaka (Kansai) daaaan kalini datang dengan ibu dan abah! Thank you Abah for the gifts this year!




Kami menginap di Shin-Imamiya. Mungkin boleh dijadikan perkampungan orang Malaysia di sana.  Kami tidak menggunakan tour guide cuma menggunakan pengalaman yang lepas di Tokyo iaitu apps "Japan Travel ". Selain itu, untuk penginapan, kami memilih "AirBnB" untuk harga lebih jimat dan tempat yang strategik. Untuk access card,saya memilih “Icoca IC Card” sepanjang 8 hari 7 malam (reload RM 650 itu pon berbaki) disitu dan dibeli melalui apps "Klook" di Malaysia. Setibanya di KIX, saya  redeem di kaunter Klook (HIS counter 1/F) area Northern Exit di balai ketibaan. Buka jam 8.30 pagi-10.00 malam. 


Okey, Saya share train direction dari KIX ke Shin-imammiya:


Kansai International Airport (Nankai Airport Line (platform 1 / 2 to Namba) - Shinimamiya 



So, dari KIX kami naik train yang sama tanpa tukar. Alhamdulillah sampai lah kami di Shin-Imamiya anak beranak hehe. Untuk ke penginapan kami di Ebisucho, kami perlu naik train dari Shin-imamiya station ke Ebisucho ( 1 station sahaja) :

Shin-Imamiya (berjalan dalam 4 minit) - Dobutsuen-mae [K19] (exit 6 & ambil train ke arah Kitasenri) - Ebisucho [K18]

Ebisucho


Sejuk sangat waktu ni. Nak snap gambar parents pon menggigil hewhe.. Oh ya, kami datang early March so masih ada saki baki winter. Belum cerita part ada turun baby snow lagi atas kepala. haha nanti kita cerita ok. Rezeki sungguh Alhamdulillah tak sangka Ebisucho tu dekat dengan tempat best. Belakang ibu abah saya ni, Tsutenkaku. Actually, depan rumah kami jer, haha.

Guna apps google map, walk mode & search alamat rumah, dah sampai. Simple kan. So sampai lah penginapan kami untuk 7 hari 6 malam di Ebisucho :') AirBnB ni memang sangat membantu actually. Rezeki jugak dapat owner rumah yang baik. Kalau you guys tengok gambar atas ni, inilah set yang diberikan oleh owner rumah dalam Airbnb. Ada complete instructions (portable wifi, heater, kitchen, washing machine and toiletries etc)



Gambar di atas ni pulak, stock makanan dari beg parents. Belum keluar lagi stok makanan wady & saya hehe. 


Oh ya, saya ada beli (sabun samak Taharah). Saya gunakan untuk cuci periuk, kuali, cawan dan sudu hehe. Cara gunakan sabun samak dalam kotaknya. Baca kalau tak faham ya. Saya beli di kedai yang menjual produk islam. Kalau di Seremban, saya beli di MasBukti Gedong Lalang,Ampangan. Kalau tak jumpa, branch MasBukti ada di Seremban 2, bersebelahan bank rakyat S2. Kalau tak jumpa jugak, sempat beli diLazada hehe. Below RM10 tak silap and i hope membantu anda okey.


So petang tu kami bertiga jalan jalan beli buah-buah segar, sayur sayur dekat kedai area rumah kami tu. Tak sangka lah pulak dah masuk kawasan Tsutenkaku hehe. Meriah jugak banyak jual barang untuk pelancong and tak sedar dah malam. Ibu sorang sorang kat rumah siapkan dinner yeay!



yeay tak sabar sebenarnya nak merayau malam malam dengan suami saya. Wey, honeymoon bermula haha! Mostly kedai banyak tutup sebab dah malam kan tapi kami jenjalan amek angin sejuk. Biasalah kalau dah berdua, posing sana sini lah atas jalan yang lenggang tu.



Lepastu kami tak perasan kami dah jauh dari rumah. Leka berjalan. Kedai yang bukak pon kedai juai CD Behloo wkwkw. Laki suka la kan. Memang fanatik anime la dorang lepas tu, perempuan cecantik pulak kan. now i know thier culture so boring life wey. Kerja makan tido kerja makan tido. Thats why they need some entertainment guys. haha.

Yeay, waktu ni tak perasan dah sampai lebih kurang 5km macam tu. Leka berjalan. Tak penat mungkin sebab sejuk dan tak padat macam siang kot kan. Tak sabar nak tunggu day 2! See you part 2 ok!

Data simcard : Hello1010.my

Part 1 : KIX - Shin-Imamiya (Ebisucho)

Part 2 : Biwako Valley, Shiga

Part 3 : Tempozan Harbour Village

Part 4 : Kyoto : Fushimi Inari-Taisha - Arashiyama - Kyoto Tower

Part 5 : Universal Studio Japan (USJ)

Part 6 : Kobe - Dotonbori

OSAKA Part 2: (Biwako Valley,Shiga)

$
0
0
Day 2 : SHIGA (BIWAKO VALLEY)

Tunggu punya tunggu hari kedua, sampai jugak Alhamdulillah. Yeay ,kami satu family lepas Subuh terus breakfast dan ready untuk ke Shiga waktu ni. Preparation awal yang boleh. Bukan apa, lewat sampai nanti matahari dah naik dan ramai orang . Tak sabar nyaa hehe

Oh anyway perjalan dari Ebisucho ke Shiga lebih kurang 3 jam & banyak station untuk di fokuskan. Thats why kami peruntukkan the whole day here. (Kos return RM 150 +- ) tak termasuk tiket masuk tau.

i) Ebisucho Station (K18] - Dobutsuen-Mae [K19]
ii) Dobutsuen-Mae (ambil Metro to Umeda (osaka metro)
iii) Umeda (Osaka Metro) walk around 6-7min to Osaka Station
iv) Osaka Station (platform 8) ambil train ke Shiga
v) Shiga ( walk to bus stop)
vi) Tunggu bus datang untuk bawa you all sampai Biwako Valley tu (330Yen)


Stay di bus stop area ni, bus akan datang dari atas. Memang kerja bus ni ambil hantar ambil hantar haha. Lepas tu, tolong tengok culture driver bus di Jepun ni. Serious, patut kena contohi & Keluar bus ikut pintu depan tau, masuk ikut belakang.



Yeay, snow time here together with my love, my bestfriend! Sayang Abah, taktau lah kalau Abah takda one day, macam mana hidup saya. Okey sebelum ke entrance, beli tiket masuk dulu ok! Toksah risau, counter staff boleh cakap english well :')




Ticket ni untuk 4 orang 10,000Yen (RM 100 +-) seorang. Saya ambil normal package sahaja untuk pegang salji. 



Yeay, sampai pon cable car yang nak bawak kami naik sampai atas! Gambar atas ni tak jumpa pulak dalam simpanan, tapi ini lah yang kami naik untuk keatas :D



Anyway, nampak tak belakang kami anak beranak tu? Cepat lah sampai, tinggi sangat. Lepastu nak pegang je rasa salji salji tu.

Guys, (gloves,thick socks,shade sunglasses) jangan lupa bawak okey. Penting ni, tak payah bazir nak beli dekat situ. Mahai gila. 



Yeas yeas yeaaas! Finally. Taknak turun. Nak stay boleh? Cantiknya kuasa Allah. Besar , luasnya! Padahal waktu ni saya dengar mak ayah saya laung nama saya suruh cepat sikit haha.



My FIRST time guys! Happy syukur Alhamdulillah. Macam ni lah salji rupanya. Beza betui dengan yang dok ketuk nak minum kat rumah tu HAHA. Abah and Ibu paling happy sekali. I macam , serious lah dapat datang my dream one dengan my parents and husband. Syukur.
Abah paling paling palinggg happy dapat pegang salji. You know what, still abah rasa macam mimpi. Just because itu salji, abah rasa macam betui ka? haha.
Ibu? Ibu pon macam abah lah apa lagi. Bawak abah naik tempat tinggi, i tot my parents dah give up tahan sejuk rupanya naik lagi paling atas. I dengan wady main baling baling salji and tengok orang pro main ski. Best!  Waktu ni suhu -2c guys. Can you imagine that? Dengan angin kuat gila, beku kering pecah bibir haha.


Actually, gloves i tertinggal . Keluar awal, benda penting jugak tertinggal so atas tu kan sejuk gila, tukar tukar dengan wady pakai sebelah sebelah. Then, tuka outer tetiberr. Thats why you tgk gambar i baju lelain laki bini haha! Sejuk ko paham tak perasaan masa tu haha.
See, cantik kan ? Still cold. Tak tahan sebenarnya tapi lama lama dah biasa. So kat sini cantik cuaca. Tak plan pon salji dia fresh macam ni, sekali luar jangka. March kan, takleh nak expect tinggi sangat. Winter pon dah nak hujung. Tapi, rezeki Allah sapa kita nak menidakkan , kan?


Baring kejap, sauna salji hehehe.


Boomerang.


Actually waktu kami datang sini, memang sedang ada tournament. So, ramai lah tertumpu dekat area abah pandang tu. Terror lah dorang main, like a pro.



"aku taktau kenapa hidup aku huru hara macam ni" Kami leka betui kat sini. Sampai tak perasan dah tengah hari. Actually ada cafe kat sini. Kami bawak bekal dari rumah, so kami makan. Lepas jugak makan dalam cafe ni tapi pandai pandai lah hehe. Lepas makan, kami sambung semula main salji.




Lempar snow ni kat wady, sekali ternampak area bahaya. Sini bahaya sebab snow kat sini sensitive. 

Salah pijak, boleh step ke bawah, gaung salji wey.  Ni pon amek gambar takut takut, jangan lah runtuh. 



Merah padam muka. Kuat jugak salji ni punya kesan. Kasut boleh terhakis warna haha. Okeylah salji pon nak cair, so kami pon nk beredar. Letih dah semua tapi best gila. Berat nak balik tapi kena jugak balik.



Cantiknya view dari atas dan ini kenangan waktu turun ke dataran ;)




Sampai dataran, macam macam port cantik ada. Sementara tunggu bus kan. So hajatnya kami anak beranak take turn ambil gambar berlatar belakangkan laut, pokok, sungai pulak haha. So bus pon datang dah.  Tak sempat pon! haha.

Oh ya, kalau you guys plan nak kesini, fokus kan the whole day. Macam keadaan kami, rumah kami jauh so memang memerlukan masa yang lebih. Itu pon tak puas main salji but happy to the max for the rezeki. Okey guys, balik macam datang tadi,simple. See you part 3 ok!


Part 1 : KIX - Shin-Imamiya (Ebisucho)

Part 2 : Biwako Valley, Shiga

Part 3 : Tempozan Harbour Village

Part 4 : Kyoto : Fushimi Inari-Taisha - Arashiyama - Kyoto Tower

Part 5 : Universal Studio Japan (USJ)

Part 6 : Kobe - Dotonbori







OSAKA Part 3 : ( Tempozan Harbor Village )

$
0
0
DAY 3 : TEMPOZAN HARBOR VILLAGE



Hari ketiga ni kami ke tempat dekat dekat aje. Sebab semalam dah pergi tempat jauhkan.  So kalini bawak parents, nak pergi tempat kena susun betul betul. Kita nak enjoy taknak letih letih kan :') Perjalanan kami dari rumah ke Tempozan dalam 30 minit,  (280Yen) : RM 10 +- macam tu.



Shin-imamiya- Ebisucho [K18] (stop di Sakaisujihonmachi [K15] ;
Sakaisujihonmachi (Platform 2 train to Cosmosquare tapi stop di Osakako; 
Osakako (Exit 2) walk around 10minutes to Tempozan :')

Kaiyukan



Yes, sampai jugak akhirnya di Kaiyukan. Kaiyukan adalah aquarium terbesar di Osaka. Area Tempozan ni pon memadai untuk 1 day trip. 

Untuk anak anak, parents macam i sangat boleh lah bawak jalan sini Tempozan ni. Ok actually tiket ni i beli siap siap di Klook. So i print from Malaysia dan tak payah beratur panjang dekat situ. Panjang wey, awat depa tak guna klook jaa weh. haha.

Masuk masuk saja penuh alam ikan. Dah macam duduk dengan ikan. Hidup dalam air. blurrp blurrp blurrp. But why gambar serangga belakang tu? ikan mana ikan? i need ikan more.






Best gila! Selain dua tempat ni, ada Ferris wheel & shopping mall jugak area situ. Enjoy your day kat situ pon okey :')



Waktu ni i tak perasan i sebut Boomerang. Hahaha. Husband i sebok jer. Buat buat tak dengar dah la :p Memerang .

Dolphin! Guys, actually mula mula sampai, i ingat 2 layer je rupanya dari bawah ke atas tinggi sebenarnya. Apa yang i tengok tu, dari atas rupanya. So i proceed untuk turun tengok lebih dekat goshh!



APA yang i dah lakukan seyy padahal belakang i ramai gila orang nak tengok jugak hahaha. I love aquarium guys. Kalau kat KLCC tu, banyak kali i datang sana masa dulu dulu. Suka tengok ikan.

Syok la kan bergambar dalam ni, dah la gelap so kalih belakang jelah. Depan gelap belakang gelap. Penat saja pakai cecantik nak OOTD dalam aquarium ahaha!



Puas dah pusing pusing dalam ni. Comel comel bear dalam tu, so kami beli lah buah tangan :') entah, kan i cakap i suka bebenda comei ni.

Okey i share dengan anda apa yang ada di Tempozan ni. Nak ikutkan, i di Osaka Aquarium Kaiyukan. So lepas puas jalan jalan di situ, i ke Santa Maria santa cruise so pusing dalam kesejukan lah kami atas laut. 

Cruise, Santa Maria




Actually, you guys kalau nk beli tiket di Tempozan ni online, beli lah one set. so nanti show pass je boleh masuk semua. Silap i lah kan sebab tak paham, so beli satu satu. Macam sikit rugi la aneyyy amma!




Naik Santa Maria ni lagi best dari Aquarium tu sebenarnya haha. Open air and dalam gambar, lighting on point ngam ngam jepun kulit jadi nya haha.

Ada bahagian atas tapi takboleh naik, sebab tempat atas sekali untuk crew. Atas di bahagian belakang kami boleh naik :') so jangan lupa ambil semua port atas cruise ni tau!


Waktu winter ni, kena pakai baju tebal. Actually, atas air kan lagi lah sejuk. Nasib baik ibu bawak gloves. Ya Allah, tetiba rindu. 
Bawak ibu abah, paling seronok sekali. Bahagia nyawa tengok mak ayah kita happy. Abah suka outdoor. Macam naik santa ni, abah memang suka. Ibu memang explore atas cruise ni. Macam i, tak habis habis posing sana sini. Lepastu, ibu abah wady ceritakan itu ini hehe.
#akujurugambarseumurhidupmu ni lah banyak bantu hehe. Thank youuuu! Okey, jom kita proceed Tempozan Ferris Wheel :)

Tempozan Ferris Wheel



Mula mula taknak naik, tapi fikir Jepun mesti lah quality kan haha. Tiba tiba rasa paranoid gila waktu tu. Best guys! Kalau you all nak travel di Osaka you guys kena search tempat menarik tau. Jangan bazir masa & duit. Explore!



I uruskan ticket, so ibu abah bergambar dekat sini, lawanya! makin gelap makin cantik sebenarnya. 


Kami siap siap solat dulu, baru kami ke sini. Bestnya! Actually tempat solat dalam mall. Counter untuk masuk tempat solat di area santa maria. Kaunter informasi. So , isi borang dan boleh proceed solat dalam mall. Perfect. Okey harga ferris wheel ni 800Yen seorang. 

Dekat atas ni, tak dapat nak share gambar sebab waktu ni i sebok buat LIVE IG haha. Aduhai, no picture at all kat atas ni. Tapi overall, best.



Yeay time ni nak gerak balik dah. See, kat sini je satu hari jugak! hehe. Ramai kan? Rumah belakang ni cantik. Tapi sebab ramai amek gambar, kami stay sini ajelah. hehe.



Kami pon shopping sikit dan gerak balik :') Tapi sebelum balik tu, lama jugak kami stay sebab abah rakam ferris wheel waktu malam. Cantik guys! sumpah tak tipu! Okey , gerak balik pon you boleh ikut i datang tadi but just return, ok! yeay rehat untuk esok pulak. See you Part 4 ok!

Overplus Shirt : Losravelda 



Part 1 : KIX - Shin-Imamiya (Ebisucho)

Part 2 : Biwako Valley, Shiga

Part 3 : Tempozan Harbour Village

Part 4 : Kyoto : Fushimi Inari-Taisha - Arashiyama - Kyoto Tower

Part 5 : Universal Studio Japan (USJ)

Part 6 : Kobe - Dotonbori

OSAKA Part 4 : (Kyoto : Fushimi Inari-Taisha - Arashiyama - Kyoto Tower)

$
0
0
DAY 4: FUSHIMI INARI-TAISHA - ARASHIYAMA - KYOTO TOWER)

Kyoto, sebuah bandar di pulau Honshu. Ia terkenal dengan pelbagai kuil Buddha klasik, serta taman-taman, istana-istana imperium, kuil Shinto dan rumah kayu tradisional. Ia juga dikenali untuk tradisi formal seperti kaiseki makan, terdiri daripada pelbagai kursus hidangan tepat, dan geisha, penghibur wanita sering dijumpai di daerah Gion. giteww!

Fushimi-Inari



Perjalanan Shin-imamiya ke Kyoto , Fushimi-Inari mengambil masa lebih kurang 1jam suku macam tu. Tambang dalam 580Yen. Kebetulan 1 station saja buat pertukaran. Jimat sikit masa. 

Shin-Imamiya [019] (JR Osaka Loop Line ke Tennoji tapi stop di Kyobashi [08])
Kyobashi (Osaka) - Fushimi Inari station

Anda mesti tertanya-tanya ada ada di Inari ni? Actually tempat ni tradisional. So, memang famous lah di Kyoto. Perkampungan macam tu. So orang dulu dulu rajin siapkan gates. Beratus ratus gates tau tak. kagum kan?

I ingatkan senang lah nak bergambar kat sini, bukan main ramai manusiaaaa! So terpaksa lah stay dekat situ lama gila tunggu orang lengang, tapi still ada haha! Nasib baik bab bab bergambar ni suami i tak baran.

Actually kami datang hari sabtu, so memang ngam lah ramainya hehe. Happy lah kami sebab dapat bergambar kat sini. Ibu dan abah rehat kat bawah sebab macam macam di situ. Kami naik atas :)



Dari station inari tu, you guys jangan risau, menapak 2 minit saja ke entrance tapi nak ke beratus gate ni, normal lah mendaki sikit saja :')



Perkampungan dia cantik sangat. Dah jadi tempat pelancongan :') Alhamdulillah dapat jugak tengok perkampungan di Jepun. So boleh datang Kyoto di Osaka. 

Mengenangkan banyak non-halal aje. Kalau Halal, lama dah beli kat sini. You all kalau masuk sini jangan time lapar, memang zone jual foods kat sini menduga betul kalau lapar. i nyaris nyaris actually haha. Nasib baik tanya, oh tak halal huhuhu. 


Kami ke entrance untuk pick-up abah dan ibu :') Abah dan ibu makan bekalan dari rumah so kami pon join makan lunch terus hehe. best!



So kami pon balik ke station untuk proceed ke Arashiyama pulak. Di station Inari kami macam tengah tunggu train datang untuk ke Arashiyama, nampak la satu group pakai kimono, comei betui ibu tegur so kami pon ambil la gambar kenangan hehe. cute!

Arashiyama

Dari Inari ke Arashiyama lebih kurang 45 minit. Setibanya kami di Arashiyama, kami berbelah bagi nak jalan ke tak sebab bawak parents kan. Dari station , jalan kaki untuk ke buluh tu. So kami decide boleh la, pergi saja kalau tak rugi sebab alang alang dah sampai.



Abah tak larat so kami decide ikut cakap abah untuk naik taxi. Kalau kami dua, insyaAllah larat la kan tapi parents ada, better naik cab. Dalam RM 30lbh macam tu je. sampai lah kami di Arashiyama yeay!

Nak naik, tapi tunggu turn nak naik macam lama sebab majoriti ramai naik ni. Mahal jugak i pon lupa. So kami jalan jalan saja . Ibu dan abah saja pusing pusing naik ni hehe. syok !



Di sini pon terkenal dengan budaya tradisional. Sejuk mata memandang. Rata rata memang sangat bertenaga. Contohnya, trishaw ni..



Just tarik guna diri sendiri kot. Patut la susah i nak nampak yang badan macam i haha! 

Abah share moment dengan family di Malaysia . Hilangkan letih hehe. Actually seronok sebab situ ada jual jual jugak.

Memang kalau dekat sini, mostly pokok buluh. Penuh satu taman. Lepas tu kami pun puas pusing. Besar guys! 



Yes takda orang! hehe. So macam ini la di Arashiyama . Penuh dengan kehijauan!



Kami disini dalam 3 jam jugak macam tu. Then kami pon gerak ke station naik taxi jugak sebab kami nk ke Kyoto Tower pulak. Waktu malam kan cantik nak tengok the whole Kyoto dari atas hehe.
Area keretapi ni jangan sesekali ambil gambar tau. Tak pasal pasal kena sapu dengan train nanti. 



Okey jom ke Kyoto Tower!


Kyoto Tower

Untuk ke Kyoto Tower ni, betul betul stop di Kyoto station dan anda boleh jalan kaki . Dekat saja. I beli tiket dari Klook, so just scan di kaunter boleh masuk hehe. 

Anyway kami stop solat dulu. Alang alang kaunter sebelah surau, kami solat dulu sebab lagi sejam nak masuk maghrib waktu tu.



Yeay, abah happy sebab dapat jugak naik Kyoto Tower ni. Dari rumah nak naik , Syukur sampai hajat hehe. Tengok guys, tinggi tak tinggi haha.


Waktu ni, stay dekat sini untuk bergambar cemasnya lah. Orang turun so bergoyang goyang. Tapi sebab nak gambar jugak, gigih! Lepastu, datang tiga orang ni hehe.



Haha.. finally! lepas ambil gambar berempat, kami cepat cepat naik wkwkw. Dah lah paling tepi kan, mana tak risau ekekeke. 

Kami stay nak dekat jam 9 malam dalam ni, sampai puas. Memang puas sebab kami layan animation dalam ni. Best! Anime dia music memang syahdu and yes, i miss Kyoto a lot.



Makin lewat, makin ramai sebab nak tengok keindahan the whole Kyoto. Besar bandar dorang. 

Kat situ, tersedia teropong, so teropong lah ikut screen di sebelah :') Lama jugak dah dalam ni, semua kami dah explore without tercicir. 


Hehe, kami pon nak balik rumah nak rehat. Letih satu hari berjalan. bye Kyoto.. See you guys Part 5 ok!


Part 1 : KIX - Shin-Imamiya (Ebisucho)

Part 2 : Biwako Valley, Shiga

Part 3 : Tempozan Harbour Village

Part 4 : Kyoto : Fushimi Inari-Taisha - Arashiyama - Kyoto Tower

Part 5 : Universal Studio Japan (USJ)

Part 6 : Kobe - Dotonbori



OSAKA Part 5 : (Universal Studio Japan)

$
0
0
DAY 5 : UNIVERSAL STUDIO JAPAN - SHINSAIBASHI



Perjalanan selama 30 minit sahaja dari Shinimamiya ke Universal Studio Japan (USJ). Actually, tak syok nak kongsi sebab kami tak dapat masuk dalam. Hujan yang sangat lebat dan ia adalah rahmat. Actually station ni paling mudah sekali hehe. Mudah mudah pon, kami terlepas sebab laki bini berbual :') Oh ya,180Yen.

JR (shinimamiya - Nishijuko)
JR (Nishijuko - USJ) and walk around 4 minutes



Yeay, apa agak agak anda nak buat kalau di tempat kami? haha. Ibu abah tak follow this trip sebab this trip untuk budak budak macam i LOL. Mesti bahagia sangat parents i stay at home and shopping bawah area rumah tu :')



Waktu ni kan, actually kami dah give up tau haha. Nak balik ada, nak jalan tempat lain pon ada. Tapi husband i pandai pujuk i , "takyah balik lah, jom kita ambil gambar dalam hujan" i pon, okey cool jom!



Whatsapp ibu, " hujannn.. nak buat apa dalam hujan? any idea? then abah reply " enjoy lah.." haha.



Lalu dekat sini tak bosan, ada tempat shopping LOL. Semua toys Japan . Cute cute.

Sampai jugakk!  yeay! eh, macam berjanji kan nak pose sesama dalam hujan? haha. I suka gambar ni. Unexpected actually. Ini pon i dah happy kan i :D 



Lepastu, dorang tinggalkan i weyy. "better you leave the queen guys" this is mineeee :p Alah, apa ni sorang sorang, partner i mana?



Ehh, yeay ada! Jumpa dah partner kesayangan i hehe. Actually dari rumah memang dah hujan, suami i pon memang suruh fikir betul betul nak ke USJ jugak ke? I pon blur. Telan mati mak, luah mati bapak betui ka? I tot macam Malaysia, sini hujan sana tak hujan so suami i layankan aje bendul i 360 darjah ni hahahaha.


Wey, tengoklah kami ja kot kat situ. Minion lidi bergerak tu pon taktau nak tolong macam mana dah kami ni hehehe



Duduk lah kejap. Termenung mana pergi kad access i yang dalam tu ada baki RM 480 lagi weyyy. CICIR. Dok syok sangat sana sini cicir kad access. Panik toksah cakap lah, satu kawasan tu husband pergi carik. JUMPA GUYS! actually jatuh tempat kami ambil gambar kat globe tu but takda sapa kesah pon. Padahal area tu ramai jugak. Rakyat yang jujur kan? Kat Tokyo hilang spec, sini hilang kad. gila teruk.


Lepastu husband i stress. Ni tengah stress la ni dengan i. HAHAHA. Lompat lah sayang, dok kutuk kita tak reti lompat. Kejap.


Jadilah, walaupun sejengkal :p Weyy, waktu ni husband i proud gila. Dia kata 28 tahun baru boleh lompat. Banyak cantik muka, i siap main lompat tikus kot hahahaha.  

So sebelum i baran, i stop lah dekat USJ ni. Roller coaster pon tak berjalan, baik kami jalankan diri kami keluar dari sini hahaha. 

So kami habiskan beli barang dalam ni. Osaka punya Hard Rock barang not bad. So rugi tak beli :') Janji hati tak sakit tak dapat main haha. Kebetulan ada sales waktu tu, kami pon beli barang2 ole2 untuk family. My friends i beli tepi jalan je jangan nk over. HAHA.

Shinsaibashi

Actually kan, i lupa sebelum i datang sini, i dan husband singgah beli barang husband tapi taktau dekat area mana . Nanti you google lah kalau you guys minat. sorry tau. 



Haa, this one.  Yang ini memang area Shinsaibashi. Tempat shopping panjang gila. Sini lah kami beli Anello bag, kasut, baju etc. Oh kat sini jugak i jumpa something cute for my friends hehe. Husband i jenis tak berapa nak membeli tapi dekat sini i nampak FILA etc, tapi takda sizeeeeeeee! sedih gila. Husband i pon suka sebenarnya that brand. Tak terfikir nak beli kasut FILA sebab, tengok sekarang kasut FILA tu macam tengah in kan.

Hujan, sejuk semua ada. Best lah area ni. My parents dah sampai rupanya tu sebab tak nak kirim apa apa. Kirim bag ajer haha.



Dua kali kami datang sini beli kasut. Sebab seller dia best gila. Wady suka lah haha. Kat Osaka ni memang banyak kasut kami borong sebab murah gila brand "made in japan" so sini murah. jangan lupa beli k. Okey, so kami nak balik dah. Nak jumpa parents yeay! haha. See you Part 6 k.

Black blouse : Hijriahome

Part 1 : KIX - Shin-Imamiya (Ebisucho)

Part 2 : Biwako Valley, Shiga

Part 3 : Tempozan Harbour Village

Part 4 : Kyoto : Fushimi Inari-Taisha - Arashiyama - Kyoto Tower

Part 5 : Universal Studio Japan (USJ)

Part 6 : Kobe - Dotonbori



OSAKA Part 6 : (Kobe)

$
0
0
DAY 6 : KOBE - DOTONBORI




Pagi ni kami bersiap siap nak ke Kobe. Ini hajat ibu untuk lawat masjid Kobe.  Yeay! So jom saya share untuk ke Kobe. Perjalanan dari ShinImamiya ke kobe dalam 1 jam suku macam tu. Depends lah you all berjalan and masa you ambil ok. Total masa tu tinggi sikit 710Yen. So you guys keluar pagi pagi ok!

Shin-Imamiya - Osaka Station- Sannomiya- Kobe


Okey bawak ibu pergi Masjid Kobe :') Semua excited sebab Kobe tu besar guys!



Sampai Kobe, kami ke Masjid Kobe naik taxi. Nak jalan tak larat sebab bawak parents kan ;') Anyway, kami jaga wudhu dari rumah haha. Sebab sampai sana nak terus Tahyatul Masjid.

Bersih. Tu je nak bagitau kat Kobe ni, bersih semacam ! Kalau you guys sempat, datanglah Kobe. Explore kobe.



Sampai juga di Masjid Kobe, Alhamdulillah. Cantik sangat masjid pertama dan so klasik. Bersih dan wangi. 

Actually happy sangat jumpa orang islam jepun. Dorang dah biasa terima orang Malaysia lawat kat sini.



Sayu nya waktu ni. Hope ramai menjaga masjid yang cantik ni.. Dalam ni ada tandas cangkung, macam teruja sekejap haha.

I dah macam labi labi dah atas tu hahaha. Husband pon bukan nak cakap 1,2 ,3.. ini ajelah yang cantik dimata.


Alhamdulillah sampai juga kami di Masjid Kobe :') Depan masjid ni, ada kedai runcit islam. Peniaga dari arab/pakistan. So kami beli jugak minyak etc kat sini. Kebetulan beras semua da habis kan.



See, ibu happy! Abah pon :') Kalau you guys perasan, abah paling susah nak senyum depan camera. Malu sangat haha.



Ini bahagian sisi masjid :') Masjid Kobe.



Kami gerak pusing pusing Kobe dengan taxi. Indahnya ciptaan Allah, lawa betul Kobe guys. Ada yang nak hiking, ada satu tempat yang cantik untuk hiking. Nak explain pon dah lupa namanya. google k.

Puas kami pusing pusing Kobe, so time untuk ke Dotonbori pulak guys. 



Dalam kami ke sana, stop tempat tempat yang kami rasa nak stop, Allah lupa namanya. awatlah asyik lupa ja.



Kobe berbaloi jalan jalan macam ada matahari. Lawa!

DOTONBORI

Untuk ke Dotonbori, arah memang sama ke Shin-Imamiya. 1jam 10 minit jugak lebih kurang. So, you guys boleh return kalau you guys stay sama tempat macam kami.
Train ni vintage . Cantik dalam dia. Walaupun lama, tapi bersih dan wangi. Suka kalau banyak kali naik train ni. Di kobe.

Jalan punya jalan, sampai pon di Dotonburi. hehe. Ouh, ini lah tempat famous tu and day 1 rupanya kami dah jejak kaki kat sini malam tu. Tak sangka lah pulak dekat je dengan Shin-Imamiya hahaha.


Glico! Waktu ni, ramainya manusia dekat situ. Macam mana orang boleh dapat tangkap gambar takda orang lalu lalang wey? grrrrm.



River. Tak sejuk ke orang naik boat tour sekeliling masa tu? Kami plan nak naik, tapi sejuk amat time ni. Tengok sajalah. Dah la ramai haha.
Waktu ni kami stop makan, lepastu husband i tiba tiba dekat belakang dah, i pon ketawa la. Excused me k :D Hehe lepas tu kami jalan street dekat situ and shopping la kan sebab esok nak balik Malaysia dah :') Anyway seharian waktu ni, seronok sangat! tak penat sebab dapat shopping macam macam habiskan duit Yen ihiks.

Okey guys! Untuk 7 Days 6 nights di Osaka ni, kami sekeluarga happy sangat! Ilmu kami dapat pon dari Tok Penghulu Jack dan kawan kawan dalam Road To Japan. Dalam Facebook, you guys boleh join pada yang nak pergi Japan. I jadi silent reader aje hehe. Thank you lots guys! See ya!
 Waktu ni last day. Day 7. Sempat shopping dekat airport. Airport dia best lepastu jangan leka cuci mata pulak hehe. Ok guys! thanks a lots sudi singgah baca! see ya! 



Part 1 : KIX - Shin-Imamiya (Ebisucho)

Part 2 : Biwako Valley, Shiga

Part 3 : Tempozan Harbour Village

Part 4 : Kyoto : Fushimi Inari-Taisha - Arashiyama - Kyoto Tower

Part 5 : Universal Studio Japan (USJ)

Part 6 : Kobe - Dotonbori




SERVIS KHEMAH MAJLIS TERBAIK DI MALAYSIA

$
0
0

Anda sedang mencari khemah untuk company atau majlis anda?

Saya nak share satu trusted seller/rental yang boleh memenuhi kehendak anda.  Saya faham ramai yang risau takut ditipu dan sebagainya.  Based on my experience, so far Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

Macam macam jenis khemah ada so saya pilih mengikut budget.  Sesetengah seller/rental mahal dan stay on the price kan, but this one boleh negotiate. Why you tak pilih dengan bijak kan? Untuk majlis nikah saya tahun 2015, saya memilih khemah lutsinar di Seremban.  

Khemah lutsinar itu saya seperti ini :



Wah masa tu kebetulan tengah "IN" sangat kan. HAHA. Kebetulan lepas doa selamat ada berlangsung majlis doa selamat sekali. Malam, so cantik lah kan. 



So terpulanglah you guys nak pilih yang lutsinar ke, nak pilih bertutup ke, arabian ke, normal ke its up to you ok!



So here i share contact number for you to call and ask inquiry ok. Insyallah, they will give you the best anything khemah you want. Click this link for details

So tunggu apa lagi? klik link dan tanyalah megikut pakej anda!

Oh ya, sila nyatakan negeri anda ya jangan lupa!

byebye!



DEQYOUNG STATION, SENAWANG (IKS NEGERI SEMBILAN)

$
0
0

Assalamulaikum,
Hai semua orang . I hope you guys sihat sesihatnya lah hendaknya!


Entry ni special sikit sebab kali ini saya betul betul nak kongsikan pengalaman saya mencari produk makanan Negeri Sembilan yang pure di Seremban ni sejak tahun 1990. Come on! Lama dah duduk Seremban tapi tak tahu mana nak cari kedai yang serba lengkap menjual produk makanan asli Negeri Sembilan huhu.



Seharian saya dan ibu pusing di bandar Seremban. Guys, you know what, tak jumpa.  Saya dah give up  sebab saya pulak urgent sebenarnya.  Saya ada jumpa satu kedai ni, tapi tiada pilihan. Yang ada pon kebanyakannya  produk yang bukan dari Negeri Sembilan.



Sampai satu masa tu, tiba tiba saya tergerak hati untuk cari di area Senawang.  Dengan harapan yang sipi sipi tu saya pon pergi lah. Alhamdulillah, jumpa jugak akhirnya! DeqYoung Station ini berhampiran dengan Sate Hj Samuri seperti dalam gambar.



Jadi, sebab saya happy dan ingin memudahkan pembaca saya, harini saya nak kongsikan kedai yang sangat membantu saya dan  kita semua hahaDeqYoung Station.




Pada sesiapa yang duduk di Negeri Sembilan, toksah pening sebab di area Senawang memang ada kedai yang jual pure produk IKS dan makanan dari Negeri Sembilan. Actually DeqYoung Station ni  jual kudapan kudapan contoh macam kacang, keropok, kerepek dan adik beradik.  Masa saya pergi sana, macam macam saya nampak dan sangat bagus untuk anda yang nak buat majlis perkahwinan, aqiqah, syarikat dan lain lain kan, so buatlah tempahan di situ as your "doorgifts". Lagi pon Deqyoung ni ada kilang, so boleh lah anda semua nak beli bundle. Harga pon confirm lebih murah.



Saya cari dodol waktu tu, Alhamdulillah ada jugak Negeri Sembilan punya dodol. Negeri Sembilan home made tau. Actually nak cari untuk goodies so rezeki saya jumpa jugak dodol kat Deqyoung Senawang ni. Bukan takat happy, tapi puas hati sebab packaging dodol kemas sangat dan tak lebih pon dari budget saya. Dodol dia sumpah sedap ! Actually DeqYoung boleh follow as berapa budget kita nak, jangan risau :') Macam saya bajet memang nak RM5 jadi sesuailah untuk 4 biji dodol  as my door gifts.



Jalan jalan dalam tu, saya ternampak lah macam macam kacang dan kerepek. Try la satu kan, sedap pulak! heeDeqYoung keluarkan tiga perisa untuk kacang salut ni. Pure tau! Ada pedas, madu dan istimewa. Saya beli banyak kali dari pack kecil sampai ke besar sebab kudapan kan. Hari hari boleh makan.  Kebetulan ada SALE, tiga (3) pack kecil RM10 sahaja so apa lah rugi beli satu hehe. Spicy tu packaging dia macam ni:




Pack ni size yang kecil. Kalau family you guys besar, tak jauh beza pon harga boleh beli pack yang besar.  Family saya suka semua perisa tapi pada saya, saya suka yang spicy! (paling laju terjual di Halal Festival) haha. Almaklumlah, pedas kan baru Negeri Sembilan hehe padahal yang lain tu not bad lah jugak, sedap.  Okeylah saya tunjuk anda satu per satu ok!


Kacang Salut Madu. sedap hehe.
(packaging baru so nampak classy sikit)

Kacang Salut Istimewa. Sedap jugak haha!

Saya kan travel, so hilang mengantok makan lah kudapan yang saya beli dari Deqyoung ni kan. Haritu saya ada share dalam "InstaStory" so ramai pulak follower yang tanya. Tak larat nak balas satu satu, so anda boleh lah beli lepas baca blog saya tau.  Anyway, nak order thru pos pon boleh. 



Oh ya, saya try jugak kerepek nangka madu ni, sedap weyyy!  Tak hilang rasa nangka tapi version ni, nangka yang rangup and yes sedap. Try lah.



Saya ada tanya pada owner, owner maklumkan pada saya,  apa jua tempahan insyaAllah boleh. Actually tempahan tu boleh order awal, atau kalau dah habis di station HQ Deqyoung, kilang mereka akan buat syaratnya order perlu awal 5 hari atau call saja DeqYoung. Kan senang. Saya lah paling happy sebab dah tak risau order je kalau ada apa apa event, macam kenduri atau majlis keramaian kan. Nak jadikan hadiah pon boleh oh ya, hamper. 

Saya ada ambil sample hamper RM100-RM150 untuk share dengan anda semua, mana tau kot anda semua berminat dan tak ada banyak masa, ye tak. DeqYoung ni pon ada jual hamper dengan kos antara RM20 - RM100 tau. Bawah ni, hamper RM20 pulak. cantik kan?




Saya macam teruja dekat situ sebab wow siap hamperKalau anda ada plan nak buat family day/bersara/hadiah atau cenderamata untuk lawatan luar negara boleh lah digunakan kan? Lagipun pada saya, dah kira murah dah ni. 

Selain itu, ada juga jualan sampingan yang murah jugak seperti :


Choc Chips
Vanilla Crunchy
Banana Choc
Butterscotch cookies
Choc Almond



 Lepas tu saya ternampak "Koperasi Usahawan". Memang saya tak risau lah sebab DeqYoung ni jv dengan SKM dan badan badan pertanian. Produk IKS. Bagus nya!  Jalan punya jalan kebelakang, saya nampak favorite saya! yeayyy acar buah dan roti rangup manis!


Acar buah DeqYoung

Roti Rangup Manis DeqYoung

Dalam pada tu, kalau anda teringin nak kekunyah kerepek, ada jugak kerepek pisang dijual. So anda boleh datang dan tengok. Sabtu Ahad, takda buat apa jom lah datang sini. Beli kudap kudap untuk keluarga kan.


Okey so saya senaraikan apa yang saya tahu dan antara produk yang dijual di DeqYoung Station ni ya:

****
Pes kari ayam
Pes masak merah
Pes lemak cili api
Pes masak merah
Tart nenas
Instant bihun cup sup
Instant white curry mee cup
Kerepek bawang mini
Kacang pedas 100g/400g
Kacang asli 100g/400g
Kacang madu 100g/400g
Maruku
Jackfruit
Dodol
Acar buah warisan
Biskut bulat
Cravia cheese
Minys cheese
Irfan susu kambing extra
Red coffee
Teh tarik halia
Creamy tea
Hi-Goat
Gula Enau
Rendang Maman
dll
****

Yeas! ini antara yang dijual dan anda boleh dapatkan selain produk ini cuma perlu call DeqYoung tau! Mana tau, DeqYoung boleh buatkan untuk anda produk tradisi Negeri Sembilan kan. 




Anda boleh dapatkan produk seperti di atas di TESCO, GIANT, MYDIN & AEON BIG. Kalau anda nak tahu, DeqYoung ni famous tau, actually saya pon pernah dengar nama kedai ni dekat tv dan artis pon dah jadikan kudapan dari mereka ni favorite dorang.  Deqyoung bukakan ruang pada sesiapa yang ingin menjadi agent. Boleh lah tambah duit poket anda semua kan. By the way, DeqYoung kerap jugak buka booth bila ada festival di Malaysia ni, so kalau anda nak dapatkan maklumat dan ingin tahu bila, dimana dll, saya nak anda semua follow:

Instagram 

Alamat kedai di : 

104-G, Senawang Commercial Park, 
70450 Seremban, 
Negeri Sembilan Darul Khusus

Whatsapp:



So, thank you semua. Harap dapat kongsikan info yang baik ini kepada semua. Mana lah tahu kan, ada yang nk buat majlis, mengidam dan lain lain boleh lah datang DeqYoung Station di Senawang dan boleh whatsapp details yang saya kongsikan di atas!

Oh sebelum terlupa, 26-28 Oktober 2018 (Jumaat-Ahad), DeqYoung Station akan buka booth di Mydin Seremban 2. Jangan lupa datang tau! SALES yang seronok tu :') dapatlah bawak balik kudapan, dan lain lain :')


Byebye!

MINUMAN KOLAGEN BERI SAFI (MY BFF KECANTIKAN) #SAFIFAIRBEAUTY!

$
0
0
Hi semua orang! haha.

Lamanya Najah tak join event :') Dia punya happy, macam balik ke zaman shawl kelip riben warna warni mhehee pulak tu, about kecantikan! Anyway, first of all thank you SAFI Malaysia sudi memilih Najah sebagai KOL untuk produk terbaru keluaran SAFI.


Girls, excited bila SAFI Malaysia berjaya mengeluarkan produk terbaru iaitu Safi Kolagen. Yes, first eva! By the way kita semua tahu kan, SAFI keluarkan produk macam serum, moisturiser, pencuci muka dan adik beradik dan sekarang happy lah bila SAFI dah keluarkan minuman kolagen yeay! Tak perlu risau, untuk kulit Najah yang semua maklum, salah satu produk wajah Najah adalah SAFI that's why SAFI love me. HAHA jk jk!


Alhamdulillah, minuman kolagen Safi dah pun rasmi dijual :') So you girls boleh beli tau. Anyway, "SAFI Fair Beauty" ni boleh buatkan regimen kecantikan kita lebih efektif tau.  Safi kolagen ni bagus untuk Najah sebab penuh dengan nutrisi premium sesuai lah untuk Najah jaga kesihatan dalam dan luar. 

Kulit nampak beza sepanjang seminggu Najah amalkan. Sebelum Najah buat review untuk produk ni, yes honestly Najah minum, Alhamdulillah #recommended. 


Bangun pagi, muka Najah tiada effect negative dan tak ada gatal. Kalau dua ni tak berlaku since Najah cuba, so berani lah najah luluskan you girls beli.


Botol yang Najah pegang atas ni 450gram tau dan ada 90,000mg kolagen.  Macam Najah minum sehari memadai untuk satu sudu (15g) sebelum tidur. 



Kandungan kolagen ni special sikit sebab ramuan dia beri-beri (beri hitam, raspberi, beri biru, elderberi) kolagen ikan, vitamin c, beri acai, peptida sutera, sukralosa dan rasa dia sedap sangat! By the way ada ramuan hydrolyzed marine, bagus kan? dan tak perlu risau sebabnya tak hanyir dan tak ada bau mahupun rasa cuma rasa berry sahaja. Manis masam.  Najah setuju untuk teruskan minum sebab ada vitamin C, so elok untuk kulit Najah. Oh ya, kalau nak lagi cepat serap, pakai lah produk safi seperti serum, moisturiser dll kan. Najah share cara untuk minum ya.


Najah tahu you girls memang akan jadikan Safi Kolagen ni BFF's jugak sebab minuman kolagen ni boleh diminum dengan cara minuman panas, minuman sejuk mahupun sup.


Thank you Puan Mahsuri Sulaiman selaku Pengurus Pemasaran Safi untuk produk yang efektif untuk wanita yang obses dengan kecantikan seperti Najah hehe.


Okey botol 450g (kak ruby) pegang tu, RM 98.10 sahaja (Pengunaan sebulan). Kotak yang mempunyai 7 sachet Najah pegang itu, RM 29.60 .




Kami dah try Safi Kolagen, You girls bila? jom drag your bestfriends, cantik sama sama! Okey girls, untuk maklumat lanjut tentang Safi Kolagen, you girls gunakan #BFFSAFIKOLAGEN #SAFIKOLAGENMYBFF & #SAFISKINSTORY

Okey girls! love me, Love Safi.
Love you Safi Malaysia. #SafiKolagen


CABUTAN BERTUAH BELI & MENANG JAKEL 2017/2018 : JAKEL MEWARNAI IMPIAN 200 ORANG PEMENANG MENGERJAKAN IBADAH UMRAH KE MEKAH BERSAMA ALKHATIRI TRAVEL & TOURS

$
0
0
Hai semua orang !
"INGAT KAIN, INGAT JAKEL"

TAHLIA BAJU KURUNG : @MISCLAIRE
Baru baru ini Najah berkesempatan ke Jakel Mall, Kuala Lumpur untuk bersama sama meraikan pemenang-pemenang "Cabutan Bertuah  JAKEL untuk tahun 2017/2018".  Kali ini seronok sangat sebab 200 orang pemenang terpilih dan berjaya memenangi pakej umrah bersama Alkhatiri Travel and Tours Sdn. Bhd.


Sampai saja Najah di sana, Allah saja yang tahu perasaan Najah sebabnya ada di antara pemenang pemenang disitu, mereka belum lagi berpeluang menjejakkan kaki mereka ke Mekah. Kalau anda ada bersama Najah haritu, mesti anda rasa kegembiraan mereka sama sama. Betul peribahasa lama kan, "tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu".

Ucapan pembukaan oleh Pengarah Urusan Jakel,  Datuk Hj. Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel 
Pada pandangan Najah, bakal jemaah yang terpilih ini memang rezeki betul lah kan, sebabnya Najah tengok mereka cuma berbelanja RM1000 ke atas saja dan terus layak memasuki cabutan bertuah Jakel yang dianjurkan oleh Jakel Trading. Ya, sebelum ini memang mungkin ramai orang ramai beranggapan ini "scammer" atau "tipu".  JAKEL kan perniagaan bersih orang Islam, takkan nak tipu kan. Come on! Jakel kott haha. Depan mata Najah tersedia pemenang pemenang. Masa tu, ada di antaranya, menangis terharu, terpilih tak kira tua atau muda. Seronok kan? 

Pengagihan Cek oleh Jakel Trading bersama Pemilik Alkhatiri Travel & Tours Sdn. Bhd
Peruntukan sebanyak RM1,300,000.00 untuk bakal jemaah oleh pihak JAKEL

Baru beli langsir, tempah jugak kat JAKEL Senawang baru-baru ni, boleh tak join cabutan bertuah rasanya? haha. Pakej Umrah, sapa tak nak berebut kan? Sebelum ni, 2017 Jakel memilih 80 orang sahaja pemenang, tahun ini 2018, Jakel naik kan lagi jumlah pemenang seramai 200 orang dan yang terbaik untuk anda, tahun 2019, jumlah pemenang untuk mengerjakan ibadah umrah dikekalkan 200 orang juga! 

Gambar dari Zharif : Pemenang Lelaki : Cabutan Bertuah Jakel
Gambar dari Zharif: Pemenang Wanita : Cabutan Bertuah Jakel
So, hurry up! rebut peluang emas ni, shopping dengan niat nak bersedekah untuk kebajikan islam insyaAllah, ada rezeki tak ke mana :') So nak tunggu apa lagi, bersempena jualan murah akhir tahun Jakel sekarang, kesemua cawangan Jakel dah pun memulakan jualan mereka dari 23 November 2018 hingga 6 Januari 2019! Cepat, yang nak kahwin, yang nak kenduri sana sini, event 2019 dan lain lain, cepat shopping dan rebutkan peluang ini. Lagi best, anda pon layak memenangi hadiah wang tunai setiap minggu tau! 

Gambar dari KiD : antara pemenang terpilih, tahniah 
Najah ada kongsikan kegembiran pemenang pemenang di Instagram Najah.  Jakel ni pada Najah, bagus buat macam ni, konsep dia macam " anda beli, kami pulang semula" tapi pulang dengan hadiah yang paling mahal macam tu. Setuju?


Alhamdulillah pemenang terpilih akan bersama Alkhatiri Travel & Tours ke Mekah nanti untuk menunaikan ibadah umrah. Bestnya! NAJAH DAH SHOPPING DI JAKEL, ANDA? Anyway, Tahniah semua!

Untuk maklumat lanjut anda dijemput layari sosial media rasmi Jakel :

web rasmi : www.jakel.my

WAX CANDY (UPTOWN DAMANSARA)

$
0
0
Assalamualaikum AND happy new year 2019 semua!



Semalam Najah betul betul manfaatkan hari Najah.  Najah ke "Wax Candy" (Damansara Uptown). Actually dari Seremban ambil masa 1 jam sahaja untuk ke sana. Okey lah, sebab Najah pon tak berapa rushing dan semalam pon hari santai Najah. Suami pon bagi masa yang sangat baik untuk Najah manjakan diri sendiri hehe.


Semalam Najah manjakan diri di Wax Candy ni dengan memilih DPL (najah pilih underarm). DPL ni waxing. Waxing ni bagus, contohnya dia buang segala rambut dari folikel rambut kita dan bagusnya dia hilangkan rerambut tu dan bila tumbuh semula, keadaannya sangat lembut & bersih rerambutnya. Yang penting, untuk tumbuh semula, ambil masa yang lama sedikit berbanding buat sendiri di rumah.  Actually ni pertama kali tau najah buat PDL ni, dan PDL ni menggunakan laser. Tak sakit langsung dan tidak membahayakan. Untuk pengalaman semalam yang seronok dan memuaskan, Najah betul betul nak share untuk you guys semua.



Ni lah tempat yang selesa disediakan untuk Najah buat PDL semalam. Sekali lagi, najah buat PDL underarm hair removal tau. Selebihnya akan buat lain kali memandangkan sangat selesa dekat sini. Selepas buat PDL ni, dalam masa 24 jam Najah tak dibenarkan menggunakan deadorant. Tu saja lepas buat PDL. Senang kan?


Kebetulan semalam Najah kesana, Wax Candy menyambut ulangtahun yang ke- 3 ! Happy Anniversary Wax Candy! Ramai betul customer mereka. Najah kesana dengan kawan kawan najah. Lagi lah seronok!



Korang boleh lah invite kawan kawan kesana jugak. Seronok. Tak sampai 15 minit dia siapkan Najah. Oh ya, Najah kan bertudung, so najah tak perlu tanggalkan tudung dekat situ, dia cover dengan perkakas yang disediakan. Baguskan?


Blouse from @Viewfashion26 and Pants from @Missfara.my

Okey bagi sesiapa yang nak kesana, situ susah nak parking. You guys boleh park di The Starling Mall. Lintas jalan, nampak la Wax Candy. Sangat senang. Najah akan share location di bawah, nanti you all pergi lah ok! Thank you Wax Candy (Uptown Damansara), i betul betul SATISFIED! will come again hehe.


Address:
(Damansara Uptown Outlet)
67M, Jalan SS21/37,
Damansara Utama, 47400 
Petaling Jaya, Selangor.
T / +603 7722 5277

Business Hours:
Mon - Fri / 1030am - 8pm

Sat - Sun / 1030am - 6pm

Instagram : WaxCandyTheWaxBar







Viewing all 71 articles
Browse latest View live